Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posts Tagged ‘kuruskan badan’

Kuruskan badan dengan cepat

Friday, January 20th, 2012

kuruskan-badan

Salam sejahtera daripada Kak Zu unutk pembaca blog

Semoga anda ceria bersama kelaurga dan orang tersayang. Sering kali Kak Zu dilontarkan persoalan bagaimana ingin menurunkan berat badan dengan kadar segera dan dalam ertikata lain penurunan dapat dilakukan dengan cepat.

Semua orang mahu turunkan berat badan dengan cepat. Persoalan ini haruslah dilihat daripada pelbagai sudut seperti faktor pemakanan,tabiat makanan,dan juga cara anda melakukan diet. Ada diantaranya melakukan diet yang terlalu ekstrem sehingga melupkan makanan tengahari atau pun sarapan bagi. Sebenarnya diet yang baik adalah dengan mengambil makanan yang tetap setiap hari tanpa meninggalkan makanan harian anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengurangkan makanan yang tinggi kabohidrat seperti nasi dan bukannya meninggalkan langsung makanan tersebut.

Selain daripada itu, ramai yang ingin kurus dengan cepat tetapi tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dengan alasan sibuk dan malas. Tiada masa dan pelbagai alasan lain lagi. Anda sebenarnya boleh melakukan senaman semasa bekerja.Gunakan waktu pagi anda dengan berjalan cepat selama 5 minit kerana berjalan cepat selama 5 minit boleh membantu akan membakar lemak dan kalori. Diingat berjalan cepat bukannya berjalan dengan lemah gemalai dan berlenggang-lenggok.

Semasa ditempat kerja,jika anda bekerja diaras atau tingkat 3 dan 4 sebauh bangunan,jangan gunakan lift,apasalah anda masa anda meniti tangga dan ini boleh membantu anda membakar lemak. Ini masalah sikap yang perlu diubah. Semasa berada di escalator,jangan memegunakan diri anda, sila mendaki supaya tenaga dapat dibakar. Sebanarnya banyak pekerjaaan seharian kita yang boleh membakar lemak tetapi kita malas melakukannya.

Baiklah,apabila anda igin mengambil ubat kurus atau remedy kuruskan pastikan anda ambil secara istiqamah,iaitu berterusan serta mengikut peraturan. Sila set minda anda dengan berkata “aku akan kurus dan aku pasti kurus” . Dengan menanam niat begitu nescaya anda akan kurus dan dapat membantu anda kurus dengan cepat. Ini kerana minda bawah sedar anda akan bekerja dan tenaga positif akan datang kepada diri anda.

Elakkan dengan berkata, aku sudah makan ubat kurus ni 20 hari tetapi tidak kesan pun” Maka minda bawah sedar anda akan menanam sikap dan tenaga negatif. Ini tidak akan dapat membantu anda untuk menguruskan badan.

Amalan pemakanan dengan mengambil makan yang sedikit tetapi kerap juga dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan anda. Penggunaan L-carnitine unutk membakar lemak juga membantu membakar lemak yang terkumpul dan membakarnya dalam bentuk tenaga. Jika anda berdiet pastikan anda mengambil L-carnitine untuk membakar lemak dan anda mendapat tenaga tambahan. Pastikan juga anda melakukan senaman paling sedikit 5-10 minit sehari dengan konsisten dengan melakukan pelabagai aktiviti seperti berjalan cepat,menaiki tangga atau paling seronok adalah dengan berbasikal setiap petang sambil menghirup udara segar.

Kajian menunjukkan , berbasikal atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dan perut dengan cepat dan menjamin kesihatan badan. bagi mereka yang buncit dan boroi sila pastikan anda berbasikal dan berenang dan pastikan juga pengambilan L-Carnitine untuk membantu membakar lemak dengan cepat dan berkesan.

Bertemu lagi di post akan datang




Garcinia extra strenght turunkan berat badan

Sunday, January 1st, 2012

faktor-kegemukan

Garcinia extra streght telah terbukti dapat menurunkan berat badan kepada mereka yang sukar menurunkan berat badan.Apa yang penting garcinia extra strenght bebas kesan sampingan dan selamat digunakan.

Di kilang dengan kilang yang memenuhi GMP menambah keyakinan kepada pembeli. Oleh itu, garcinia extra strenght telah menjadi produk yang begitu hot dipasaran sekarang kerana herba semulajadi ini dapat mengurangkan kolesterol ,menghapuskan lemak tepu yang adala di dalam badan.

Bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan.Pengambilan garcinia extra strenght buat pemulaan mungkin akan mengalami proses detoxfikasi terlebih dahulu. Bagi mereka yang terlalu gemuk atau obesiti dinasihatkan telah dahulu mengambil garcinia ini dalam tempoh 2-3 bulan untuk kesan yang baik.

Selain daripada, amalan makanan yang sihat juga dapat membantu penurunan berat badan dengan cepat disertai dengan amalan senaman 2-3 kali seminggu atau paling kurang 1 jam seminggu. Selain daripada mendapat berat badan yang ideal garcinia juga membantu meghindarkan anda daripada kolesterol yang merbahayakan kesihatan jantung anda. Oleh itu, garcinia bukan sahaja menurunkan berat badan tetapi boleh juga mengawal aliran kolesterol dalam darah.

Pengambilan garcinia extra strenght dengan mengikut aturan akan mengurangkan berat badan kita secara semulajadi tanpa ada kesan turun naik. Selain daripada itu kita juga akan lebih bertenaga apabila lemah dibakar. Gabungan garcinia extra strenght dengan L-Carnitine akan menghasilkan penurunan berat badan yang menakjubkan.

Info lanjut anda boleh dapatkan disini



Pembakar lemak yang berkesan

Thursday, December 29th, 2011

l-carnitine

Salam sejahtera,

Masalah kegemukan dan kenaikan berat badan dipengaruhi oleh faktor pemakanan yang berlemak. Kebanyakan diet kita hari ini tidak dapat mengelakkan makanan yang berlemak. Terlalu sukar untuk kita mengelakkan makanan yang berlemak.

Oleh itu, adalah penting kita mengambil makanan tambahan yang boleh menghapuskan lemak atau menukarkan lemak yang terkumpul dibadan menjadi tenaga untuk kita bakarkan. Salah satu bahan semulajadi adalah L-Carnitine yang berfungsi untuk membakar lemak yang terkumpul didalam badan kita. L Carnitine berfungsi menukarkan lemak menjadi tenaga.

Senaman akan membakar lemak dengan cepat apabila kita mengambil l carnitine.

Apakah L-Carnitine?

L-Carnitine adalah nutrisi semulajadi yang berperanan penting dalam metabolisme tubuh badan kita. Ia dulunya dikenal sebagai Vitamin BT.L-Carnitine membawa zat lemak ke  sel badan.

TanpaL-Carnitine zat lemak ini tidak sampai ke tempat penghasil energi.L-Carnitine penting dalam memberi energi ke dalam organ dalam tubuh badan kita, misalnya jantung, otot, hati dan sel-sel imun.

L-Carnitine berfungsi penting dalam tubuh untuk:
  • menghasilan energydaripada lemak
  • Meningkatkan kemampuan tubuh melakukan gerak senaman (athlet)
  • Meningkatkan pemulihan setelah melakukan senaman.
  • Memberikan energi kepada jantung dan sel-sel imun.
  • Mencegah timbulnya kelelahan  apabila melakukan aktiviti senaman

Oleh itu jika anda ingin membakar lemak dengan cepat ambil l carnitine sebelum melakukan senaman adalah jalan terbaik dan selamat.

Senna + Garcinia turun 5 kg

Thursday, December 15th, 2011

senna1

Salam sejahtera,

Berjumpa lagi dipost kali ini,Kak Zu harap semua sihat ceria bersama orang tersayang.

Kali ini Kak Zu nak ulas tentang garcinia + senna

Garcinia Cambogia

Garcinia Cambogia adalah sejenis buah kecil yang menyerupai labu kecil. Ia adalah asli yang terdapat di Thailand dan beberapa negara Asia, dan ekstrak daripada buah-buahan dan kulit ari popular dalam produk penurunan berat badan semula jadi . Ekstrak asid Hydroxycitric (HCA), digunakan untuk megurangkan selera makan dan meningkatkan pembakaran lemak.

HCA menghalang enzim yang dipanggil sitrat lyase yang membantu menukarkan karbohidrat yang berlebihan kepada lemak. Dalam kajian, Garcinia Cambogia ditemui untuk mengurangkan pengambilan makanan dengan selera makan, serta untuk mengurangkan lemak badan. Walaupun beberapa kajian double-blind menggunakan Garcinia Cambogia dan plasebo menunjukkan kumpulan HCA sebagai dua kali ganda atau tiga kali ganda penurunan berat badan dalam tempoh 12 minggu berbanding dengan kumpulan kawalan’

Garcinia Cambogia dilaporkan tidak mempunyai apa-apa kesan yang buruk di kalangan orang dewasa yang sihat, tetapi terdapat beberapa orang yang dinasihatkan tidak mengambil.

Senna

Senna adalah daun kering atau pod Alexandria Senna dan Tinnevelley Senna. Ia biasa ditanam secara komersial di Timur Tengah dan India. Tinnevelley Senna adalah yang paling banyak digunakan di Amerika Syarikat.

Teh daun serbuk telah digunakan sebagai penggunaan tradisional selama berabad-abad lamanya, kedua-duanya dalam tradisi Timur dan Barat, untuk kualiti julap.

Senna telah terbukti mengurang berat badan secara semulajadi dan selamat. Gabungan senna dan garcinia menunjukkan penurunan berat badan yang menakjubkan.

Kini dengan gabungan garcinia dan senna maka terhasil garcini + senna yang baik untuk menurunakan berat badan anda secara semulajadi.


Garcinia extra strenght menurunkan berat badan

Thursday, November 24th, 2011

gemuk

Garcinia extra strenght membantu anda menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan selamat sehingga anda mencapai berat badan ideal. Ramai yang mengalami masalah menurunkan berat badan disebabkan amalan pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat selain daripada faktor genetik.

Menurunkan berat badan bukan sahaja untuk penampilan diri yang menarik tetapi untuk mengekalkan tahap kesihatan kepada peringkat yang terbaik. Oleh itu bagi mereka yang mengalami masalah berat bdan yang kritikal dan ingin penampilan yang menarik terutamnya bagi wanita dan lelaki berkerjaya. Garcinia extra strenght dapat membantu anda menurunkan berat badan ketahap berat badan yang ideal.

Garcinia extra strenght dirumus dengan kandungan extrak garcinia dengan kepekatan 100% dan tinggi. Ini akan dapat menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan. Garcinia tidak memudaratkan anda kerana herba ini 100% bebas kesan sampingan. Penurunan berat badan juga haruslah disusuli dengan diet yang baik dan amalan senaman. Jika 2 perkara ini dapat dituruti nescaya penurunan berat badan akan lebih berkesan.

Oleh itu, dalam menurunkan berat badan kita seharusnya bijak memilih produk yang bebas kesan sampingan seperti garcinia. Garcinia extra strenght adalah produk yang mendapat pengiktirafan FDA dan dikilangkan dengan memenuhi piawaian antarabangsa.

Pueraria Mirifica mengebukan kulit dan pelbagai fungsi

Monday, October 31st, 2011

penghapus jerawat

Salam sejahtera,

Ramai yang bertanya Kak Zu ,bagaimanakah ingin mengebu dan mencantikkan kulit secara semulajadi. Ramai yang risau kulit bersisik,tona tidak sekata dan kulit tidak cukup gebu dan halus. Jawapannya bagi mereka yang  mengalami masalah tersebut adalah dengan mengamalkan pueraria mirifica sejenis tumbuhan herba yang baik untuk kesihatan kulit.

Pueraria mirifica bukan sahaja bertindak secara semulajadi membekalkan nutrien untuk kulit ia juga berfungsi memulihkan kembali keadaan sel yang kusam dan kurang bermaya. Pueraria mirifica bukan sahaja membentuk payudara menjadi menarik ia juga membentuk pinggul yang kurang menarik. Selain daripada fungsi yang dinyatakan tadi pueratia mirifica juga berfungsi mengatasi masalah rambut dan kuku. Pengambilan mirifica dapat mengatasi masalah rambut beruban sebelum masa dan juga menyihat kesihatan kuku.

Bagi mereka yang ingin mengekalkan kecergasan dan kecantikan badan,cukup dengan mengambil 1-3 biji mirifica seminggu. Ini sudah memadai untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman. Selain itu pueraria mirifica jika diamlkan boleh menjaga kesihatan alat genital wanita dan sudah tentunya bagi mereka yang sudah kurang ghairah dalam hubungan intiman suami-isteri mendapati pueraria mirifica ini begitu berguna untuk mereka.

Dilaporkan mereka yang mengamalkan pueraria mirifica mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan penjagaan kecantikan luaran dan dalaman yang terserlah. Dicadangkan ambil pueraria mirifica untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran wanita supaya kekal anggun dan bergetah untuk suami tersayang.

Berjumpa lagi di artikel akan datang.

Phytolacca americana kuruskan badan secara semulajadi

Friday, August 19th, 2011

phytolacca_americana_flowers_berries

Phytolacca americana 3 in 1 atau dikenali sebagai pokeweed adalah sejenis tumbuhan dalam kateogori berry yang nbukan sahaja berfungsi menurunkan berat badan secara semulajadi. Malahan phytolacca americana juga terkenal sebagai agen anti kanser yang berkesan membunuh sel-sel kanser.

Phytolacca americana 3 in 1 adalah bahan campuran yang terdiri daripada kandungan herba mewah seperti allium dan ia juga telah diporses dengan teknologi homeopati sehingga zero kesan sampingan. Phytolacca americana juga telah terbukti berkesan mengurangkan nafsu makan terhadap makanan yang manis. Pengambilannya secara konsisten dan ditambah dengan R79 akan dapat menurunkan berat badan anda secara ideal

Kini anda bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi juga memiliki tubuh badan yang sihat daripada pelbagai penyakit kronik. Ia juga berfungsi sebagai anti kanser.Oleh itu amalan harian pengambilannya boleh mengelakkan kita dijangkiti penyakit kanser.

Oleh itu dalam memilih produk menurunkan berat badan,kita mestilah bijak memilih produk yang bebas kesan sampingan dan bukannya produk yang boleh mnurunkan berat badan dengan cepat.

Allium Plus - Kapsul Untuk Slim

Wednesday, June 22nd, 2011

allium-plus1_edit-1

Allium Plus - Kapsul Untuk Slim

Kapsul herba ini mengandungi bahan utama bawang putih yang amat hebat untuk memecah lemak tepu. Selain bawang putih kapsul ini juga mengandungi Ashwaganda atau Ginseng India yang mempunyai reputasi hebat untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk sebagai stimulasi bantuan tambahan kepada bahan-bahan lain untuk menurunkan berat badan kerana Ashwaganda mempunyai adaptogenic effects (mempunyai kesan adoptogen iaitu kesan suplemen untuk membantu menangani stress, trauma, keletihan melampau dan membantu mengurangkan berat badan).

Herba ini mengandungi beberapa herba dan rempah lain seperti Folium Cassia Angustifolia, Rhizoma Zingiber Officinate, Semen Foeniculum Vulgare dan Folium Cassia Alata

Kuantiti : 120 biji, bekalan untuk sebulan.

Cara makan : 2 biji pagi 2 biji malam sebelum makan.

BAWANG PUTIH berupaya mengurangkan kadar kolesterol. Pesakit koronari-anteri yang mengambil makanan tambahan bawang putih didapati boleh merendahkan paras lipoprotein yang dikaitkan dengan penyakit jantung, manakala bagi yang tidak mengambil bawang putih tidak menunjukkan pengurangan kadar lipoprotein.

Berbagai jenis sebatian sulfur yang terdapat dalam BAWANG PUTIH boleh memberi kesan yang baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ini banyak memberi kesan kepada biosintesis asid lemak, kolesterol, tringliserida dan fosfolipid. AJOENA, bahan bawang putih, mempunyai kesan anti-pembekuan yang mujarab. BAWANG PUTIH mengandungi 754 bahagian per milion (PPM) Germanium - iaitu lebih dua kali ganda daripada Ginseng. Germanium adalah perangsang imun, pembekal oksigen dan penghalang radikal bebas.

Kajian menunjukkan Germanium amat berkesan untuk merawat kesan terbakar, penyakit radiasi, beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Bawang putih mengandungi bahan-bahan lain yang menunjukkan kesan anti-tumor terhadap haiwan. Pengambilan bawang putih yang banyak boleh mengelakkan kanser perut. Bawang putih menghalang nitrat diet bertukar menjadi kanser yang menyebabkan nitrosamina.

Kajian menunjukkan sebatian bawang putih dialil sulfida merupakan nutrien anti-kanser yang berkesan. Apabila diberikan kepada tikus sebelum mendedahkan tikus tersebut kepada agen penyebab kanser kolon, ianya mempunyai kesan perlindungan antikarsinogenik terhadap esofageal, kanser perut dan kulit dengan membenarkan hati untuk menyahtoksikkan bahan kimia penyebab kanser. Di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, para saintis berusaha menghasilkan ubat antikanser yang pertama diperbuat daripada bawang putih. Alisin adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi tidak memusnahkan bakteria yang baik.

BAWANG PUTIH juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona, kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan.

Bawang putih dan kolesterol

Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

Faedah dan khasiat phytolacca america

Monday, June 13th, 2011

phytolacca-americana-3 in 1

Salam sejahtera

Post kali ini , Kak Zu akan ulas mengenaik faedah dan khasiat phytolacca americana. Sebagaimana yang kita sedia maklum phytolacca americana adalah sejenis tumbuhan dan juga dikenali sebagai pokeweed. Phytolacca americana adalah tumbuhan semulajadi yang boleh ditemui di Utara dan tengan Amerika.

Phytolacca boleh dimakan (dimasak) dan di buat ubat. Phytolacca americana mempunyai sejarah yang panjang digunakan oleh penduduk asli Amerika dan dalam rawatan alternatif. Ia juga digunakan dalam rawatan rheumatoid arthritis, amandel, demam dan penyakit yang melibatkan kelenjar bengkak, penyakit selesema kronik, bronkitis dan penyakit yang berkaitan dengan sistem kekebalan tubuh mempunyai potensi sebagai ubat anti-AIDS.

Penyelidikan terbaru telah mendedahkan bahawa CURE mungkin untuk panyakit leukimia disebut (B43-PAP) ditemui didalam phytolacca americana. Apakah kebaikan phytolacca americana dalam menurunkan berat badan. Phytolacca americana 3 in 1 telah digabungkan dengan allium sativum dan juga beberapa kandungan lain yang sudah terbukti berkesan unutk menurunkan berat badan secara semulajadi. Phytolacca americana yang diproses menggunakan teknologi homeopathy bebas kesan sampingan dan tidak akan menimbulkan kesan turun naik berat badan. Ini bermakna anda tidak perlu bimbang tentang kesan “yo yo ” dalam menggunakan remedy seperti phytolacca americana 3 in 1 ini.

Maklumat lanjut tentang produk ini anda boleh dapat disini..sila klik.

Menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan

Sunday, May 8th, 2011

Salam sejahtera daripada Kak Zu untuk pembaca blog setia ini dan pengunjung lain.

Kali ini post kak zu adalah mengenai cara menurunkan berat badan dengan selamat tanpa kesan sampingan.Ramai yang bimbang tentang kesan sampingan yang timbul daripada penggunan ubat menurunkan berat badan.

Jalan mudah dan berkesan adalah menggunakan ubat yang berasaskan homeopati. Dahulu ramai yang kurang yakin dengan remedy homeopati tetapi kini tidak lagi. Remedy homeopati kini sudah menjadi alternatif yang popular.Ini kerana kesan ubat yang menggunakan bahan kimia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang tetapi mempunyai kesan penurunan yang sementara.

Oleh kerana itu, remedy homeopathi seperti phytolacca,r79 dan lain lagi remedy kini sudah menjadi satu cara alternatif yang mudah dan berkesan. Phytolacca khususnya amat berkesan menurunkan berat badan,mengawal metabolisme badan supaya kesan penurunan berat badan menjadi konsisten dan berkesan.

Remedy R79 juga baik dan berfungsi unutk menurunakan kadar kolesterol dalam darah dan menjaga jantung menjaga sihat. R79 juga akan menghapuskan lemak tepu yang sukar dimusnahkan. jangmasa yang diperlukan untuk menurunkan berat badan seharusnya mestilah berterusan 3-6 bulan untuk kesan yang optimum.Ramai yang tidak  sanggup menunggu lama dalam menurunkan berat badan.Tetapi apakah anda inginkan berat cepat turun tetapi cepat pula naik. Tepuk dada tanya selera.

Blog Widget by LinkWithin