Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posts Tagged ‘kurus dengan selamat’

Produk kurus semulajadi yang bebas kesan sampingan

Monday, August 30th, 2010

phytolacca-americana 3 in 1

phytolacca-americana 3 in 1

Salam sejahtera,

Bertemu lagi kali ini di bulan ramadhan al mubarak yang mulia dan penuh keberkatan.Semoga anda ceria selalu bersama keluarga tercinta. Entri kali ini kak zu ingin mengulas tentang cara dan tips menguruskan badan dan pemilihan produk slimming atau kurus yang selamat untuk kesihatan kita.

Penggunaan produk kurus yang selamat adalah penting untuk kesihatan, oleh itu adalah penting bagi kita memastikan pemilihan produk yang sesuai dan tepat untuk diri kita.Sebagaimana yang anda ketahui lambakan produk kurus dipasaran adalah satu saingan yang baik dan yang paling penting keinginan untuk menguruskan badan harus disusuli dengan pengetahuan yang lengkap tentang produk kita ini.

Salah satu produk kurus atau produk slimming yang baik adalah yang berasaskan homeopathy. Mengapakah produk homeopathy, ini kerana produk homeopathy sudah terbukti selamat dan oleh kerana itu produk homeopathy tidak diletaka dibawah akta racun 1952 dan tidak memerlukan KKM bagi single remedy.Produk homeopathy juga biasanya disebut remedy atau persediaan dan bukannya disebut ubat.

Salah satu produk homeopathy dipasaran adalah phytolacca americana 3 in 1 yang berbentuk tablet.Produk ini secara semulajadi menurunkan berat badan dan menghapus lemak dengan semulajadi tanpa kesan mendadak atau “yoyo”. kandungan phytolacca terdiri daripada  mengandungi allium sat,bladder wrack,phytolacca americana,grape fruit dapat menyingkir lemak secara semujadi tanpa meninggalkan kesan seperti cirit-birit, kekurangan air yang mendadak serta keletihan dan kelesuan

Lemak dan toksin yang tidak diperlukan disingkirkan melalui proses semulajadi seperti perkumuhan,perpeluhan dan disamping itu tidak menganggu fungsi buah pinggang yang boleh merbahayakan kesihatan.Oleh itu memilih produk homeopathy adalah salah satu alternatif yang baik unutk kesihatan anda. Kurus dan slim dengan selamat.



Ubat kurus yang berkesan dan selamat

Thursday, July 22nd, 2010

kuruskan-badan

Apabila membicarakan cara atau tips menguruskan badan semua orang mahukan perkara yang ajaib dan cepat.Pelbagai produk mengurangkan berat badan dipasaran akan mencerita kebaikan dan keistimewaan produk tersebut menguruskan badan dengan cepat dan pantas. Tapi tahukah anda? Kebanyakan produk menguruskan badan yang cepat mengurangkan berat badan adalah bersifat sementara. Oleh itu anda akan kecewa lagi dan terus mencuba ubat kurus yang lain dan seterusnya.

Sebenarnya untuk menguruskan badan,pemilihan ubat kurus adalah penting supaya anda dapat menguruskan badan dengan selamat tanpa kesan sampingan.Kak Zu bukan kata semua ubat kurus dipasaran tidak bagus dan baik.Sebagai pengguna kita harus bijak memilih supaya ubat kurus tersebut tidak membawa kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan badan kita dikemudian hari.

Siapa yang tidak mahu tampil bergaya dengan memiliki potongan badan yang menarik seumpama model dikaca televisyen! Semua manusia yang mempunyai perasaan dan naluri akan bersifat ingin tampil bergaya dengan penampilan yang menyakinkan.Salah satu ubat kurus yang selamat dipasaran adalah menggunakan kaedah homeopathy. Tahukah anda kaedah homeopathy sudah dibukti selamat dan berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Ubat homeopathy sudah digunakan sejak kurun ke 17 lagi.Oleh kerana ubat homeopathy ini selalu dikatakan tidakbalas lambat berbanding ubat allupathy yang menggunakan kaedah bahan kimia.Maka kepopularan ubat ini tidak begitu ketara. Tapi sejak akhir-akhir ini kesedaran masyarakat sudah semakin tinggi bahawa ubat allupathy banyak membawa kesan mudarat dan sampingan. Mereka sudah beralih arah kepada perubatan alternatif seperti homeopathy.

Mengapakah mereka mimilih produk homeopathy,dengan kemajuan teknologi ubat homeopathy juga terbukti berkembang daripada segi teknologi dan cara pembuatannya yang mesra pengguna.Kerajaan juga sudah mengiktiraf ubat hoemeopathy dan mengapa ubat ini tidak memerlukan KKM, ini kerana ubat homeoapthu single remedy memang tidak perlu KKM kerana tidak tertakluk dibawah akta racun 1952.

Berbalik kepada ubat kurus homeopaty, salah satunya adalah phytolaca americana yang dibuat dalam bentuk tablet kini mendapat sambutan mengalakkan kerana keupayaan dan keberkesannya menurunkan berat badan secara holistik dan bukan bersifat sementara.Disamping itu juga remedy seperti R79 juga berfungsi menghapuskan lemak tepu dan mengurang kolesterol dalam darah.Ini baik untuk mereka yang selama ini sukar menguruskan berat badan kerana mempunyai lemak tepu yang banyak.

Oleh itu,biarlah berat badan turun secara konsisten 2-5 kg dalam masa sebulan tapi kesannya kekal berbanding turun mendadak tetapi kesannya seperti “yo yo” dan akhirnya berasa kecewa dan putus asa. Bak kata perpatah “biar lambat asal selamat”.



Kurus,langsing dengan selamat

Wednesday, April 22nd, 2009

Perkara utama untuk kelihatan langsing dan mempunyai berat badan yang ideal, bukanlah untuk kecantikkan semata-mata. Mempunyai kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh bukan sahaja menjadikan seseorang itu tidak menarik malah mengundang pelbagai penyakit untuk “menumpang” di tubuh mereka.

Pelbagai penyakit gemar untuk mendampingi orang-orang yang obes, terutamanya;
1. Darah tinggi (hypertension)
2. Kencing manis jenis 2 (diabetic type 2)
3. Masalah koronari jantung (coronary heart disease)
4. Stroke
5. Gangguan pada pundi hempedu (gallbladder disease)
6. Sukar tidur dan masalah pernafasan
7. Pelbagai kanser seperti kanser payudara dan usus.

Seseorang itu boleh di kategorikan obes bila berat badan telah melebihi 10-25% dari berat normal. Obesiti juga melalui keturunan dan akibat dari kelenjar tiroid. Selalunya obesiti terjadi akibat dari cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat, masa terluang tidak digunakan untuk bersenaman, dengan adanya kemudahan tv, komputer yang berinternet dan lain-lain lagi, membuat kes obesiti meningkat setiap tahun tidak kira pada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Ramai yang sedar tentang kesan sampingan yang boleh membawa maut akibat dari ubat-ubatan konvensional mahupun tradisional (yang menggunakan bahan terlarang dan diharamkan) untuk menjadi langsing. Media elektronik dan bercetak sering membuat liputan mengenai kesan yang terjadi kepada pengguna, tetapi masih ada yang tertipu dengan iklan-iklan yang menjanjikan kesan yang pantas untuk pengguna kembali langsing tanpa perlu bersenaman, tanpa diet dan lain-lain lagi. Adakah wajar kita menggadai nyawa demi kecantikkan?.

Perubatan alternatif terutama Homeopathy (produk yang menggunakan 100% konsep Homeopathy) adalah selamat, tidak ada kesan yang memudaratkan malah menyihatkan lagi. Penawar Homeopathy bertindak dengan memperbetulkan sistem didalam tubuh seperti sistem penghadaman, metabolisma dan menyingkir bahan-bahan lebihan di dalam tubuh seperti air berlebihan dan lemak-lemak secara semulajadi.

Penawar-penawar adalah dari pokok-pokok, daun, buah, akar, dan bahan mineral yang telah diproses dengan kaedah Homeopathy, definisi Homeopathy “Natural form of medicine that uses immeasurably small doses of medicines to stimulate the body’s own defense and healing process. Homeopathy focuses on bringing the entire body back into homeostasis, or balance.”
www.naturesroots.com/glossary.html
(Perubatan dari bahan semulajadi, yang menggunakan dos yang amat kecil untuk merangsang sistem pertahanan ditubuh dan merangsang proses penyembuhan. Homeopathy memberi tumpuan untuk mengembalikan tahap asal, atau mengimbang tahap kesihatan seseorang pada tahap yang terbaik)

Homeopathy menawarkan penawar-penawar yang selamat dan hampir sifar kesan sampingan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah membuat kajian dan menyatakan seperti di bawah:

Berita Harian, Sabtu - 20 Februari 1999 Kuala Lumpur (Malaysia) - Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Setiap manusia dilahirkan mempunyai perbezaan begitu juga masalah obesiti, contohnya A mengalami obesiti dengan masalah gemar makan bila dilanda masalah, gemar makanan ringan, tubuh kelihatan lembik dan mengelebeh, besar di bahagian pinggul kebawah sementara B pula obesiti dengan masalah gemar pada makanan panas, makanan yang dibakar, telur, tidak sembelit, tubuh kelihatan padat dan keras.

A dan B mempunyai dua masalah unik yang berbeza, oleh itu untuk merangsang kepada penurunan berat badan A dan B perlu mendapatkan penawar yang berbeza. Penawar popular Homeopathy untuk mengatasi obesiti seperti Calc.Carb, Phytolacca Berry Q, Nat.Mur dan banyak lagi pilihan penawar-penawar untuk mengawal obesiti.
Mengikut amalan pengamal Homeopathy, akan merawat obesiti mengikut simptom-simptom obesiti, seperti
Calc.Carb amat sesuai untuk kes obesiti yang gemarkan makanan panas, tidak dapat mengawal nafsu makan, gemar makan untuk menenangkan fikiran, lambat hadam dan sembelit.

Calc.Carb boleh digabungkan dengan 1 atau 2 penawar lain untuk lain-lain simptom seperti Phytolacca Berry Q yang amat baik untuk mengatasi masalah sembelit dan membuang bahan-bahan yang tidak dikehendaki didalam tubuh dan beberapa penawar lagi bagi menangani beberapa simptom yang berlainan.
Hasil dari pemerhatian dan kes yang telah kami preskripsikan, penawar-penawar Homeopathy mampu mengekang nafsu makan berlebihan, membuang lemak dan toksik didalam tubuh, membuang cecair yang berlebihan di mana tubuh seseorang itu obes dan lembik akibat air berlebihan dan membuat seseorang itu merasa lebih sehat dari sebelumnya.

Senaman juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit atau lebih pada kadar 3 hari berturut-turut (sekurang-kurangnya), boleh dilakukan didalam rumah tanpa perlu bersusah payah keluar rumah untuk bersenaman, lakukan senaman yang mampu mengeluarkan peluh seperti menggunakan basikal senaman, aerobik dan lain-lain.
Anda perlu disiplin dengan kekerapan senaman tersebut, kerana tanpa kombinasi senaman yang teratur impian anda untuk langsing agak sukar. Cara pemakanan yang sihat, senaman yang teratur dan penawar Homeopathy, impian anda untuk langsing akan menjadi kenyataan. Tidak ada yang mudah di dunia ini termasuklah mendapat bentuk badan yang cantik!

Mengikut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1:5 dari orang dewasa di Malaysia adalah obes atau mempunyai berat badan berlebihan (overweight).
Asians may look thinner than Westerners but they have more fat in their bodies, health experts told a World Health Organisation (WHO) forum” .

Wanita-wanita di Malaysia terutamanya , begitu ghairah untuk menjadi langsing dan kelihatan cantik sehingga ada yang mengalami kesan sampingan yang serius dari ubat-ubat langsing yang terdapat dipasaran.
“The Government has banned Bestrim, a slimming product found to contain the harmful substance fenfluramine besides nicotinamide and caffeine, which are disallowed in the preparation of traditional products.” (Sumber The Star, June 5, 2002)

Anda boleh dapat set slimming homeopathy di laman web ini

Blog Widget by LinkWithin