Tips kuruskan badan dengan cepat
Wednesday, May 16th, 2012Salam sejahtera Kak Zu ucapkan pada semua pembaca blog
Pada artikel kali ini Kak Zu nak bagi satu tips yang cukup mudah dipraktikan dan sudah terbukti berkesan. Ramai yang berasa kecewa kerana berat badan sukar turun setelah mengambil beberapa remedy dan produk penurunan berat badan.
Tips kali ini adalah mudah. Anda kena ambil air yang lebih setelah anda mengambil sebarang remedy kurus seperti phytolacca, l carnitine, garcinia extra dan lain-lain. Mengapa perlu mengambil air lebih? Berapa kuantiti air yang perlu diambil?
Baiklah, secara ringkasnya setiap 25 kg berat badan anda perlukan 1 liter air. Ini bermakna jika berat badan anda 75 kg anda perlu 3 liter air sehari. Jika berat badan anda 100 kg bermakna anda perlu 4 liter air sehari. Mengapakah memerlukan air yang baik banyak dan apa kaitannya dengan penurunan berat badan.
Setelah mengambil ubat kurus aatu remedy penurunan berat badan ,herba atau remedy akan bekerja membuang segala bahan yang tidak diperlukan seperti toksin dalam badan. Jika anda kurang minum air, toksin tersebut lambat disingkirkan. Oleh itu minum air dengan kerap akan memudahkan proses penyingkiran toksin berlaku. Jika tidak percaya sila praktikan. Anda akan dapat lihat berat badan anda akan turun dengan cepat dibandingkan dengan kurang mengambil air minuman.
Air juga diperlukan oleh badan untuk membersihan segala kekotoran lain. Cara berkesan adalah setiap 1 jam anda ambil 2 gelas air kosong atau mineral. Selama 8 jam anda bekerja anda sudah minum 16 gelas air. Jika satu gelas air sukatannya 200ml. 16 gelas bersamaan 3.2 lite. Jadi jika berat badan anda 100kg . Anda perlu 20 gelas air sehari bersamaan 10 jam. Mudah bukan. Air juga berfungsi mengurangkan keinginanan anda untuk makan dan makan makanan yang manis dan berlemak.
Oleh itu bagi mereka yang kurang minum air. Sila minum air paling kurang 3 liter sehari atau 1 liter bersamaan 25 kg berat anda. Jika anda dapat amalkan selama 1-3 bulan anda akan terkejut dengan hasilnya.Anda juga akan berasa sihat dan bertenaga sepanjang hari kerana air juga akan membekalkan oksigen kepada otak unutk minda yang lebih segar dan sihat.
Bertemu lagi di artikel akan datang.
Semoga ceria dan selamat meyambut hari guru…











