Posts Tagged ‘anti jerawat’
mengubati jerawat pipi
Friday, August 27th, 2010
Salam sejahtera
Ada sesetengah pelanggan mengalami masalah jerawat hanya pada kawasan setempat sahaja seperti di pipi,dahi dan tempat-tempat tertentu. Jerawat ini akan meninggalkan kesan hitam pada kulit muka. Jerawat batu,besar dan sukar hilang ini mestilah dirawat secara holistik terlebih dahulu.
Rawatan yang sesuai adalah melalui beberapa langkah yang sesuai seperti merawat toksin yang terdapat didalam badan terutama dibahagian hati yang menyebabkan perkara ini berlaku. Penggunaan remedy R7 adalah perlu untuk merawat jerawat daripada tumbuh berulang. Selain itu penggunaan R53 dan R23 adalah unutk menstabilkan masalah hormon dan merawat jerawat sehingga akar umbi.
Untuk rawatan luaran yang perlu dilakukan adalah dengan menggunakan carmino soap atau carmino cream untuk menstabilkan struktur kulit supaya bebas daripada kesan jerawat dan ini akan menjadi impian anda mempunyai kulit yang cantik dan bebas daripada noda jerawat akan tercapai
Jerawat seharusnya dirawat secara holistik luar dan dalam supaya faktor jerawat berulang-rulang dan datang lahi tidak akan terjadi. Melalui pakej rawatan jerawat komprehensif ramai yang telah sembuh daripada jerawat berulang-ulang,sukar sembuh,jerawat batu,jerawat nanah dan masalah berkaitan parut jerawat.
Maklumat tentang pakej ini anda boleh dapatkan disini.klik sini
Testimonial terbaru carmino cream complexion dan csc
Thursday, May 13th, 2010Gabungan carmino dan marigold = berkesan
Thursday, June 18th, 2009Salam ceria daripada Kak Zu kepada pembaca blog ini.
Sebelum Kak Zu mengulas tajuk post diatas. Mari kita sorot serba sedikit tentang fakta carmino dan marigold supaya kita dapat memahami dengan lebih mendalam daripada segi biologi dan kimia sesuatu bahan.
Cream Carmino dan sabun Marigold adalah hasil adunan ekstrak bunga-bungaan dan daun yang digunakan oleh ahli herba pada zaman silam untuk merawat pelbagai penyakit terutama penyakit kulit. Kini kajian yang agak intensif sedang dan telah dijalankan oleh para saintis diseluruh dunia dan mereka telah mengesahkan tumbuhan dan bunga-bungaan tersebut mempunyai nilai therapeutic actions terutama Calendula. Saintis juga mengesahkan Calendula mempunyai agen anti-oxidant dan anti-aging effects.
Pengasas Homeopathy sendiri telah mengkaji tumbuhan ini sejak lebih 200 yang lampau dan merekodkan kedalam materia medica (buku panduan , rujukan perubatan Homeopathy) dan kini pakar-pakar Homeopathy merealisasikan dengan menjadikan ia produk yang selamat kepada pengguna, yang telah lama mencari-cari produk yang tidak memudaratkan kulit mereka.
Mari kita lihat bahan-bahan yang terdapat didalam Krim Carmino dan Sabun Marigold.

Calendula officianalis
Calendula atau marigold mempunyai 20 lebih spesis Calendula juga didalam kumpulan bunga daisy yang tumbuh di Mediterranean sehinggalah ke Iran. Manfaat Calendula kepada kesihatan telah dibuktikan sewaktu kajian pharmacological, yang mendapati Calendula mempunyai bahan anti-viral (merawat kesan infeksi yang diakibatkan oleh virus), anti-genotoxic (agen penghalang kanser) dan anti-inflammatory (anti keradangan), anti-oxidant dan anti-aging effects dan dicadangkan ekstrak atau tincture digunakan secara luaran untuk mengawal dan merawat jerawat, mengawal pendarahan dan melegakan otot-otot yang sakit. Estrak Calendula digunakan secara meluas di barat untuk dijadikan mandian kepada bayi yang diserang ruam, bahan kumuran untuk meredakan infeksi di gusi dan pelbagai kegunaan lagi.

Beberis Aquifolium
uga dipanggil Oregon-Grape atau Mahonia, ia berada didalam kumpulan barberry dimana buahnya menyerupai buah anggur.Tumbuhan ini digunakan oleh ahli herba untuk merawat penyakit atau penyakit keturunan yang diakibatkan oleh siplis (syphilis). Homeopathy menggunakan Beberis Aquifolium Q sebagai remedi utama untuk merawat jerawat dan juga dijadikan krim atau sabun juga merawat jerawat, psoriasis dan eczema.
Echinacea
Lain-lain nama bagi bunga ini ialah Purple cone flower, pale purple cone flower, black sampson, scurvy root, Indian head, black susans dan hedgehog. Hasil kajian menunjukkan bunga ini mengandungi polysaccharides (PS I - a 4-O-methylglucuronoarabinoxylan and PS II an acid rhamnoarabinogalactan), caffeic acid, lipophillic polyacetylenes dan alkylamides. Ia mempunyai keupayaan menguatkan dan stimulasi system imun, antimicrobial dan anti-inflammatory. Oleh itu remedi ini menjadi kombinasi yang hebat untuk merawat masalah kulit dengan bertindak mempercepatkan kesan penyembuhan yang lambat, menghapus jangkitan kulat dan antispetik.

Thuja Orientalis
Thuja tidak tergolong didalam keluarga bunga-bungaan , tetapi berbentuk daun hijau iaitu cypress family. Mengikut kajian tumbuhan ini kaya dengan Vitamin C. Minyak pati Thuja amat baik untuk dijadikan cleanser dan disinfectant. Perubatan Homeopathy menggunakan Thuja untuk merawat ketuat dan polip (polyp ialah daging yang tumbuh dikulit termasuk didalam hidung)
Ekstrak bunga-bungaan dan dedaun ini diadun dengan minyak dari petal Calendula sendiri dan pati minyak bunga-bungaan yang lain, ia tidak menggunakan sebarang minyak dari lemak haiwan, tidak ade gelatin atau glycerin. Produk sediaan Homeopathy tidak menggunakan bahan pengawet, benzoyl peroxide atau bahan mengelupas (peeling) seperti glycolic acid. Ia amat selamat untuk semua jenis kulit.
Walaupun tanpa bantuan bahan-bahan kimia Krim Carmino Dan Sabun Marigold mempunyai kesan penyembuhan yang sama hebat dengan produk yang menggunakan bahan kimia. Bukan cerita kosong , tapi ada kes jerawat yang boleh dirawat dalam masa yang singkat. 3-7 hari dan muka kembali licin, sementara parut-parut mula pudar dan hilang dalam tempoh 1 bulan.










