Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posts Tagged ‘masalah rambut’

Masalah rambut botak dan gugur

Saturday, March 24th, 2012

rambut-botak-dan-gugur

Selain mengamal ubat-ubat Homeopathy untuk mendapat rambut yang cantik, lebat dan bersinar, saya sertakan tip-tip percuma. Bahan-bahan yang ada di dapur anda boleh digunakan untuk merawat rambut yang bermasalah, cubalah…

    1. Tip untuk rambut yang hitam dan berkilat

Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastic, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.

  1. Selepas shampoo rambut anda lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan diurut-urut ke kulit kepala dan bilas selepas itu. Guna conditioner yang biasa anda guna untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  2. Bagi merawat rambut yang rosak anda boleh gunakan pisang, caranya ramas pisang dan dicampur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda kemudian shampoo (sebaik-baiknya shampoo herba) dan conditioner.
  3. Masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari, ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  4. Premature greying hair (beruban sebelum waktunya)

Jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi bila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi lalu terjadilah uban apabila usia meningkat.

Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan. Beberapa amalan cara hidup seperti berikut akan mengakibatkan anda akan beruban lebih awal :

    1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alcohol
    2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
    3. Terlalu kerap mengambil kopi dan the
    4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid seperti jeruk

Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti meninggalkan tabiat seperti di atas dan mengambil :

  1. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
  • Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
  • Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
  • Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.

Masalah rambut gugur,botak, beruban pada usia muda (premature greying hair) telah menjadi kebiasaan didalam kehidupan pada masa kini. Jika dahulu 30-40 tahun lalu, hanya orang tua sahaja yang mengalami masalah rambut beruban atau mengalami masalah rambut botak. Kini perkara ini sudah menjadi lumrah disebabkan faktor pemakanan dan gaya hidup ,masalah botak atau beruban boleh ditemui pada remaja belasan tahun.

Rawatan rambut  secara perubatan homeopathy

Pelbagai produk dipasaran dengan harga yang mahal dan dengan testimonial yang mengoncang iman pembeli, ubat dan produk Homeopathy berpendapat masalah rambut gugur, beruban pada usia muda dan botak perlu dirawat secara dalaman atau mengambil ubat Homeopathy secara oral (makan) bukan hanya sekadar di luaran sahaja. Seperti Silicea, Cal,phos, Lycopodium, Phosporic acid dan banyak lagi ubat-ubat yang boleh dipreskripsi secara individu atau secara combo.

Maklumat lanjut rujuk sini



Wednesday, January 20th, 2010
rambut-botak
Salam ceria daripada Kak Zu untuk semua pembaca blog
Ramai yang bertanya Kak Zu bagaimana ingin merawat masalah botak dan rambut yang sentiasa gugur. Semasa Kak Zu di India tempoh hari dan berpeluang meninjau beberapa ramuan dan kaedah rawatan rambut yang diperkenalkan disana. yang paling menarik kaedah yang digunakan adalah menggunakan kaedah perubatan homeopathy dan herba dan bebas kesan sampingan.
Rambut botak disebabkan banyak faktor,masalah ini berpunca daripada faktor fizikal secara dalaman mahupun luaran. Pada permulaannya masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh kegagalan akar rambut untuk mampu bertahan dan mendapat nutrien yng secukupnya untuk kekal sihat.
Rawatan rambut botak dan gugur ini mengandungi 3 kombinasi rawatan iaitu menggunakan shampoo khas yang mengandungi herba yang diproses dengan kaedah homeopathy. Minyak sapu dan ubat titis untuk diminum.
Apa kata lawat url dibawah untuk mengetahui lebih lanjut bagaimanakah rawatan sendiri ini dapat dilakukan sendiri dirumah.Ianya semudah ABC. Rawatan bukan sahaja sesuai unutk rambut yang mula botak,sudah botak atau utuk rambut gugur tetapi sesuai untuk menyihatkan rambut dan menjaga rambut supaya sihat dan berseri-seri.
Alopecia adalah nampak saintifik bagi istilah rambut yang botak dan mula gugur. mengapakah kaedah rawatan ini memerlukan tiga kombinasi. Ia adalah bagi tujuan merawat secara holistik dan bukan bersifat sementara.Oleh anda bukan sahaja dapat merawat daripada luaran tetapi daripada dalaman. Maklumat lanjut rawatan rambut yang botak,mulai botak,rambut mulai gugur dan sebagainya dapat dilakukan sendiri dirumah anda boleh rujuk disini
Bagi mereka yang botak (alopecia) jangan risau,kini anda boleh baiki penampilan diri dengan kaedah rawatan sendiri dirumah. Adakah kaedah rawatan ini berkesan.Ia memang berkesan kerana sudah terbukti kaedah homeopathy dan herba bukan sahaja selamat daripada kesan sampingan juga berkesan merawat secara menyeluruh.

Blog Widget by LinkWithin