Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posts Tagged ‘krim jerawat’

Masalah parut dan jerawat berlubang

Thursday, September 15th, 2011

masalah-parut

Salam sejahtera untuk semua pembaca blog Kak Zu,

Pada minggu ini, Kak Zu banyak menerima pertanyaan tentang bagaimanakah mengatasi masalah parut berlubang disebab jerawat. Ayat pertanyaan yang sering kali Kak Zu terima adalah seperti “Tologlah Kak Zu , dah bermacam-macam produk saya cuba. Masalah parut berlubang tidak selesai juga”

Baiklah, parut berlubang ini jika masih baru rawatan mungkin ambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali seperti biasa. Ia juga bergantung juga kepada keupayaan sel-sel kulit kita. Jadi kesan tiap orang tidak sama. Bagi parut yang sudah agak lama,masa 5-25 minggu adalah masa yang diperlukan untuk merawat parut ini supaya benar-benar sembuh .

Rawatan yang sesuai adalah terdiri daripada rawatan luaran dan dalaman. Rawatan luaran terdiri daripada penggunaan cream seperti soundarya cream, Bio T3 Scar free cream dan carmino complexion cream. Selain itu rawatan dalaman juga perlu disusuli untuk menambah keupayaan kulit kita membina sel-sel baru supaya proses menghapuskan parut berlubang disebabkan jerawat dimukakan dapat dilakukan. Perkara penting yang perlu ada bagi seseoarang adalah keyakinan dan istiqamah yang tinggi.

Penggunaan remedy biochemic seperti BC04 with collagen juga dapat membantu keupayaan kulit membina sel-sel baru serta menghapuskan kedutan. Remedy seperti BC04 ini adalah paling selamat didunia.Ini disebabkan yang terdiri daripada tisu-tisu garam mineral yang lembut tetapi keupayaannya sungguh berkesan. Perlu dingatkan,elakkan minuman keras dan rokok supaya kesan remedy-remedy diatas dapat menyerap dengan keberkesanan yang maksimum

Satu lagi tips yang Kak Zu yang berikan,adalah anda mestilah berfikiran positif dan senitasa ceria.Elakkan stress,ini daripada segi psikologi terbukti mempercepat proses penyembuhan.

Berjumpa lagi dipost yang akan datang.Kak Zu doakan anda semua ceria dan gembira bersama insan-insan yang disayangi.



Ubat jerawat

Tuesday, July 20th, 2010

42-15696131

Salam sejahtera dan ceria daripada Kak Zu untuk semua pembaca blog.

Ubat jerawat, ramai remaja yang mengalami masalah jerawat mencari ubat jerawat yang berkesan untuk mereka. Pelbagai produk telah dicuba tetapi usaha masih gagal.Jerawat masih tumbuh lagi. Jerawat tidak juga sembuh.

Pemilihan ubat jerawat yang tepat adalah kunci kejayaan seseorang dalam menagani masalah jerawat.Usaha juga harus disertai dengan doa supaya ketemukan dengan yang sesuai. Sebenarnya banyak ubat jerawat dipasaran menggunakan bahan kimia dan bersifat memendam jerawat tersebut.

Ini berbeza dengan ubat jerawat yang menggunakan kaedah homeopathy dan biochemic,walaupun kadangkala memerlukan masa tetapi ia cukup berkesan merawat jerawat secara holistik tanpa meninggalkan kesan sampingan. Jerawat disingkirkan dengan kaedah membongkar segala sisa toksin dan bahan cemar dikulit serta menstabilkan pengeluaran hormon dan darah.

Kadangkala merawat jerawat secara luaran sahaja dengan ubat sapu tidak mencukupi ini kerana jerawat bukan disebabkan masalah kulit yang tersumbat dan tidak bersih.Pengeluaran hormon yang tidak stabil dan darah dipenuhi toksin juga menyebabkan jerawat tumbuh berulang kali.

Faktor alahan seperti resdung juga kadangkala memburukkan keadaan ini. Oleh itu penggunaan cream seperti carmino cream, penggunaan remedy biochemic dan penggunaan pencuci semulajadi seperti marigold soap adalah jalan terbaik untuk mengatasi masalah jerawat secara holistik.

Persediaan remedy BC16 dapat merawat jerawat yang bernanah,jerawat batu dan kemerahan dengan membersihkan secara holistik daripada dalam tubuh badan. Apabila semua anasir tersebut sudah dirawat secara holistik anda bakal memiliki wajah yang berseri dengan kulit yang licin dan segar

Info tentang produk biochemic dan homeopathy merawat jerawat anda boleh dapat disini



Apakah kata mereka tentang carmino cream

Saturday, November 21st, 2009

Salam Sejahtera,

Ramai yang bertanya, betulkah carmino cream berkesan merawat jerawat dan parut. Kak zu pastekan testimonial daripada chat box. Mereka telah berjaya,anda bila lagi?

testimonial-carmino

jerawat

Gabungan carmino dan marigold = berkesan

Thursday, June 18th, 2009

Salam ceria daripada Kak Zu kepada pembaca blog ini.

Sebelum Kak Zu mengulas tajuk post diatas. Mari kita sorot serba sedikit tentang fakta carmino dan marigold supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam daripada segi biologi dan kimia sesuatu bahan.

Cream Carmino dan sabun Marigold adalah hasil adunan ekstrak bunga-bungaan dan daun yang digunakan oleh ahli herba pada zaman silam untuk merawat pelbagai penyakit terutama penyakit kulit. Kini kajian yang agak intensif sedang dan telah dijalankan oleh para saintis diseluruh dunia dan mereka telah mengesahkan tumbuhan dan bunga-bungaan tersebut mempunyai nilai therapeutic actions terutama Calendula. Saintis juga mengesahkan Calendula mempunyai agen anti-oxidant dan anti-aging effects.

Pengasas Homeopathy sendiri telah mengkaji tumbuhan ini sejak lebih 200 yang lampau dan merekodkan kedalam materia medica (buku panduan , rujukan perubatan Homeopathy) dan kini pakar-pakar Homeopathy merealisasikan dengan menjadikan ia produk yang selamat kepada pengguna, yang telah lama mencari-cari produk yang tidak memudaratkan kulit mereka.

Mari kita lihat bahan-bahan yang terdapat didalam Krim Carmino dan Sabun Marigold.

calendula
Calendula officianalis

Calendula atau marigold mempunyai 20 lebih spesis Calendula juga didalam kumpulan bunga daisy yang tumbuh di Mediterranean sehinggalah ke Iran. Manfaat Calendula kepada kesihatan telah dibuktikan sewaktu kajian pharmacological, yang mendapati Calendula mempunyai bahan anti-viral (merawat kesan infeksi yang diakibatkan oleh virus), anti-genotoxic (agen penghalang kanser) dan anti-inflammatory (anti keradangan), anti-oxidant dan anti-aging effects dan dicadangkan ekstrak atau tincture digunakan secara luaran untuk mengawal dan merawat jerawat, mengawal pendarahan dan melegakan otot-otot yang sakit. Estrak Calendula digunakan secara meluas di barat untuk dijadikan mandian kepada bayi yang diserang ruam, bahan kumuran untuk meredakan infeksi di gusi dan pelbagai kegunaan lagi.

aquifolium

Beberis Aquifolium

uga dipanggil Oregon-Grape atau Mahonia, ia berada didalam kumpulan barberry dimana buahnya menyerupai buah anggur.Tumbuhan ini digunakan oleh ahli herba untuk merawat penyakit atau penyakit keturunan yang diakibatkan oleh siplis (syphilis). Homeopathy menggunakan Beberis Aquifolium Q sebagai remedi utama untuk merawat jerawat dan juga dijadikan krim atau sabun juga merawat jerawat, psoriasis dan eczema.

echinaceaEchinacea

Lain-lain nama bagi bunga ini ialah Purple cone flower, pale purple cone flower, black sampson, scurvy root, Indian head, black susans dan hedgehog. Hasil kajian menunjukkan bunga ini mengandungi polysaccharides (PS I - a 4-O-methylglucuronoarabinoxylan and PS II an acid rhamnoarabinogalactan), caffeic acid, lipophillic polyacetylenes dan alkylamides. Ia mempunyai keupayaan menguatkan dan stimulasi system imun, antimicrobial dan anti-inflammatory. Oleh itu remedi ini menjadi kombinasi yang hebat untuk merawat masalah kulit dengan bertindak mempercepatkan kesan penyembuhan yang lambat, menghapus jangkitan kulat dan antispetik.


thuja

Thuja Orientalis

Thuja tidak tergolong didalam keluarga bunga-bungaan , tetapi berbentuk daun hijau iaitu cypress family. Mengikut kajian tumbuhan ini kaya dengan Vitamin C. Minyak pati Thuja amat baik untuk dijadikan cleanser dan disinfectant. Perubatan Homeopathy menggunakan Thuja untuk merawat ketuat dan polip (polyp ialah daging yang tumbuh dikulit termasuk didalam hidung)


Ekstrak bunga-bungaan dan dedaun ini diadun dengan minyak dari petal Calendula sendiri dan pati minyak bunga-bungaan yang lain, ia tidak menggunakan sebarang minyak dari lemak haiwan, tidak ade gelatin atau glycerin. Produk sediaan Homeopathy tidak menggunakan bahan pengawet, benzoyl peroxide atau bahan mengelupas (peeling) seperti glycolic acid. Ia amat selamat untuk semua jenis kulit.

Walaupun tanpa bantuan bahan-bahan kimia Krim Carmino Dan Sabun Marigold mempunyai kesan penyembuhan yang sama hebat dengan produk yang menggunakan bahan kimia. Bukan cerita kosong , tapi ada kes jerawat yang boleh dirawat dalam masa yang singkat. 3-7 hari dan muka kembali licin, sementara parut-parut mula pudar dan hilang dalam tempoh 1 bulan.




Blog Widget by LinkWithin