Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posts Tagged ‘parut jerawat’

Cara mengatasi jerawat

Monday, August 15th, 2011

Salam sejahtera pada semua pembaca blog Kak Zu ni.

Kak Zu sering kali menerima email pertanyaan ..bagaimanakah cara mengatasi jerawat yang berulang-ulang atau jerawat yang sukar sembuh. Kejap ok kejap ko…

Baiklah ,sebelum mengulas lebih lanjut tentang masalah jerawat. Kak Zu akan fokuskan terlebih dahulu mengapa jerawat terjadi. Pertama disebabkan masalah hormon,ini biasa terjadi kepada remaja yang sedang meningkat naik atau dalam erti kata sedang menunggu ke zaman kedewasaan. Apakah remaja sahaja yang biasa mengalami masalah ini. Orang dewasa juga ada mengalami masalah ini jika terjadi ketidakseimbangan hormon didalam badan. Ada sesetengah kes berlaku pada mereka yang sudah meningkat umur 40 an. Tetapi perkara ini jarang berlaku.

Faktor kedua adalah disebabkan kulit terdedah terlalu lama dengan faktor cuaca dan suasana sekeliling yang tidak bersih dan harmoni. Biasa masalah ini mudah ditangani dengan remedy luaran seperti cream carmino calendula.

Faktor ketiga jerawat terjadi adalah disebabkan penggunaan kosmetik yang berasaskan bahan kimia. Yang pada mulanya memang menampak keberkesanan. Seperti krim pemutih,pencuci dan lain-lain. Akibat bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit menjadi nipis dan terdedah dengan sinar UV dan lain akan menyebabkan kulit mudah dihinggapi bakteria. Bukan itu sahaja ia juga boleh mengakibat jeragat dan bertompok-tompok dimuka.

Mengatasi jerawat bukan sesuatu perkara yang sukar. Apa yang harus  ada adalah sikap positif yang mesti ada dalam diri serta sifat istiqamah. Bagi mereka yang sudah jemu kerana pelbagai produk telah dicuba. Apa kata Kak Zu cadangkan anda berubah kepada perubatan alternatif seperti homeopathy dan biochemic supaya dalam kita ingin mengatasi masalah jerawat kita juga bebas kesan sampingan kerana sudah terbukti ratusan tahun ubat homeopathy dan biochemic adalah paling selamat dan tidak meninggalkan sebarangan kesan sampingan.

Rawatan homeopathy yang boleh diambil bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang sukar sembuh dan berulang-ulang adalah dengan rawatan komprehensif. Apakah itu rawatan komprehensif? Rawatan komprehensif ini terdiri daripada beberapa yang berbentuk cecair yang perlu diambil bertujuan mencuci sistem hati yang bertoksin.Kkadangkala bukan sahaja disebabkan hormon tetapi juga masalah hati yang bertoksin. Selain itu rawatan komprehensif ini juga merawat masalah jerawat daripada luaran.

Anda boleh membaca dengan lanjut tentang remedy-remedy rawatan komprehensif disini..sila klik. Dicadangkan ambil dalam masa 4-6 bulan untuk hasil yang terbaik.



Ubat parut dan jeragat

Sunday, May 22nd, 2011

masalah-parut

Salam sejahtera,

Semoga anda semua ceria bersama insan-insan tersayang,

Kak Zu selalu dihujani email yang bertanya cara bagaimanakah ingin menghilangkan parut jerawat terutamanya parut berlubang dan jeragat yang menganggu keceriaan dan seri air muka.

Baiklah, masalah parut jerawat seperti parut berlubang sebenarnya bergantung kepada keupayaan sel-sel badan manusia unutk rebuild sel.Jika sesetengah orang mempunyai keupayaan unutk rebuild sel yang cepat maka proses dan keupyaan kulit muka mereka untuk sembuh daripada parut jerawat seperti parut jerawat berlubang akan mempercepatkan proses pemulihan. Kebiasaannya proses ini mengambil masa diantara 5-25 minggu bergantung pada keadaan kulit seseorang.

Ramai yang bertanya, apakah produk yang terbaik unutk masalah parut jerawat berlubang ini. Kak Zu mencadangkan pada mereka mengamalkan BC04 iaitu sejenis biochemic produk yang menggunakan garam tisu mineral. BC04 biochemic ini mudah diambil kerana remedy ini dalam bentuk tablet manis seperti ubat minda homeopathy dipasaran. Bc04 ini berfungsi menguatkan kembali keanjalan kulit muka dan memberikan collagen semulajadi dan baik unutk mengatasi masalah jeragat di muka.Pengambilanya mestilah istiqamah.Ini kerana bagi wanita yang berusia 30 an keatas keupayaan dan fungsi kulit mula menurun disebabkan pelbagai faktor seperti pengingkatan tekanan,gangguan alam , dan keupayaan collagen dikulit muka mulai menurun.

Bagi masalah parut  jerawat berlubang penggunaan kombinasi remedy seperti penggunaan cleaser bio t3 forte dan cream bio t3 forte juga akan memudarkan masalah parut jerawat yang berlubang. Kombinasi diperlukan dan jangka masa rawatan bergantung pada tahap kulit dan keupayaan sel-sel untuk dibina semula.

Oleh itu, apa yang penting dalam pemilihan produk merawat parut dan jeragat,pilih produk atau remedy yang bebas kesan sampingan. Supaya kulit muka kita dapat mempunyai struktur yang semulajadi dan bukannya kesan penipisan yang disebabkan oleh produk yang berasaskan bahan kimia. Semoga artikel kali ini akan meberi anda panduan yang tepat dan bersesuaian dalam merawat masalah parut jerawat seperti parut jerawat berlubang dan masalah jeragat yang terjadi dimuka.

Kak Zu doakan anda semua ceria dan gembira dengan penampilan anda dan berasa yakin dalam menempuh kehidupan. Berjumpa lagi dalam post yang akan datang. Insyallah Kak Zu akan ulas tentang produk hot dipasaran iaitu garcinia cambogia extra strenght dalam menurunkan berat badan.



SSQ cream memang cukup berkesan menegangkan payudara

Tuesday, March 29th, 2011

ssq-massage-cream-100ml

Salam sejahtera, agak lama Kak Zu tidak post artikel di blog ini.

Kali ini kazu nak ulas tentang krim SSQ yang baru ini telah dijual dalam botol 100 ml dan feedback yang kak zu terima daripada email cukup banyak dan berpuashati dengan cream ini

Ada pelanggan kak zu yang guna 2 minggu dah nampak hasil. Sebenarnya cream ini sudah lama dijual dipasaran tetapi dalam botol kecil dan ramai customer Kak Zu minta cream ini dijual dalam botol besar dan kali ini pembekal bersetuju membekalkan dalam botol besar.

Krim SSQ diadun daripada herba seperti extract mirifica, bungan winter lover,saw palmetto dan pelbagai herba mewah yang lain dan diproses dengan kaedah homeopathy. Diformulasi khas untuk wanita yang mengalami payudara kendur,kurang pejal dan tidak menarik.

Insyallah dalam beberapa hari lagi SSQ dan SSQ Cream besar akan dijual dengan harga yang menarik

Testimonial terbaru pakej jerawat

Friday, February 25th, 2011

Testimonial terbaru pakej jerawat terdiri daripada  BC01 , carmino cream dan marigold soap. Klik gambar jika tidak jelas. Maklumat lanjut mengenai pakej tersebut boleh didapati disini

ubat jerawat berkesan

Jerawat batu

Tuesday, December 21st, 2010

set-komprehensif1

Salam sejahtera

Ramai yang bertanya Kak Zu,

Jerawat batu dan remedy terbaik untuk mengatasinya. Jerawat ini disebabkan pelbagai faktor. Antaranya adalah disebab masalah hormon,faktor toksin dihati dan juga disebab darah kotor.

Jerawat batu yang berulang-ulang dan seakan tidak mahu sembuh sehingga meninggalkan kesan parut dan bintik hitam yang banyak.kadangkala menyebabkan kita stress dan kecewa.Pelbagai ubat dan kaedah telah dicuba,namun jerawat masih juga tumbuh.

Melalui kaedah rawatan homeopathy dan biochemic , jerawat batu boleh disembuhkan. Cuma anda kena amabil pakej komprehensif untuk jangka masa 3-5 bulan bergantung pada tahap kroniknya jerawat tersebut.Melalui pakej ini adalah gabungan daripada semua jenis rawatan yang terdiri daripada rawatan luar dan dalam.

Jerawat batu harus dirawat daripada akar umbi, rawatan kulit secara luaran sahaja hanya dapat memulihkan jerawat dalam jangkamasa sementara sahaja berbanding dengan rawatan secara holistik

Maklumat lanjut tentang pakej komprehensif ini anda boleh dapatkan disini. Sila kilk sini

Parut jerawat dan cara rawatan

Thursday, November 25th, 2010

parut-jerawat

Salam sejahtera,

Bertemu kita pada kali ini ,Semoga anda yang membaca blog Kak Zu ini ceria dan sihat semua.

Kali ini , Kak Zu ingin mengulas cara terbaik merawat parut yang ditinggalkan oleh masalah jerawat. Parut jerawat ini pelbagai jenis seperti parut kecil,parut yang yang berlubang dan parut yang meninggalkan bekas seperti kawah. Bekas jerawat ini dapat dirawat dengan memngambil BC04 secara berterusan selama 3-6 bulan dan kadangkalanya sehingga tempoh 12 bulan ini kerana keupayaan seseorang unutk membina sel yang mati adalah berlainan antara satu sama lain. Bc04 mengandungi collagen semulajadi unutk keanjalan kulit.

Selain pengunaan BC04 ,ia juga harus dibantu dengan soundarya cream yang dapat meratakan kembali permukaan kulit secara semulajadi. Kombinasi kedua remedy dapat membantu menghapus parut jerawat secara perlahan,semualajadi dan selamat tanpa menipiskan permukaan kulit. Oleh itu kombinasi biochemic seperti BC04 dan krim semulajadi daripada ramuan homeopathy seperti soundarya krim dapat membantu kulit anda kembali seperti sediakala.

Apa penting disini adalah istiqamah iaitu berterusan dan yakin usaha anda akan pasti berjaya.

Rawatan jerawat guna echi-a detox

Thursday, November 25th, 2010

Echi-a detox adalah remedy homeopathy yang berkesan unutk merawat masalah jerawat batu,jerawat yang bernanah,jerawat yang berulang-ulang dan sukar sembuh.

Apakah kelebihan echi-a detox. Echi-a detox merawat daripada dalam terutama yang berkaitan masalah hati ,hormon dan sebagainya. Jika anda sering kali mengalami masalah jerawat yang kronik,berulang-ulang dan sukar sembuh. Cuba echi-a detox sekurang-kurang dalam tempoh 3-5 bulan untuk rawatan secara holistik dan ini amat penting untuk mengatasi masalah jerawat yang sukar sembuh.

Pakej jerawat komprehensif

Friday, August 20th, 2010

Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya anda boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!

Jerawat atau akne merupakan masalah kulit yang biasa, yang bukan hanya akan meninggalkan parut di muka sahaja tetapi akan menjadikan seseorang itu merasa rendah diri, kerana tekanan perasaan akibat rasa rendah diri sehinggakan ramai yang terjebak dengan produk-produk kosmetik yang merbahaya. Akibatnya masalah jerawat dan kulit semakin bertambah teruk.

“Untuk merawat sehingga sembuh jerawat yang dimuka anda, adalah sangat KRITIKAL untuk anda memahami punca SEBENAR yang menyebabkan jerawat terjadi…” ( TIDAK seorang pun ahli dermatologi atau sesiapa pun yang pernah memberitahu anda)…

PUNCA sebenar terjadinya jerawat

Hanyalah 2 perkara dan tidak lebih dari 2 perkara berikut…

Pengumpulan toksik yang terjadi di dalam darah dan sistem limfa di mana hati (liver) gagal untuk menyahtoksik dan meneutralkan darah untuk dibekal ke sel-sel dan akibat ketidakseimbangan hormon….

Tidak begitu jelas ..begini…

Bila kita bernafas atau makan ia akan mengumpul toksin. Hati akan bekerja keras untuk meneutralkan toksik-toksik tersebut. Bila anda alami sembelit, maka anda meletakkan hati pada situasi yang amat sukar untuk meneutral toksin-toksin yang terhasil, lalu akan menjurus kepada pengeluaran toksin ke kulit dan muka. Akhirnya toksin yang berlebihan itu akan menyebabkan pengeluaran toksin ke kulit dan muka, akibatnya menjadi jerawat dan pelbagai masalah kulit.

Hati (liver) bertanggungjawab untuk menyahtoksik darah yang datang dari kolon atau usus besar, paru-paru dan sistem limfatik. Bila sudah dineutralkan,

darah tersebut akan bergerak ke seluruh tubuh. Darah yang dineutral itu akan membekalkan sel-sel dengan oksigen dan fungsinya untuk proses penghadaman nutrisi.

Dan

Hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya.

Berbalik kepada jerawat anda.. hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan”

Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit.

Jerawat akhil baligh… mengapa terjadi ?

Jerawat sering terjadi bila seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan menghampiri atau setelah akil baligh kerana..

Terjadi gelombang yang besar (seolah-olah litar pintas) pada kadar serentak atau sekaligus yang dihasilkan oleh androgenic hormone.

Apabila proses ini terjadi, hati akan menjadi “sesak”, proses peneutralan menjadi perlahan akibat “kerja tambahan” selain untuk meneutral toksin yang dihasilkan sebelum ini, lalu terjadi pertindihan hormon-hormon serta darah bertoksin didalam hati akibat “serbuan” tersebut.

Bila hati gagal untuk “bekerja kuat”. Darah akan dipenuhi lebihan hormone androgenic dan darah bertoksin yang akan mengakibatkan “breakout” yang menggila di muka remaja tersebut.

Holistic Homeopathy Acne & Scar Teatment

Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!

Kerap kali bila jerawat mula tumbuh dimuka, anda akan panik , dan tidak tahu bagaimana hendak mendapat rawatan dan nasihat.
Bagaimana untuk mendapat kulit yang cantik tanpa membahayakan kesihatan dan kesan sampingan ?

Homeopati adalah sistem perubatan yang berusia lebih 2 abad yang menawarkan remedi (tidak disebut ubat kerana homeopati tidak menggunakan sebarang dadah) yang selamat, lembut, berkesan dan boleh diharap, untuk remaja dan juga orang dewasa.

Di Malaysia kesedaran tentang bahayanya produk kosmetik semakin meningkat, ramai yang mencari-cari produk yang selamat dan tanpa kesan sampingan. Oleh itu produk homeopati mendapat permintaan yang tinggi kerana kesan penyembuhannya tidak artificial tetapi adalah penyembuhan yang sebenar.

Bagaimana rawatan secara Holistik Homeopati ?

Homeopati tidak merawat masalah kulit seperti jerawat dengan hanya menyapu krim dan membenam jerawat kedalam kulit muka. Konsep Homeopati lebih menyeluruh dan percaya rawatan secara holistik adalah penting dimana merawat keseluruhan tubuh pesakit bukan hanya pada muka atau di mana penyakit itu terjadi sahaja.

Pakej Holistic Homeopathy For Acne And Scar Treatment, adalah remedy 100% persediaan Homeopati yang rumus khas oleh pakar-pakar Homeopati Germany khusus untuk merawat jerawat dan parut. Disedia di dalam bentuk cecair untuk mempercepatkan proses penyerapan ke dalam sel-sel tubuh.

R7 – Setiap masalah kulit seharusnya bermula dengan rawatan mencuci hati (liver drainage treatment) yang akan membantu menghapus pengumpulan sejumlah toksin yang terdapat didalam tubuh, pengumpulan toksin didalam tubuh adalah penyebab utama terjadinya masalah kulit yang teruk dan kronik.

R23 – Adalah untuk rawatan masalah eczema yang akiut (tiba-tiba) dan kronik (lama), jerawat, kesan hitam bila luka atau jerawat mula sembuh (scabs), lepuhan (blister) dan kulit kering yang bersisik. Biasanya erupsi (eruptions) adalah basah dan akan membentuk nanah.

R23 – Adalah remedy yang amat berkesan untuk remaja malah juga kepada orang dewasa yang mengalami jerawat batu, eczema, inflamasi kulit (dermatitis) dan pembentukan nanah . Formula ini sesuai untuk keadaan muka berminyak atau pun kering.

Cream Complexion With Aloe Vera – Krim sapuan Homeopati yang amat lembut tetapi amat berkesan untuk mengawal jerawat yang bernanah, menghapus parut dan jeragat dengan formula Homeobotanical, krim ini bebas dari bahan-bahan kosmetik, hydroquinone dan lain-lain.

Sabun Complexion – mempunyai pH yang amat sesuai dengan semua jenis kulit, formula bunga-bungaan yang mempunyai kesan antiseptic, anti-oxidant dan anti-ageing serta mencerahkan kulit. Sabun ini juga mengandungi 100% bahan Homeobotanical yang tidak tertaluk dengan bahan-bahan kosmetik atau kimia.

Cara pengambilan remedi:

Remedi R7 , perlu dihabiskan terlebih dahulu. Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong.

Remedi R23 di ambil selepas remedy A1 habis , di selang seli dengan remedi R53, Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong. Cara pengambilan , pagi ambil R23 , tengah hari ambil R53 dan malam ambil R32 semula.

Krim Complexion With Aloe Vera perlu diguna pada sebelah malam sahaja, selepas dicuci muka dengan Sabun Calendula Plus bersama-sama air suam. Krim disapu secara putaran keseluruh muka dan biarkan semalaman.

Harga pakej yang amat menjimat hanya RM190 dan penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia , jika dibeli berasingan kos untuk keseluruhan produk-produk hebat ini ialah RM300

Jerawat tidak sembuh-sembuh

Tuesday, July 6th, 2010

jerawat

Salam sejahtera,

Soalannya ini paling kerap diutarakan melalui email pada Kak Zu,persoalannya ini bukan mudah dijawab seperti menulis ABC. Ia perlu diteletikan dahulu terlebih dahulu daripada banyak faktor .

Pertama : jerawat yang berulang-ulang disebakan faktor hormon,senang cerita dalam bahasa mudahnya akibat perkembangan daripada alam kanak-kanak ke dewasa. Ia perlu ditangani dengan remedy biochemic yang lembut dan tiada kesan sampingan seperti BC16. Masalahnya berapa lama akan hilang? Ini bergantung pada tahap kronik,sederhana atau masalah ringan. biasa masalah ringan hanya memerlukan 1-3 bulan sahaja. Masalah sederhana 3-6 bulan dan masalah kronik biasa 6 bulan keatas. Wah lamanya!!! tiada yang cepat ke kak zu?

Anda perlu ingat ,rawatan secara holistik adalah berbeza bagai rawatan yang bersifat sementara yang memendam masalah. Hari ini ambil ,esok lusa hilang sementara dan akan datang lagi dan lagi dan lagi apabila kesan ubat yang bersifat memendam itu hilang kuasanya. Apakah anda sanggup membiarkan masalah ini berulang-ulang bertahun-tahun sehingga meninggalkan parut dan kesan sampingan lain. Tanya diri anda sendiri?

Kedua : Faktor dalaman juga seperti darah yang kotor dan dicemari toksin juga memungkinkan perkara ini berlaku dan jerawat amat sukar hilang jika tidak ditangani masalah ini.

Ketiga : Disebabkan alahan seperti mengalami masalah resdung,selsema diwaktu pagi,bersin dan batuk pada waktu-waktu tertentu. Ini memerlukan anda merawat masalah alahan seperti mengambil BC05 terlebih dahulu adalah langkah terbaik untuk mengatasi masalah jerawat berulang-ulang dan amat sukar unutk disembuhkan.

Info lanjut tentang produk anda boleh dapat disini

Hilangkan parut jerawat muka

Tuesday, February 9th, 2010

Ramai yang bertanya apakah kombinasi yang berkesan hilangkan parut jerawat muka. Kak Zu berikan beberapa cadangan rawatan yang paling sesuai.

Bagi kulit sensitif - witch hazel + biochemic skin nutrient + set qauifolium

Kulit normal Cream aquifolium + biochemic skin nutrient

Kulit berjerawat dan berparut - biochemic acne scar + set aquifolium atau ambil set 3 in 1 biochemic acne scar + carmino  + marigold.


Blog Widget by LinkWithin