Teknik Gila menghapuskan jerawat?

Akibat terdesak ingin menghapuskan jerawat dan melicinkan kulit dengan kaedah yang cepat. Remaja sanggup mengambil risiko menggunakan pil perancang dalam mencapai impian untuk mengawal pertumbuhan jerawat. Tahukah anda menggunakan pil perancang bukan sahaja berisiko kepada tubuh badan seseorang dan membawa kesan sampingan dikemudian hari.Tetapi ia juga menyalahi undang-undang dibawah akta racun melalui akta racun 1952.
Oleh itu jangan guna cara extrim ini bagi mencapai tujuan anda.Banyak lagi cara dan produk yang berkesan mengawal pertumbuhan jerawat dengan lebih berkesan dan tidak mempunyai risiko. Apa gunanya muka cantik tetapi menanggung risiko sampingan dikemudian hari.
Apakah pendapat anda? Ada pembaca blog ini yang pernah cuba cara ini? mari kongsi pengalaman anda diruang komen.








April 6th, 2009 at 9:30 am
Salam kak zuzila,
Memang pil perancang ni ada kesan sampingan lah. Saya ada pengalaman, tapi bukan ambil pil perancangan ini suka-suka. Tapi ambil sebab inging merancang keluarga sebab kekangan kerja.
Saya memang ada masalah muka jerawat selepas melahirkan anak pertama.Mungkin kerana hormon tidak stabil. Husband saya pula suruh merancang keluarga takut terbabas. Pendekkan cerita, saya mula ambil pil perancang. Hasilnya memang jerawat saya banyak berkurangan.
Tapi masalah lain pula timbul, kesan sampingan seperti sakit kepala,badan tidak bermaya dan lesu. Mungkin ini sebab pil tersebut.Sedangkan saya ambil bawah pengawasan doktor pun ada kesan sampingan. Inikan pula mereka yang suka-suka ambil,mesti lagi bahaya. Nasihat saya jangan amalkan cara ini. Sayangi diri anda sebelum terlajak.Mungkin kesan sampingan dikemudian hari akan merumitkan anda.