Bila tiba hari raya perit kempis jadi buncit kembali
Saturday, September 11th, 2010Salam sejahtera daripada Kak Zu
Kini sudah hari raya ke 2 dalam bulan syawal.Suasana hari raya masih terasa hangat lagi. Kunjung mengunjung kerumah sanak saudara untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim.
Dalam kunjung tersebut sudah semestinya dijamu dengan pelbagai jenis makan dan kuih-muih dan nafsu unutk makan sentiasa membuak-buak tanpa dapat disekat. Pada bulan ramadhan yang lepas sudah turun 5 kg berat badan tapi bila hari raya naik 7 kg dengan mendadak. Begitulah luahan dn keluhan yang biasa kita dengari.
Oleh itu kawal nafsu anda ,makan sedikit sahaja sekadar menjamah,kurang makan bergula dan banyak minum air mineral untuk mengurangkan nafsu makan yang membuak-buak itu. Remedy homeopathy yang boleh diambil sebelum makan adalah phyto slim atau phytolacca americana 3 in 1 untuk mengurangkan nafsu dan pertambahan berat badan.
Pengambilan herba seperti garcinia juga dapat membantu anda dalam mengawal kolesterol,pertambahan lemak didalam badan serta mengawal nafsu makan yang membuak-buak itu. Oleh itu rancang diet anda di bulan syawal ini agar berat anda tidak bertambah dan kesihatan juga menjadi sihat serta dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes,jantung ,tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit yang menyebabkan kualiti hidup kita menurun.










