Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posts Tagged ‘pil kurus’

Phytolacca americana 3 in 1

Monday, July 11th, 2011

Phytolacca Americana

Phytolaca americana 3 in 1 kini sudah terbuti berkesan untuk menurunkan berat badan secara semuajadi menggunakan rumusan homeopathy dan diproses menggunakan teknologi terkini. Phytolacca americana juga berfungsi mengurangkan selera makan secara semulajadi tanpa mennggalkan kesan keletihan dan kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan.

Remedy homeopathy memang sejak dahulu lagi terbukti berkesan dapat mengurangkan berat badan dan ini sudah terbukti berkesan dengan banyak testimonial dan pengakuan diterima. Oleh itu dalam mencari ubat kurus atau pil kurus mestilah memastikan ia bebas kesan sampingan yang merbahaya dan bersifat sementara



39 kelebihan dan kebaikan acai berry

Saturday, June 4th, 2011

acai_berries

Dibawah ini Kak Zu senaraikan 39 kelebihan buah acai berry.Semoga bermanfaat untuk anda

1. Acai boleh membantu kualtiti tidur dengan lebih baik

Ini disebabkan ianya mengandungi zat nutrien seperti vitamin B C dan lain-lain lagi, acai berry mampu menurunkan tingkat stress dan membantu komunikasi antara sel-sel diotak. Acai berry mampu melakukan hal ini dengan membantu pembuatan neurotransmitter. Beberapa neurotransmiter adalah serotonin dan dopamin.

2. Acai dapat tingkatkan tahap tenaga anda

Acai berry digunakan oleh atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana acai mempunyai banyak nutrisi, terutamanya banyak lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga anda. Inilah sebabnya Acai berry boleh digunakan setiap hari untuk meningkatkan tahap tenaga anda.

3. Acai berry dapat mengurangi kolesterol

Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids). Asid ini mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, itu akan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol). Kedua-dua tindakan yang dilakukan oleh EFA, akan mengakibatkan jauh lebih baik sirkulasi darah dalam tubuh anda.

4. Acai boleh membantu anda menurunkan berat badan

Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, maka acai berry amatlah sesuai sekali untuk anda. Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan. Ini karena acai berry memiliki indek glisemik yang rendah.

5. Acai berry dapat membantu mengurang stress anda

Acai adalah pembantu yang hebat dalam pertempuran melawan stres! Terutamanya kerana acai mampu membetulkan tahap stres dalam badan dan kemudian memperbaikinya.

6. Acai Dapat Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda

Acai dikenali kerana mempunyai antioksidan dan anti-inflamasi yang boleh melawan kemandulan yang disebabkan oleh pencemaran udara, stres dan faktor yang berkaitan dengan radikal bebas.

7. Acai Boleh Melegakan Haid Bulanan Wanita
Berita baik bagi wanita! Terutamanya yang mengalami kesakitan haid teruk pada setiap bulan! Acai sangat kaya dengan kalsium dan ia mampu meredakan kesakitan dari kembung dan kram.

8. Acai Dapat Membantu melawan Kerdut dimuka
Acai Juice yang mempunyai kuantiti anthocyanin dan phytisterols yang tinggi dimana boleh melindungi kolagen (dan jaringan tisu lainnya) dan cara ini anda akan melambatkan kerdut yang lebih awal.

9. Minum acai Dapat Membuat Gigi Kukuh
Kalsium diacai bukan hanya baik untuk meredakan kram dan kembung, tetapi juga membantu anda memiliki gigi yang lebih kuat, senyuman yang lebih putih dan juga mencegah gingivitis atau penyakit2 gusi.

10. Acai dan Mata anda
Jus acai membantu meningkatkan visi anda, mengurangkan komplikasi degenerasi makula pada penderita diabetes. Ini kerana vitamin C dan beta karotena yang ada diacai.

11. Acai Dapat Bantuan Warna Kulit anda
Disebabkan acai mengandungi pitosterol, dengan meminum Acai berry anda akan dibantu mengurangkan kehausan bawah kulit anda di luar lapisan pelindung dan memperbaiki warna kulit anda.

12. Acai Boleh Melewatkan Ketuaan
Acai berry boleh membantu memperlambat penuaan sebab acai mempunyai anti-oksidan yang kuat dan regenerative nitrisi sel ynag membantu untuk beroperasi secara optimum. Ini mungkin salah satu sebab yang paling penting untuk minum jus acai.

13. Acai Dapat Melindungi Saluran Darah
Dengan meminum Acai berry anda akan melindungi arteri, kapilari, vena dan pembuluh darah. Hal ini mungkin karena anthocyanin yang ada diacai.

14. Acai Dapat Meningkatkan Daya Tahan dari Penyakit
Disebabkan acai mempunyai banyak nutrisi, Acai berry membantu sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh anda untuk segala macam penyakit.

15. Acai Bolehkah Meningkatkan Tahap Lipid dan Glukosa
Acai memiliki indeks Glisemik rendah yang meningkatkan tahap kedua duanya.

16. Acai Boleh Mengdetoksifikasi Dan Mencuci Tubuh Kita
Acai telah digunakan untuk waktu yang lama sekarang untuk mendetoksifikasi tubuh manusia.

17. Acai Mampu Membantuan Masalah Ulser
Disebabkan ia mengandungi antibakteria, acai mampu menghancurkan fungy, bahkan bakteria dan parasit yang mana menyebabkan masalah gastrik.

18. Acai Mungkin Mampu Mengurangi Risiko Penyakit Alzheimer
Menurut sebuah pada tahun 2004, yang ditemui dalam Archives of Neurology, orang yang minum acai dapat mengurangkan risiko mengidap penyakit Alzheimer kerana acai mempunyai jumlah lebih besar vitamin E dan C.

19. Acai Adakah Penolong Besar Terhadap Osteoporosis
Di sebabkan Acai mempunyai jumlah kalsium meningkat, osteoporosis yang buruk akan cuba menjauhi.

20. Acai Bolehkah Melawan BPH (pembesaran prostat)
Acai adalah musuh ketat BPH (Benign Prostate Hyperplasia). BPH adalah pembesaran prostat.
21. Acai mampu membantu menghalang Retinopathy
Bagi orang-orang yang menghidap diabetes Acai adalah berita gembira, kerana ianya membantu kapilari yang lemah yang boleh mengakibatkan retinopathy dan boleh menyebabkan kebutaan.

22. Acai Bolehkah Mencegah Beberapa Penyebab Dari Penyakit Jantung
The acai juice mempunyai agen perlindungan jantung yang kuat iaitu antioksidan bernama polifenol. Produksi Nitric oksida dalam sel endotel ditingkatkan oleh anthocyanin. Oksida nitrik bertanggungjawab untuk relaksasi dan pembesaran dinding saluran darah dan ini bermakna tekanan rendah pada jantung. Lagi menarik, aliran darah anda akan meningkat dan akan menurun risiko penyumbatan saluran darah.

23. Sterols Dari acai Dapat Membantu Menurunkan Tekanan Darah anda
Para sterol bertanggungjawab untuk banyak hal-hal yang baik bagi tubuh anda. Sterol merupakan komponen membran sel tanaman. Ianya digunakan dalam hal-hal yang berkaitan pengubatan dengan tekanan darah.

24. Acai Dapat Membantu melegakan simptom Asma
Acai mampu meningkatkan gejala asma kerana mempunyai banyak vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat kuat. Vitamin C memiliki bahan anti-inflamasi yang membantu menghilangkan gejala asma.

25. Acai Dapat Bantuan Juga Lapangkan Gejala Dari Crohn’s Disease
Acai mengandungi bahan anti-flamatori, ia mampu menghentikan malabsorpsi zat nutrisi yang penting bagi tubuh. Dengan cara ini, acai mencegah kerosakan pada dinding usus kecil anda.

26. Acai Mamput Membantu Menghilangkan Rasa Sakit Arthritis
Sekali lagi, kemampuan anti-inflamasi acai boleh membantu menghilangkan rasa sakit disebabkan oleh arthritis.

27. Acai Dapat Membantu Mencegah Kerosakan Free-Radical di Sistem Kekebalan (immune)
Pengoksidaan (radikal bebas) merupakan salah satu punca utama kelemahan kekebalan (disfungsi). Acai melawan ini dengan ketangguhan sistem kekebalan tubuh.

28. Acai Juga Bertindak Seperti Astringen
Astringen adalah bahan yang tirus, kontrak, mengencangkan tisu seperti kulit kita. Astringen dimanfaatkan untuk menghentikan pendarahan dari luka kecil dan untuk diberikan kepada kulit yang segar, kesemutan.

29. Acai Dapat Memerangi Kanser
Acai mencegah dan menurunkan risiko kanser. Acai melawan kanser payudara, kulit, perut, kanser paru-paru dengan meneutralkan radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan sel-sel.

30. Acai Bolehkah Mengatasi Acid Reflux!
Antioksidan diacai mampu membantu melindungi dan memperbaiki kerongkong lebih rendah ketika ianya dirosak oleh asid Reflux disease (GERD). Acai juga mengurangkan keasidan isi perut ketika berlaku refluks. Ini kerana, acai mempunyai kesan supresi asid.

31. Acai Dapat Menguatkan Tubuh anda
Acai lebih banyak protein dari telur ayam dan mampu membantu tubuh anda lebih kuat.

32. Acai Bolehkah Meningkatkan Kontraksi Otot Dan Regenerasi
Acai mempunyai campuran mineral dan asid amino yang membolehkan membantu tindakan kontraksi otot dan regenerasi selepas aktiviti yang meletihkan.

33. Acai Bolehkah Meningkatkan Fungsi Sel-sel ‘Immune’ (kekebalan)

Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine, acai meningkatkan fungsi sel-sel kekebalan oleh limfosit memodulasi kekebalan tubuh dan mencegah penekanan. Ini semua disebabkan oleh beta-Sitosterol yang ada dari acai.

34. Acai BolehBerindak sebagai Anti-mutagenik
Acai membantu dalam pencegahan kerosakan struktur DNA kita dan mengurangkan risiko yang mungkin ditimbulkan oleh mutagen.

35. Acai Dapat Melawan Virus
Acai mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit seperti virus, fungi atau jangkitan bakteria.

36. Acai Dapat Meningkatkan Penghadaman
Acai serat makanan membantu usus besar kita dan saluran penghadaman.

37. Acai Dapat Memberikan anda Mental yang lebih Jelas
Acai membantu kewaspadaan kita dan fungsi mental dengan lemak omega 3.

38. Acai Menggalakkan Kesihatan Keseluruhan.
Dengan antioksidan kuat, acai membantu membangun dan menambahkan kembali tubuh kita.

39. Acai Dapat Bantuan Synergy Tubuh Kita
Acai membantu dengan perlindungan seluruh tubuh.



Kelebihan garcinia extra strenght

Monday, January 24th, 2011

Salam sejahtera Kak Zu ucapkan pada semua.

Kak Zu banyak menerima email dan sms berkenaan dengan garcinia extra strenght dan mungkin kak zu tidak dapat balas semua sekali kerana terlalu banyak sms dan email.

Jadi kak zu cuba jawab di blog sahaja. Garcinia extra strenght ini mengandungi 100 biji kapsul dalam satu botol dan pengambilannya hanya perlu 3 biji sahaja. jadi boleh makan lebih kurang 33 hari.

Mengapa dipanggil extra strenght? Ini kerana garcinia extra strenght ini terdiri daripada 100 % ekstrak garcinia cambodgia yang memang terbukti menurunkan berat badan. Extrak garcinia banyak digunakan dalam makanan tambahan dan ubat kurus.

Tetapi oleh kerana campurannya dalam beberapa produk agak sedikit maka keberkesannnya memakan masa yang agak lama berbanding extrak yang tulen 100 peratus.

Kadar keberkesannya adalah berdasarkan pengalaman,paling sedikit dalam masa 1-2 minggu 2-7 kg penurunan berat badan. Ada yang dapat hingga lebih 10 kg. Jadi bergantung kepada kondisi badan seseorang kerana kesan tiap orang tidak sama.

Soalan paling popular…ada kesan sampingan tak? Jawapannya ringkasnya tiada. Garcinia adalah herba yang sudah terbukti selamat. Jadi tidak perlu gusar.

Petua dan cara terbaik mengurus dan mengurangkan berat badan

Monday, December 13th, 2010

kuruskan-badan

Salam sejahtera

Ramai yang ingin menguruskan badan,kalau boleh dalam masa 24 jam nak nampak hasil. Begitu hebat keinginanan mereka yang hendak kurus.

Baiklah kak zu hanya akan berikan tips dan petua yang ringkas dan padat bagaimanakah kita boleh menguruskan badan secara selamat dan tiada kesan sampingan.

Untuk menguruskan badan ,apa yang penting adalah istiqamah iaitu berterusan dalam mengambil sesuatu remedy. Remedy seperti garcinia yang sudah terbukti berkesan boleh diamalkan untuk kesan yang baik. Disamping itu penjagaan makanan (diet) juga penting dalam membantu pengurangan berat badan.

Selain daripada itu, rekreasi dan riadah juga membantu bukan sahaja mengurangkan berat badan tetapi membantu kita mendapatkan tubuh badan yang sihat. Ada juga mereka yang sukar nak kuruskan badan disebabkan kadar metabolisma rendah, banyaknya lemak tepu. Bagi mereka yang sukar menguruskan badan ini.Remedy yang perlu diambil terlebih dahulu adalah remedy R79 unutk membuang toksin dan lemak tepu dan disamping itu beriadah dan mengamalkan gaya hidup sihat

Bila tiba hari raya perit kempis jadi buncit kembali

Saturday, September 11th, 2010

Salam sejahtera daripada Kak Zu

Kini sudah hari raya ke 2 dalam bulan syawal.Suasana hari raya masih terasa hangat lagi. Kunjung mengunjung kerumah sanak saudara untuk bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim.

Dalam kunjung tersebut sudah semestinya dijamu dengan pelbagai jenis makan dan kuih-muih dan nafsu unutk makan sentiasa membuak-buak tanpa dapat disekat. Pada bulan ramadhan yang lepas sudah turun 5 kg berat badan tapi bila hari raya naik 7 kg dengan mendadak. Begitulah luahan  dn keluhan yang biasa kita dengari.

Oleh itu kawal nafsu anda ,makan sedikit sahaja sekadar menjamah,kurang makan bergula dan banyak minum air mineral untuk mengurangkan nafsu makan yang membuak-buak itu. Remedy homeopathy yang boleh diambil sebelum makan adalah phyto slim atau phytolacca americana 3 in 1 untuk mengurangkan nafsu dan pertambahan berat badan.

Pengambilan herba seperti garcinia juga dapat membantu anda dalam mengawal kolesterol,pertambahan lemak didalam badan serta mengawal nafsu makan yang membuak-buak itu. Oleh itu rancang diet anda di bulan syawal ini agar berat anda tidak bertambah dan kesihatan juga menjadi sihat serta dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes,jantung ,tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit yang menyebabkan kualiti hidup kita menurun.

Ubat kurus yang berkesan dan selamat

Thursday, July 22nd, 2010

kuruskan-badan

Apabila membicarakan cara atau tips menguruskan badan semua orang mahukan perkara yang ajaib dan cepat.Pelbagai produk mengurangkan berat badan dipasaran akan mencerita kebaikan dan keistimewaan produk tersebut menguruskan badan dengan cepat dan pantas. Tapi tahukah anda? Kebanyakan produk menguruskan badan yang cepat mengurangkan berat badan adalah bersifat sementara. Oleh itu anda akan kecewa lagi dan terus mencuba ubat kurus yang lain dan seterusnya.

Sebenarnya untuk menguruskan badan,pemilihan ubat kurus adalah penting supaya anda dapat menguruskan badan dengan selamat tanpa kesan sampingan.Kak Zu bukan kata semua ubat kurus dipasaran tidak bagus dan baik.Sebagai pengguna kita harus bijak memilih supaya ubat kurus tersebut tidak membawa kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan badan kita dikemudian hari.

Siapa yang tidak mahu tampil bergaya dengan memiliki potongan badan yang menarik seumpama model dikaca televisyen! Semua manusia yang mempunyai perasaan dan naluri akan bersifat ingin tampil bergaya dengan penampilan yang menyakinkan.Salah satu ubat kurus yang selamat dipasaran adalah menggunakan kaedah homeopathy. Tahukah anda kaedah homeopathy sudah dibukti selamat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Ubat homeopathy sudah digunakan sejak kurun ke 17 lagi.Oleh kerana ubat homeopathy ini selalu dikatakan tidakbalas lambat berbanding ubat allupathy yang menggunakan kaedah bahan kimia.Maka kepopularan ubat ini tidak begitu ketara. Tapi sejak akhir-akhir ini kesedaran masyarakat sudah semakin tinggi bahawa ubat allupathy banyak membawa kesan mudarat dan sampingan. Mereka sudah beralih arah kepada perubatan alternatif seperti homeopathy.

Mengapakah mereka mimilih produk homeopathy,dengan kemajuan teknologi ubat homeopathy juga terbukti berkembang daripada segi teknologi dan cara pembuatannya yang mesra pengguna.Kerajaan juga sudah mengiktiraf ubat hoemeopathy dan mengapa ubat ini tidak memerlukan KKM, ini kerana ubat homeoapthu single remedy memang tidak perlu KKM kerana tidak tertakluk dibawah akta racun 1952.

Berbalik kepada ubat kurus homeopaty, salah satunya adalah phytolaca americana yang dibuat dalam bentuk tablet kini mendapat sambutan mengalakkan kerana keupayaan dan keberkesannya menurunkan berat badan secara holistik dan bukan bersifat sementara.Disamping itu juga remedy seperti R79 juga berfungsi menghapuskan lemak tepu dan mengurang kolesterol dalam darah.Ini baik untuk mereka yang selama ini sukar menguruskan berat badan kerana mempunyai lemak tepu yang banyak.

Oleh itu,biarlah berat badan turun secara konsisten 2-5 kg dalam masa sebulan tapi kesannya kekal berbanding turun mendadak tetapi kesannya seperti “yo yo” dan akhirnya berasa kecewa dan putus asa. Bak kata perpatah “biar lambat asal selamat”.

Turunkan berat badan tanpa kesan sampingan

Wednesday, May 12th, 2010

phytolacca-americana
Sudah banyak produk menurunkan berat badan yang digunakan tetapi masalah “yo yo” tetap berlaku.Kejap turun,kejap naik. Mana satu yang perlu diikuti.banyak method yang telah dicuba dan jawapannya gagal lagi

Masalah ini dapat diselesaikan dengan pemikiran positif dan istiqamah.banyak orang yang ingin turun berat badan dengan cepat dan segera.hasilnya pun segera juga.Oleh itu cara atau method yang lebih selamat dan berterusan adalah dengan menggunakan ubat yang zero kesan sampingan seperti ubat homeopathy.Ubat seperti phytolacca americana 3 in 1 dan R 79 telah diformulasi menurunkan berat badan dengan cara yang konsitn dan bebas kesan sampingan

Oleh itu satu lontaran pertanyaan.Adalah anda ingin turun dengan cepat dan naik dengan cepat atau turun dengan konsisten dan mendapat berat badan yang ideal? Bonusnya tanpa kesan sampingan.

Diet Atkins

Monday, October 19th, 2009

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini…!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea �karbohidrat rendah dalam pemakanan� semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti �low-fat diet� atau diet rendah lemak.
Melalui �low-fat� diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai �low carbohydrate diet� dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) � 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal…

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

cuba  diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

sumber : melayu dot com

Kurus,langsing dengan selamat

Wednesday, April 22nd, 2009

Perkara utama untuk kelihatan langsing dan mempunyai berat badan yang ideal, bukanlah untuk kecantikkan semata-mata. Mempunyai kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh bukan sahaja menjadikan seseorang itu tidak menarik malah mengundang pelbagai penyakit untuk “menumpang” di tubuh mereka.

Pelbagai penyakit gemar untuk mendampingi orang-orang yang obes, terutamanya;
1. Darah tinggi (hypertension)
2. Kencing manis jenis 2 (diabetic type 2)
3. Masalah koronari jantung (coronary heart disease)
4. Stroke
5. Gangguan pada pundi hempedu (gallbladder disease)
6. Sukar tidur dan masalah pernafasan
7. Pelbagai kanser seperti kanser payudara dan usus.

Seseorang itu boleh di kategorikan obes bila berat badan telah melebihi 10-25% dari berat normal. Obesiti juga melalui keturunan dan akibat dari kelenjar tiroid. Selalunya obesiti terjadi akibat dari cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat, masa terluang tidak digunakan untuk bersenaman, dengan adanya kemudahan tv, komputer yang berinternet dan lain-lain lagi, membuat kes obesiti meningkat setiap tahun tidak kira pada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Ramai yang sedar tentang kesan sampingan yang boleh membawa maut akibat dari ubat-ubatan konvensional mahupun tradisional (yang menggunakan bahan terlarang dan diharamkan) untuk menjadi langsing. Media elektronik dan bercetak sering membuat liputan mengenai kesan yang terjadi kepada pengguna, tetapi masih ada yang tertipu dengan iklan-iklan yang menjanjikan kesan yang pantas untuk pengguna kembali langsing tanpa perlu bersenaman, tanpa diet dan lain-lain lagi. Adakah wajar kita menggadai nyawa demi kecantikkan?.

Perubatan alternatif terutama Homeopathy (produk yang menggunakan 100% konsep Homeopathy) adalah selamat, tidak ada kesan yang memudaratkan malah menyihatkan lagi. Penawar Homeopathy bertindak dengan memperbetulkan sistem didalam tubuh seperti sistem penghadaman, metabolisma dan menyingkir bahan-bahan lebihan di dalam tubuh seperti air berlebihan dan lemak-lemak secara semulajadi.

Penawar-penawar adalah dari pokok-pokok, daun, buah, akar, dan bahan mineral yang telah diproses dengan kaedah Homeopathy, definisi Homeopathy “Natural form of medicine that uses immeasurably small doses of medicines to stimulate the body’s own defense and healing process. Homeopathy focuses on bringing the entire body back into homeostasis, or balance.”
www.naturesroots.com/glossary.html
(Perubatan dari bahan semulajadi, yang menggunakan dos yang amat kecil untuk merangsang sistem pertahanan ditubuh dan merangsang proses penyembuhan. Homeopathy memberi tumpuan untuk mengembalikan tahap asal, atau mengimbang tahap kesihatan seseorang pada tahap yang terbaik)

Homeopathy menawarkan penawar-penawar yang selamat dan hampir sifar kesan sampingan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah membuat kajian dan menyatakan seperti di bawah:

Berita Harian, Sabtu - 20 Februari 1999 Kuala Lumpur (Malaysia) - Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Setiap manusia dilahirkan mempunyai perbezaan begitu juga masalah obesiti, contohnya A mengalami obesiti dengan masalah gemar makan bila dilanda masalah, gemar makanan ringan, tubuh kelihatan lembik dan mengelebeh, besar di bahagian pinggul kebawah sementara B pula obesiti dengan masalah gemar pada makanan panas, makanan yang dibakar, telur, tidak sembelit, tubuh kelihatan padat dan keras.

A dan B mempunyai dua masalah unik yang berbeza, oleh itu untuk merangsang kepada penurunan berat badan A dan B perlu mendapatkan penawar yang berbeza. Penawar popular Homeopathy untuk mengatasi obesiti seperti Calc.Carb, Phytolacca Berry Q, Nat.Mur dan banyak lagi pilihan penawar-penawar untuk mengawal obesiti.
Mengikut amalan pengamal Homeopathy, akan merawat obesiti mengikut simptom-simptom obesiti, seperti
Calc.Carb amat sesuai untuk kes obesiti yang gemarkan makanan panas, tidak dapat mengawal nafsu makan, gemar makan untuk menenangkan fikiran, lambat hadam dan sembelit.

Calc.Carb boleh digabungkan dengan 1 atau 2 penawar lain untuk lain-lain simptom seperti Phytolacca Berry Q yang amat baik untuk mengatasi masalah sembelit dan membuang bahan-bahan yang tidak dikehendaki didalam tubuh dan beberapa penawar lagi bagi menangani beberapa simptom yang berlainan.
Hasil dari pemerhatian dan kes yang telah kami preskripsikan, penawar-penawar Homeopathy mampu mengekang nafsu makan berlebihan, membuang lemak dan toksik didalam tubuh, membuang cecair yang berlebihan di mana tubuh seseorang itu obes dan lembik akibat air berlebihan dan membuat seseorang itu merasa lebih sehat dari sebelumnya.

Senaman juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit atau lebih pada kadar 3 hari berturut-turut (sekurang-kurangnya), boleh dilakukan didalam rumah tanpa perlu bersusah payah keluar rumah untuk bersenaman, lakukan senaman yang mampu mengeluarkan peluh seperti menggunakan basikal senaman, aerobik dan lain-lain.
Anda perlu disiplin dengan kekerapan senaman tersebut, kerana tanpa kombinasi senaman yang teratur impian anda untuk langsing agak sukar. Cara pemakanan yang sihat, senaman yang teratur dan penawar Homeopathy, impian anda untuk langsing akan menjadi kenyataan. Tidak ada yang mudah di dunia ini termasuklah mendapat bentuk badan yang cantik!

Mengikut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1:5 dari orang dewasa di Malaysia adalah obes atau mempunyai berat badan berlebihan (overweight).
Asians may look thinner than Westerners but they have more fat in their bodies, health experts told a World Health Organisation (WHO) forum” .

Wanita-wanita di Malaysia terutamanya , begitu ghairah untuk menjadi langsing dan kelihatan cantik sehingga ada yang mengalami kesan sampingan yang serius dari ubat-ubat langsing yang terdapat dipasaran.
“The Government has banned Bestrim, a slimming product found to contain the harmful substance fenfluramine besides nicotinamide and caffeine, which are disallowed in the preparation of traditional products.” (Sumber The Star, June 5, 2002)

Anda boleh dapat set slimming homeopathy di laman web ini

Blog Widget by LinkWithin