masalah jerawat dan cara berkesan mengatasinya
Monday, August 9th, 2010“Aduh muka berjerawat lagi, sudah puas mencuba pelbagai produk dipasaran tetapi baiknya seketika sahaja. Kejap ada ,kejap tiada. Macam iklan biskut pulak. Parah ni, 3 bulan lagi aku nak kahwin,muka bertambah teruk.parut jerawat bertambah,bintik hitam ketara,jerawat batu menonjol sana sini. Apa perlu ku buat..tolonggggggggg kak zu”
Ayat diatas sering kali Kak Zu terima bukan sahaja diemail malahan diruang komen di blog ini dan chat box. Jerawat ini kadangkala membuat jiwa seseorang tertekan,ada yang sampai kata nak bunuh diri, nazubillah.Dijauh Allah daripada berfikiran seperti itu.
Masalah jerawat kronik,jerawat batu,jerawat pasir dan parut sebenarnya boleh diselesaikan jika kita yakin dan istiqamah dalam menggunakan remedy yang dicadangkan. Masalahnya tiap orang tidak sabar,hendak kesan segera,akibatnya separuh jalan sudah putus asa dan beralih kepada produk lain.Ada yang tidak tahan dengan kesan detoxfikasi dan kesan keluar jerawat sementara.Mereka lebih suka mempunyai jerawat seumur hidup daripada kesan sementara.
Kaedah rawatan homeopathy dan biochemic dalam merawat jerawat sudah terbukti berkesan tetapi anda anda harus yakin dan istiqamah. Tidak semua jerawat akan boleh dimusnahkan dalam masa relatif singkat. Remedy biochemic seperti bc01,bc16,b04 memang sudah terbukti mampu menangai masalah segala jenis jerawat. R53 ,carmino cream,carmino complexion cream dan marigild soap juga membantu untuk proses pemulihan daripada segi luaran dan dalaman.
Banyak testimonial dipaparkan di blog ini untuk memberi motivasi kepada anda supaya yakin tentang ubat homeopathy dan biochemic dalam merawat masalah jerawat.
Semoga anda semua dirahmati Allah dan sempena bulan ramadhan yang akan menjelang tiba. Kak Zu ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada yang beragama Islam. Semoga bulan ramadhan ini akan bertambah keberkatan kepada anda dan kelaurga anda dan dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan sihat sentiasa.







