Kuasa penghapus jerawat yang paling baik

penghapus jerawat semulajadi
Wah! tajuk nampak gempak. salam ceria daripada Kak Zu, untuk semua pembaca blog ini dimana anda berada. sejak akhir-akhir ini Kak Zu, sibuk menerima jemputan untuk memberi “talk” tentang penjagaan kulit yang selamat dan berkesan tanpa melibatkan kesan sampingan.
Oleh kerana itu, sudah beberapa hari tidak dapat kemaskini blog ini. Baiklah, pernah anda melihat iklan seorang wanita, apabila berjumpa dengan seorang jurusolek. Lalu jurusolek itu terpegun dan mengucapkan kata yang power “Awak tak perlukan saya, kulit awak sudah cantik” Mesti pernah lihatkan?
Kulit adalah permukaan yang paling lembut dan sensitif. Oleh itu rawatan pencegahan amat perlu sekali. Sekurang-kurangnya kita perlu mencuci kulit sekurang-kurang 2 hari sekali. Iaitu semasa bangun awal pagi dan sebelum melelapkan mata.
Pernah seorang remaja bertanya kepada saya, mengapa kulitnya berjerawat,padahal kakaknya yang malas mencuci muka sentiasa mempunyai kulit yang cantik dan gebu.jawapan Kak Zu, mudah sahaja. Bersihkan dalaman anda, nescaya luaran anda juga akan bersih.Maksudnya anda juga harus menjaga kebersihan dalaman seperti hati dan sebagainya untuk mempunyai kulit yang bersih. Dua bulan kemudian remaja itu bertemu kak zu secara tidak sengaja. Remaja tersebut mengaku bahawa tips yang kak Zu, berikan kepadanya tempoh hari memang berkesan.
Adakah dengan mempunyai hati yang bersih sahaja,kulit anda akan nampak cantik. Oh tidak! , jangan silap faham. Bila hati kita bersih, apa yang kita lakukan semuanya tanpa sebarang paksaan akan menambah keberkesanan ubat tersebut daripada segi kerohanian.
Remaja tersebut telah mengambil calendula atau sabun Marigold dan Carmino Cream tanpa memikir kebimbangan tentang jerawatnya. Hasilnya memang cukup memberangsangkan. Tidak sampai 1 bulan mukanya sudah licin kembali. Sekarang remaja ini menjalankan kehidupan dengan penuh ceria.
Kesimpulannya untuk cantik. Kita seharusnya mempunyai keyakinan dan tanpa mengenal putus asa. Nescaya ada jalan keluar. Arios….cukup untuk kali ini. bertemu dipost yang akan datang.
Artikel berkaitan
Tags: petua jerawat, pil jerawat, ubat jerawat







