Jerawat batu dan nanah
Monday, November 7th, 2011Salam sejahtera pada semua pembaca blog Kak Zu,
Post kali ini Kak Zu akan mengulas tentang masalah jerawat batu dan bernanah. Jerawat batu dan bernanah berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor dalama dan juga faktor luaran.
Kebiasaanya bagi mereka yang sudah mencuba pelbagai cream jerawat tetapi masalah mereka tidak juga sembuh dan mungkin juga terjadi masalah yang sama berulang-ulang. Kemungkinan besar masalah mereka berpunca daripada masalah dalaman. Oleh itu rawatan secara dalaman diperlukan. Rawatan dalam yang Kak Zu maksudkan adalah dengan pengambilan beberapa remedy homeopathy dan biochemic seperti bc16, echi-a detox dan sebagainya.
Ini penting untuk rawatan kesembuhan, disebabkan masalah jerawat itu mungkin disebabkan hormon dan juga masalah toksin yang berlaku dalam darah. Adalah penting rawatan secara dalaman diambil. Ini kerana penggunaan rawatan luaran seperti penggunaan cream akan hanya menyelesaikan masalah sementara sahaja berbanding dengan rawatan dalaman yang dibuat secara holistik untuk menstabilkan hormon dan membuang toksin didalam darah.
Penggunaan remedy seperti bc16 seperti remedy biochemic akan menjadi masalah ini dapat dirawat.Jerawat batu dan bernanah yang kadangkala berbau busuk disebabkan masalah dalaman yang dinyatakan tadi. Selain daripada itu penggunaan echi-a detox akan merawat masalah darah kotor. Ini bagi membersihkan masalah toksin yang menyebabkan darah kotor. Darah kotor akan menyebabkan terjadi jerawat yang menyebabkan berlakunya sumbatan pada sel-sel kulit terutamanya muka.
Pengambilan remedy tersebut hendaklah diambil dalam masa 4-6 bulan untuk hasil terbaik. Baiklah, berjumpa lagi dipost akan datang.










