Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posts Tagged ‘ubat jerawat berkesan’

Hati bertoksin menyebabkan jerawat

Sunday, December 4th, 2011

skin

Salam sejahtera,

Pada entri kali ini Kak Zu akan mengulas tentang faktor menyebabkan jerawat sukar sembuh dan kerap kali berulang-ulang. Baik sekejap,tapi akan datang kembali. Faktor ini disebabkan hati bertoksin. Arghh! apa pulak ni?

Mungkin perkara ini baru anda dengar, tapi dalam bidang perubatan samada allupathy or homeopathy perkara ini bukan baru. Antara yang menyebabkan jerawat sukar sembuh adalah disebabkan masalah hati bertoksin.

Hati bertoksin menyebabkan jerawat akan sembuh sementara tetapi akan datang lagi dan akan berulang-ulang kali. Oleh itu dalam merawat hati bertoksin dua remedy homeopaty yang boleh digunakan iaitu R7 atau echia-a detox.

Anda juga boleh mengambil L -Glutathione. Ia juga boleh merawat hati yang bertoksin dan juga memutih dan melicinkan kulit. Melalu maklumbalas kebanyakan mereka yang menghidapi jerawat sukar sembuh disebab hati yang bertoksin akan mudah disembuhkan dengan mengambil L glutathione.

Oleh itu, jika anda sudah berputus asa dan sudah bermacam-macam remedy dan produk digunakan untuk menyembuhkan jerawat tetapi tidak berjaya. Anda boleh mencuba L glutathione.

Bertemu lagi diartikel akan datang. Salam ceria daripada Kak Zu.



Cara mengatasi jerawat

Monday, August 15th, 2011

Salam sejahtera pada semua pembaca blog Kak Zu ni.

Kak Zu sering kali menerima email pertanyaan ..bagaimanakah cara mengatasi jerawat yang berulang-ulang atau jerawat yang sukar sembuh. Kejap ok kejap ko…

Baiklah ,sebelum mengulas lebih lanjut tentang masalah jerawat. Kak Zu akan fokuskan terlebih dahulu mengapa jerawat terjadi. Pertama disebabkan masalah hormon,ini biasa terjadi kepada remaja yang sedang meningkat naik atau dalam erti kata sedang menunggu ke zaman kedewasaan. Apakah remaja sahaja yang biasa mengalami masalah ini. Orang dewasa juga ada mengalami masalah ini jika terjadi ketidakseimbangan hormon didalam badan. Ada sesetengah kes berlaku pada mereka yang sudah meningkat umur 40 an. Tetapi perkara ini jarang berlaku.

Faktor kedua adalah disebabkan kulit terdedah terlalu lama dengan faktor cuaca dan suasana sekeliling yang tidak bersih dan harmoni. Biasa masalah ini mudah ditangani dengan remedy luaran seperti cream carmino calendula.

Faktor ketiga jerawat terjadi adalah disebabkan penggunaan kosmetik yang berasaskan bahan kimia. Yang pada mulanya memang menampak keberkesanan. Seperti krim pemutih,pencuci dan lain-lain. Akibat bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit menjadi nipis dan terdedah dengan sinar UV dan lain akan menyebabkan kulit mudah dihinggapi bakteria. Bukan itu sahaja ia juga boleh mengakibat jeragat dan bertompok-tompok dimuka.

Mengatasi jerawat bukan sesuatu perkara yang sukar. Apa yang harus  ada adalah sikap positif yang mesti ada dalam diri serta sifat istiqamah. Bagi mereka yang sudah jemu kerana pelbagai produk telah dicuba. Apa kata Kak Zu cadangkan anda berubah kepada perubatan alternatif seperti homeopathy dan biochemic supaya dalam kita ingin mengatasi masalah jerawat kita juga bebas kesan sampingan kerana sudah terbukti ratusan tahun ubat homeopathy dan biochemic adalah paling selamat dan tidak meninggalkan sebarangan kesan sampingan.

Rawatan homeopathy yang boleh diambil bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang sukar sembuh dan berulang-ulang adalah dengan rawatan komprehensif. Apakah itu rawatan komprehensif? Rawatan komprehensif ini terdiri daripada beberapa yang berbentuk cecair yang perlu diambil bertujuan mencuci sistem hati yang bertoksin.Kkadangkala bukan sahaja disebabkan hormon tetapi juga masalah hati yang bertoksin. Selain itu rawatan komprehensif ini juga merawat masalah jerawat daripada luaran.

Anda boleh membaca dengan lanjut tentang remedy-remedy rawatan komprehensif disini..sila klik. Dicadangkan ambil dalam masa 4-6 bulan untuk hasil yang terbaik.



Ubat jerawat berkesan

Sunday, August 14th, 2011

jerawat-cara-mengubati-jerawat

Salam sejahtera

Kak Zu banyak menerima email bertanyakan manakah satu ubat jerawat yang paling berkesan dalam merawat jerawat samada jerawat batu,bernanah dan jerawat yang sukar sembuh.

Jawapan yang paling mudah bagi Kak Zu adalah terdiri daripada ubat jerawat yang bebas kesan sampingan seperti remedy homeopathy dan biochemic.Ini kerana ubat jerawat hoemopati bukan sahaja merawat jerawat dalam jangkamasa sementara. Ia bertindak sehingga ke akar dan punca terjadi jerawat dan hasilnya adalah penyembuhan yang kekal tanpa sebarang kesan sampingan.

Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang berulang-ulang dan tidak kunjung tiba sembuhnya. Kak Zu cadangkan ambil pakej komprehensif yang boleh merawat jerawat daripada luar dan dalaman secara holistik dan segala punca jerawat dihapuskan. Pengambilannya pula harus istiqamah dan berterusan bergantung pada masalah jerawat dan tahap jerawat yang dihadapi. Pengambilan ubat jerawat biochemic juga dapat membantu merawat jerawat dengan berkesan.

Elakkan mengambil ubat jerawat atau melakukan rawatan jerawat menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia.Ini kerana masalah jerawat anda akan baik seketika dan akan berterusan tanpa henti.Ini kerana rawatan itu bukan menyembuhkan jerawat tetapi memendamkan sementara di bawah kulit dan hasilnya jerawat ada seperti “sekejap ada dan sekejap tiada”

Pemilihan produk dan remedy yang tepat adalah kunci kejayaan.

Masalah jerawat berulang-ulang

Saturday, April 30th, 2011

Di bawah ini kak zu copy pastekan testimonial daripada salah seorang customer tentang keberkesanan pakej komprehensif  bagi merawat yang kerap berulang-ulang.Sudah puas guna pelbagai produk tetapi jerawat kejap baik dan datang lagi. Pakej ini mengandungi beberapa produk unutk merawat secara holistik iaitu daripada dalam dan luaran.

Masalah jerawat berulang biasa berpunca daripada hati yang bertoksin dan masalah hormon yang tidak stabil selain daripada masalah kulit sendiri.

Klik gambar jika nak lihat lebih jelas

testimonial-komprehensif1

Sememang dalam menangani masalah jerawat yang berulang-ulang rawatan secara holistik selama 4-6 bulan perlu diteruskan bagi mengeluar semua sisa toksin dalam hati dan menstabilkan hormon. Penggunaan remedy homeopathy sudah semesti selamat dan bebas kesan sampingan

Testimonial terbaru pakej jerawat

Friday, February 25th, 2011

Testimonial terbaru pakej jerawat terdiri daripada  BC01 , carmino cream dan marigold soap. Klik gambar jika tidak jelas. Maklumat lanjut mengenai pakej tersebut boleh didapati disini

ubat jerawat berkesan

mengubati jerawat pipi

Friday, August 27th, 2010

Salam sejahtera

Ada sesetengah pelanggan mengalami masalah jerawat hanya pada kawasan setempat sahaja seperti di pipi,dahi dan tempat-tempat tertentu. Jerawat ini akan meninggalkan kesan hitam pada kulit muka. Jerawat batu,besar dan sukar hilang ini mestilah dirawat secara holistik terlebih dahulu.

Rawatan yang sesuai adalah melalui beberapa langkah yang sesuai seperti merawat toksin yang terdapat didalam badan terutama dibahagian hati yang menyebabkan perkara ini berlaku. Penggunaan remedy R7 adalah perlu untuk merawat jerawat daripada tumbuh berulang. Selain itu penggunaan R53 dan R23 adalah unutk menstabilkan masalah hormon dan merawat jerawat sehingga akar umbi.

Untuk rawatan luaran yang perlu dilakukan adalah dengan menggunakan carmino soap atau carmino cream untuk menstabilkan struktur kulit supaya bebas daripada kesan jerawat dan ini akan menjadi impian anda mempunyai kulit yang cantik dan bebas daripada noda jerawat akan tercapai

Jerawat seharusnya dirawat secara holistik luar dan dalam supaya faktor jerawat berulang-rulang dan datang lahi tidak akan terjadi. Melalui pakej rawatan jerawat komprehensif ramai yang telah sembuh daripada jerawat berulang-ulang,sukar sembuh,jerawat batu,jerawat nanah dan masalah berkaitan parut jerawat.

Maklumat tentang pakej ini anda boleh dapatkan disini.klik sini

Pakej jerawat komprehensif

Friday, August 20th, 2010

Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya anda boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!

Jerawat atau akne merupakan masalah kulit yang biasa, yang bukan hanya akan meninggalkan parut di muka sahaja tetapi akan menjadikan seseorang itu merasa rendah diri, kerana tekanan perasaan akibat rasa rendah diri sehinggakan ramai yang terjebak dengan produk-produk kosmetik yang merbahaya. Akibatnya masalah jerawat dan kulit semakin bertambah teruk.

“Untuk merawat sehingga sembuh jerawat yang dimuka anda, adalah sangat KRITIKAL untuk anda memahami punca SEBENAR yang menyebabkan jerawat terjadi…” ( TIDAK seorang pun ahli dermatologi atau sesiapa pun yang pernah memberitahu anda)…

PUNCA sebenar terjadinya jerawat

Hanyalah 2 perkara dan tidak lebih dari 2 perkara berikut…

Pengumpulan toksik yang terjadi di dalam darah dan sistem limfa di mana hati (liver) gagal untuk menyahtoksik dan meneutralkan darah untuk dibekal ke sel-sel dan akibat ketidakseimbangan hormon….

Tidak begitu jelas ..begini…

Bila kita bernafas atau makan ia akan mengumpul toksin. Hati akan bekerja keras untuk meneutralkan toksik-toksik tersebut. Bila anda alami sembelit, maka anda meletakkan hati pada situasi yang amat sukar untuk meneutral toksin-toksin yang terhasil, lalu akan menjurus kepada pengeluaran toksin ke kulit dan muka. Akhirnya toksin yang berlebihan itu akan menyebabkan pengeluaran toksin ke kulit dan muka, akibatnya menjadi jerawat dan pelbagai masalah kulit.

Hati (liver) bertanggungjawab untuk menyahtoksik darah yang datang dari kolon atau usus besar, paru-paru dan sistem limfatik. Bila sudah dineutralkan,

darah tersebut akan bergerak ke seluruh tubuh. Darah yang dineutral itu akan membekalkan sel-sel dengan oksigen dan fungsinya untuk proses penghadaman nutrisi.

Dan

Hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya.

Berbalik kepada jerawat anda.. hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan”

Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit.

Jerawat akhil baligh… mengapa terjadi ?

Jerawat sering terjadi bila seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan menghampiri atau setelah akil baligh kerana..

Terjadi gelombang yang besar (seolah-olah litar pintas) pada kadar serentak atau sekaligus yang dihasilkan oleh androgenic hormone.

Apabila proses ini terjadi, hati akan menjadi “sesak”, proses peneutralan menjadi perlahan akibat “kerja tambahan” selain untuk meneutral toksin yang dihasilkan sebelum ini, lalu terjadi pertindihan hormon-hormon serta darah bertoksin didalam hati akibat “serbuan” tersebut.

Bila hati gagal untuk “bekerja kuat”. Darah akan dipenuhi lebihan hormone androgenic dan darah bertoksin yang akan mengakibatkan “breakout” yang menggila di muka remaja tersebut.

Holistic Homeopathy Acne & Scar Teatment

Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!

Kerap kali bila jerawat mula tumbuh dimuka, anda akan panik , dan tidak tahu bagaimana hendak mendapat rawatan dan nasihat.
Bagaimana untuk mendapat kulit yang cantik tanpa membahayakan kesihatan dan kesan sampingan ?

Homeopati adalah sistem perubatan yang berusia lebih 2 abad yang menawarkan remedi (tidak disebut ubat kerana homeopati tidak menggunakan sebarang dadah) yang selamat, lembut, berkesan dan boleh diharap, untuk remaja dan juga orang dewasa.

Di Malaysia kesedaran tentang bahayanya produk kosmetik semakin meningkat, ramai yang mencari-cari produk yang selamat dan tanpa kesan sampingan. Oleh itu produk homeopati mendapat permintaan yang tinggi kerana kesan penyembuhannya tidak artificial tetapi adalah penyembuhan yang sebenar.

Bagaimana rawatan secara Holistik Homeopati ?

Homeopati tidak merawat masalah kulit seperti jerawat dengan hanya menyapu krim dan membenam jerawat kedalam kulit muka. Konsep Homeopati lebih menyeluruh dan percaya rawatan secara holistik adalah penting dimana merawat keseluruhan tubuh pesakit bukan hanya pada muka atau di mana penyakit itu terjadi sahaja.

Pakej Holistic Homeopathy For Acne And Scar Treatment, adalah remedy 100% persediaan Homeopati yang rumus khas oleh pakar-pakar Homeopati Germany khusus untuk merawat jerawat dan parut. Disedia di dalam bentuk cecair untuk mempercepatkan proses penyerapan ke dalam sel-sel tubuh.

R7 – Setiap masalah kulit seharusnya bermula dengan rawatan mencuci hati (liver drainage treatment) yang akan membantu menghapus pengumpulan sejumlah toksin yang terdapat didalam tubuh, pengumpulan toksin didalam tubuh adalah penyebab utama terjadinya masalah kulit yang teruk dan kronik.

R23 – Adalah untuk rawatan masalah eczema yang akiut (tiba-tiba) dan kronik (lama), jerawat, kesan hitam bila luka atau jerawat mula sembuh (scabs), lepuhan (blister) dan kulit kering yang bersisik. Biasanya erupsi (eruptions) adalah basah dan akan membentuk nanah.

R23 – Adalah remedy yang amat berkesan untuk remaja malah juga kepada orang dewasa yang mengalami jerawat batu, eczema, inflamasi kulit (dermatitis) dan pembentukan nanah . Formula ini sesuai untuk keadaan muka berminyak atau pun kering.

Cream Complexion With Aloe Vera – Krim sapuan Homeopati yang amat lembut tetapi amat berkesan untuk mengawal jerawat yang bernanah, menghapus parut dan jeragat dengan formula Homeobotanical, krim ini bebas dari bahan-bahan kosmetik, hydroquinone dan lain-lain.

Sabun Complexion – mempunyai pH yang amat sesuai dengan semua jenis kulit, formula bunga-bungaan yang mempunyai kesan antiseptic, anti-oxidant dan anti-ageing serta mencerahkan kulit. Sabun ini juga mengandungi 100% bahan Homeobotanical yang tidak tertaluk dengan bahan-bahan kosmetik atau kimia.

Cara pengambilan remedi:

Remedi R7 , perlu dihabiskan terlebih dahulu. Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong.

Remedi R23 di ambil selepas remedy A1 habis , di selang seli dengan remedi R53, Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong. Cara pengambilan , pagi ambil R23 , tengah hari ambil R53 dan malam ambil R32 semula.

Krim Complexion With Aloe Vera perlu diguna pada sebelah malam sahaja, selepas dicuci muka dengan Sabun Calendula Plus bersama-sama air suam. Krim disapu secara putaran keseluruh muka dan biarkan semalaman.

Harga pakej yang amat menjimat hanya RM190 dan penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia , jika dibeli berasingan kos untuk keseluruhan produk-produk hebat ini ialah RM300

masalah jerawat dan cara berkesan mengatasinya

Monday, August 9th, 2010

“Aduh muka berjerawat lagi, sudah puas mencuba pelbagai produk dipasaran tetapi baiknya seketika sahaja. Kejap ada ,kejap tiada. Macam iklan biskut pulak. Parah ni, 3 bulan lagi aku nak kahwin,muka bertambah teruk.parut jerawat bertambah,bintik hitam ketara,jerawat batu menonjol sana sini. Apa perlu ku buat..tolonggggggggg kak zu”

Ayat diatas sering kali Kak Zu terima bukan sahaja diemail malahan diruang komen di blog ini dan chat box. Jerawat ini kadangkala membuat jiwa seseorang tertekan,ada yang sampai kata nak bunuh diri, nazubillah.Dijauh Allah daripada berfikiran seperti itu.

Masalah jerawat kronik,jerawat batu,jerawat pasir dan parut sebenarnya boleh diselesaikan jika kita yakin dan istiqamah dalam menggunakan remedy yang dicadangkan. Masalahnya tiap orang tidak sabar,hendak kesan segera,akibatnya separuh jalan sudah putus asa dan beralih kepada produk lain.Ada yang tidak tahan dengan kesan detoxfikasi dan kesan keluar jerawat sementara.Mereka lebih suka mempunyai jerawat seumur hidup daripada kesan sementara.

Kaedah rawatan homeopathy dan biochemic dalam merawat jerawat sudah terbukti berkesan tetapi anda anda harus yakin dan istiqamah. Tidak semua jerawat akan boleh dimusnahkan dalam masa relatif singkat. Remedy biochemic seperti bc01,bc16,b04 memang sudah terbukti mampu menangai masalah segala jenis jerawat. R53 ,carmino cream,carmino complexion cream dan marigild soap juga membantu untuk proses pemulihan daripada segi luaran dan dalaman.

Banyak testimonial dipaparkan di blog ini untuk memberi motivasi kepada anda supaya yakin tentang ubat homeopathy dan biochemic dalam merawat masalah jerawat.

Semoga anda semua dirahmati Allah dan sempena bulan ramadhan yang akan menjelang tiba. Kak Zu ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada yang beragama Islam. Semoga bulan ramadhan ini akan bertambah keberkatan kepada anda dan kelaurga anda dan dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan sihat sentiasa.

Blog Widget by LinkWithin