Kurus dengan selamat tanpa kesan sampingan
Sunday, June 13th, 2010
Salam sejahtera,
Ramai yang bertanya kak zu, dah puas cuba pelbagai produk dipasaran dan telah mengikut aturan pemakanan yang betul tetapi masih juga tidak turun-turun berat badan.
Kak Zu akan ulas serba sedikit, mengapakah anda sukar turun, pertamanya anda mungkin dalam kateogori metabolisme yang rendah dan ini amat sukar dan kesan untuk menurunkan berat badan mengambil masa yang lama.
Keduanya , lemak tepu yang terkumpul didalam badan menyebabkan penurunan berat badan begitu sukar dan anda perlu memecahkan lemak tepu ini dan ia akan mengambil masa yang lama berbanding mereka yang kurang lemak tepu dan mempunyai kadar metabolisme yang stabil.
Ketiga,sejarah seperti keturunan (genetik) juga memainkan peranan yang penting. Faktor ini perlu ditangani dengan usaha dan semangat yang kental.
Keempat adalah disebabkan faktor pemakanan yang tidak seimbang dan berlebihan.Oleh kerana anda sudah terbiasa dengan keadaan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan apa sahaja method menguruskan badan menajdi beban kepada anda.
Faktor yang paling mental adalah kekurangan semangat yang kental,tiada semangat dan motivasi adalah faktor yang terpenting.Ini kerana orang yang banyak alasan dalam hidup serta kurang keyakinan diri adalah mereka yang sukar mencapai kejayaan. Soalan lebih banyak daripada tindakan akan menyebabkan mental block yang akhirnya apa sahaja cara untuk menguruskan badan tidak berkesan untuk mereka.
Mengapa ramai yang memilih perubatan homeopathy.Ini kerana perubatan homeopathy sudah terbukti bebas kesan sampingan dan secara semulajadi menurunkan berat badan tanpa risiko kesan sampingan. Phytolaca americana 3 in 1 dan R79 sudah terbukti gabungan yang unik menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Kaedah yang digunakan amat alami dan anda tidak perlu bimbang dikemudian hari.







