Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 


Archive for July, 2014

Set jerawat bio t3 skin forte

Monday, July 14th, 2014

set-jerawat-1

Seorang gadis remaja berumur 15 tahun, yang dibawa ibu bapanya untuk mendapat nasihat mengenai jerawat anak gadis mereka yang tidak pernah “settle”. Anak gadis pasangan pertengahan 40an itu berwajah cantik tetapi kulit mukanya agak kusam dan berminyak. Bertubuh langsing, pemalu dan cepat sensitif. Jerawat akan mula keluar dengan “meriah” sebelum kitaran haid. Selain dari itu gadis tersebut juga alami masalah haid tidak teratur.

Setelah meneliti simptom dan karekter gadis tersebut saya memberi ;

  1. Pulsatilla 30 untuk dimakan/dihisap 3x sehari sewaktu perut kosong selama 2 minggu dan stop selama 2 minggu dan sambung semula selepas 2 minggu.
  2. Set Hapus Jerawat Bio-T3 (seperti di gambar) – krim ini diperkaya dengan Vitamin-E, Kolagen dan Aloe Vera sebagai agen pelembab.

Hasilnya jerawat gadis tersebut telah kecut selepas 3 hari dan muka menjadi agak bersih selepas 7 hari. Selepas 30 hari muka gadis tersebut telah bebas dari jerawat. Selepas 30 hari pasangan tersebut membawa gadis tersebut berjumpa dengan saya semula dan kulit mukanya kembali bersinar, cerah dan gebu… malangnya dia tak sudi menyumbang gambarnya untuk dikongsi.

Susulan selepas itu saya memberi Feminex untuk membantu mengawal hormon agar kitaran haid gadis tersebut mengikut masa yang sepatutnya.

Set Hapus Jerawat – Bio-T3 For Acne With Collagen & Vitamin E

Bio-T3 For Acne – Set Hapus Jerawat

Set Bio-T3 For Acne mengandungi 3 produk yang dihasilkan dengan bahan homeobotanical homeopathy  yang berasaskan bunga-bungaan, buah-buahan, kolagen dan pati minyak yang bermutu tinggi. 3 produk tersebut ialah:

  • Acne Natural Treatment
  • Non-Foaming Deep Cleanser
  • Acne Lift On Gel

Kebaikan produk ini;

  • Selamat, semulajadi dan pantas bertindak
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembabkan kulit secara semulajadi
  • Merawat dan mengecutkan jerawat
  • Menghilangkan parut baru
  • Mencerahkan kulit
  • Menjadi agen anti-penuaan, menghilangkan kedutan dan menjadikan kulit sihat dan bersinar

Cara mengguna set ini :

1. Bio-T3 For Acne Cream

Cara mengguna:

Sapu krim dengan rata ke semua kawasan yang dijangkiti jerawat, walaupun tanda (spot) jerawat sudah tidak kelihatan. Krim jerawat ini bertindak sehingga ke bawah permukaan kulit dan membantu untuk menghalang tanda baru dari terjadi. Krim ini digunakan selepas muka dicuci dengan Deep Cleanser atau sabun seperti Merry Gold atau Carmino Complexion Soap (CCS)

2. Non Foaming Deep Cleanser (tanpa buih)

Cara mengguna:

Cuci muka anda dengan air suam bertujuan untuk membuang kotoran yang menyebabkan pori-pori tersumbat dan juga membantu peredaran darah bergerak dengan lancar. Pastikan anda membilas muka anda dengan air biasa untuk menguatkan pori-pori anda semula. Berhati-hati, air yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan merosakan kapilari.

Sapu Deep Cleanser ke muka dan tengkuk, ratakan dan bergerak (sapu) dari bawah ke atas. Bermula dari pipi, hidung dan kening urut dengan gerakan menolak ke luar. Biarkan Deep Cleanser selama beberapa minit untuk menyerap ke kulit, ini akan membantu Deep Cleanser untuk mengeluarkan kotoran, daki dan minyak, produk ini juga akan melembabkan kulit anda dengan formula yang lembut dan selamat. Bilas muka anda dengan air sejuk dan di ikuti air suam untuk memastikan kesemua cleanser telah dibersihkan.

3. Acne Lift On Liquid With Tea Tree Oil

Sangat berkesan untuk menghalang bacteria Propionibacterium acnes dari menyebabkan jerawat merebak dan mengecutkan jerawat.

Cara mengguna :

Selepas mencuci muka dengan Deep Cleanser, ambil kapas dan basahkan, picit Lift On Gel secukupnya ke kapas dan sapu ke seluruh kawasan yang dijangkiti jerawat. Boleh digunakan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam atau bila-bila masa diperlukan.



Set jeragat dengan jus manna

Monday, July 14th, 2014

set_jeragat_dan_jus_manna

Ahh.. sudah, ada jus pulak? Mungkin macam itu lah yang berlegar difikiran korang kan hehe.. Lagi pelik Jus Manna Bio Plus dikatakan sebagai Prebiotics… setahu korang Vitagen lah prebiotics yang paling mudah dibeli, dikedai mamak pun ada.. kalau ditengah malam di 7-E pun ada jual.

Perbezaan diantara Manna Bio Plus dan lain-lain prebiotics ialah Manna Jus atau Gums Arabic adalah prebiotics dan makanan Sunnah yang sangat hebat. Kenapa hebat sangat ek?

Untuk mengetahui kehebatan Manna atau Gums Arabic mari kita buat perbandingan dengan buah epal yang dikatakan sangat bagus ;

Para saintis juga mengesahkan Manna mempunyai kesan serat pemakanan terlarut  tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:

Epal – 2.3% serat terlarut

Manna – 86.6% serat terlarut.

Cuba tengok berapa peratus perbezaan tu…84.3% , ini bermakna korang mendapat 84.3% extra bonus jika mengambil Manna Jus Bio Plus.

Apakah Perbezaan Homeopathy Dan Jus Manna Bio Plus

Homeopathy secara amnya tidak menolak penggunaan krim dan sabun untuk merawat melasma atau jeragat tetapi lebih memfokus kepada rawatan dari dalam yang akan membantu menjadikan kulit lebih sihat secara total. Set Jeragat homeopathy lebih memfokus kepada remedi oral seperti Sepia 200 dan Melasma Free.

Set Jeragat – Sepia 200, Melasma Free, Sabun Merrygold dan Jus Manna Bio Plus

Oleh itu selain dari pengambilan Sepia 200 dan Melasma Free, probiotics adalah salah satu bahan semulajadi yang sangat-sangat membantu menjadikan kulit cantik, sekata dan gebu. Maka hasil dari kajian Manna adalah prebiotics yang terbaik dikalangan semua prebiotics yang terdapat dipasaran, tambahan pula Manna digabungkan dengan Goji, Madu, Kurma dan Habatus Sauda.

Manna Bio Plus mempunyai konsep penyediaan yang hampir sama dengan kaedah homeopathy iaitu bebas dari bahan merbahaya seperti pengawet mahupun bahan kimia yang berjadual.

Bagaimana Prebiotics didalam Manna Membantu Mencantikkan Kulit?

Hasil dari kajian Manna  merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

The World Health Organization (WHO) mendefinasikan probiotik sebagai “live microorganism”. Manna mempunyai  “live microorganism” yang akan membantu mempertingkat penghasilan bakteria baik di dalam tubuh. Sekiranya diambil secara pengawasan  dan dos yang sesuai, Manna Bio Plus akan berupaya membaiki system penghadaman yang lemah.

Bakteria baik akan menambah baik system penghadaman atau perut. Di mana didalam perut terdapat bakteria yang “baik” yang akan membantu penghadaman dan bakteria “jahat” yang akan menganggu kesihatan seseorang.

Kesan Bakteria “Baik” Untuk Kulit Yang Cantik

Bakteria baik akan membantu meminimakan atau menuetral kesan bakteria “jahat” yang akan menyumbang kepada sesuatu penyakit terutama penyakit kulit. Bakteria baik akan menambah baik kuantiti mineral yang akan regulasi system imun ke tahap yang sangat baik. Ini ialah kerana hati (liver) akan bekerja dengan lebih cekap menyahtoksik sengala toksik yang akan menjurus tubuh kita kepada masalah kesihatan terutama kulit.

Masalah kulit seperti jeragat dan jerawat berkait rapat dengan system penghadaman. Tidak memeranjatkan jika anda mempunyai masalah penghadaman tona kulit anda juga akan kelihatan tidak sihat, semakin sensitive, mengalami jeragat, jerawat dan kelihatan kusam.

Manna Bio Plus yang diperkayakan dengan Goji, kurma, madu dan Habatus Sauda adalah gabungan makanan semulajadi dari tumbuhan yang sangat hebat.  Tanpa pengawet dan disediakan oleh Herbalist yang bertauliah.

Jika inginkan muka anda bebas dari jeragat, jerawat atau parut, saya sarankan anda pilihlah produk yang berteraskan bahan-bahan alam semulajadi. Walaupun kesannya mungkin lambat kepada sesetengah orang tetapi ramai yang beri feedback kesan jeragat pudar selepas 14 hari hanya dengan set Sepia 200, Melasma Free dan Sabun Merrygold. Paling penting bahan-bahan semulajadi adalah sangat selamat dan hampir tidak ada kesan sampingan.



Fragaria untuk kulit putih dan gebu serta hilangkan jeragat

Monday, July 14th, 2014

fragaria

Set 3 remedi Sepia 200, Melasma Free dan FRAGARIA VESCA 30c (Set Jeragat SMF) adalah set jeragat Homeopathy yang hebat, ianya boleh diambil tanpa sabun Merrygold ini ialah kerana Fragaria vesca 30c mampu menghapuskan jeragat dan mencerahkan kulit didalam masa yang sama. Fragaria vesca 30c akan membantu Sepia 200 dan Melasma Free untuk mempercepatkan proses menghapus jeragat.

Gabungan mantap 3 remedi seperti berikut

  1. Sepia 200 amat efektif untuk rejunevasi hormon yang tidak stabil seperti membantu didalam masalah haid yang tidak teratur , pra-menopause dan menopause.
  2. Melasma Free amat efektif untuk memberi rejunevasi sistem saraf, melancarkan perjalanan darah dan membantu membekal oksigen secukupnya ke dalam darah.
  3. Fragaria vesca 30c sebagai suplemen nutrisi ke kulit. Fragaria vesca mengandungi lebi 20 bahan yang bermanfaat kepada tubuh dan kulit seperti potassium, vitamin-c, omega 3 fatty acid, gula, magnesium dan lain-lain lagi bahan seperi antioxidant untuk menghalang dari terjadinya kerosakkan sel. Fragaria vesca juga mempunyai manfaat yang tidak terhingga untuk gigi, gusi dan mulut. Pengambilan secara berkala Fragaria vesca juga mampu menghalang dari terjadinya batu (calculi) didalam organ seperti pundi kencing, buah pinggang dan hempedu.

Paling penting kesemua remedi ini selamat, tidak merbahaya dan tidak menjadikan anda ketagihan, Remedi Homeopathy disediakan didalam dos sangat kecil dan hampir tidak boleh dikesan oleh alat pengukur dimakmal. Malah ada yang menyifatkan remedi Homeopathy adalah temberang semata-mata kerana langsung tidak terkesan bahan yang terdapat didalam remedi homeopathy tetapi maklumbalas adalah sebaliknya… remedi homeopathy memang boleh diharapkan dan kesannya juga amat mengujakan kepada yang telah mencubanya.

Oleh itu tidak hairanlah jika kini trend telah berubah kepada pengambilan suplemen sintetik kepada suplemen Homeopathy untuk kecantikkan seperti mengatasi masalah jeragat, jerawat dan mencerahkan kulit.

Wanita yang berkulit cerah, gebu dan mulus seringkali mendapat perhatian, sama ada di alam akademik atau pun pekerjaan. Ini adalah lumrah alam, dan sebahagian besar lelaki akan memilih gadis yang berkulit cerah untuk dijadikan isteri.

Fragaria vesca 30c disediakan didalam bentuk cecair (seperti didalam gambar). Di dalam botol kaca yang disediakan “dropper” untuk memudahkan pengambilan. Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar Homeopathy, kulit akan kelihatan lebih cerah selepas 3 bulan. Walaubagaimana pun terdapat maklumbalas dari pengguna sebelum ini, kulit menjadi lebih cerah, sihat dan gebu selepas 30-60 hari. Keserasian diantara tubuh dan remedi juga memainkan peranan yang penting sama ada Fragaria vesca mampu memberi kesan yang cepat atau lambat .

Blog Widget by LinkWithin