Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 


Archive for November, 2012

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat

Tuesday, November 27th, 2012

cara-menurunkan-berat-badan-dengan-cepat

Ramai yang ingin kurus dan menjaga penampilan badan.Ramai ingin menurunkan berat badan dengan cepat. Ramai yang mahu menguruskan badan dengan segera. Sehingga ada yang email Kak Zu supaya berikan tips yang paling power ranger.

Berbalik pada topik  untuk menguruskan badan atau menurunkan berat badan. Ramai yang ingin jalan pintas dan segera. Itu sebab “mee segera” dipasaran laku macam goreng pisang panas.Sebelum Kak Zu cadangkan beberapa remedy atau produk anda mesti kenal pasti beberapa perkara dibawah :

1. Timbang berat anda dan sukat - Dizaman teknologi ini ramai yang mampu beli gadget dengan harga ribuan ringgit. Tapi jarang sekali ada alat penimbang berat dirumah. Kalau ada pun timbang ditempat kerja dan semasa jalan-jalan dipasaraya. Kak Zu cadang beli yang digital kerana bacaannya lebih tepat.Kalau nak canggih lagi yang ada kira BMI sekali dengan body fat. Alat penimbang berat ini adalah sebagai motivasi dan awalan diri bagi anda untuk menurunkan berat badan

2. Kira BMI anda dan body FAT anda. Kenal pasti BMI anda ditahpa mana.Samada ditahap overweight ,obesity or over obesity. Kalau tiada alamat penimbang canggih pun tidak mengapa. yang penting anda tahun ketinggian dan berat badan anda. Boleh guna kalkulator di internet untuk kira BMI anda disini. Apa kepentingan kira BMI? bagi mengetahui anda berada dizon mana. Jadi senang nak kenal pasti latihan,kalori dan remedy yang sesuai dengan anda.

3. Setelah kedua-dua perkara diatas diketahui anda sudah boleh merancang plan pemakanan anda untuk menurunkan berat badan.Bagi menghilangkan 1kg atau menurkan 1kg anda harus membakar kalori sebanyak 7700 kalori. Jika dalam seminggu anda target 1kg anda seharusnya sudah tahu berapa kalori harus diambil.

Kak Zu bagi contoh paling senang. Bagi wanita umur 25 tahun dengan berat 80 kg dan ketinggian 160cm.Anda memerlukan 1817 kalori sehari dan untuk hilangkan lemak anda hanya perlu ambil 1453 kalori.Jika nak banyak lagi turun berat badan ambil dibawah 1300 kalori. Arghhh susahlah Kak Zu? Apa kebenda pulak kalori ni. Poning-poning!!!! .Nak kurus dan turunkan berat badan mestilah kena bersusah-susah dahulu. Dah ada take action nanti semuanya senang.

4. Langkah no 4 ini mesti semua orang suka sebab senang.Guna ubat or remedy yang boleh bantu cepat metabolisme dan buang lemak-lemak dibadan. Bagi mereka yang sukar turunkan berat badan Kak Zu cadangkan ambil green tea toksin atau boleh guna BC20 persediaan biochemic homeopati. Sebab apa green tea,sebab green tea daripada zaman-berzaman orang dah guna untuk agen antioksida dan detoxfikasi dan terbukti berkesan.semua produk langsing sekarang ni campur green tea.Tapi sayang cuma dalam jumlah yang sedikit.

Baiklah, cuma buat 4 perkara diatas



Cara menghilangkan jerawat

Tuesday, November 27th, 2012

menghilangkan-jerawat

Salam sejahtera,

Cara menghilangkan jerawat antara soalan yang popular ditanya kepada Kak Zu.

Sebenarnya untuk menghilangkan jerawat ini kita mesti tahu punca jerawat.Masalah jerawat atau jerawat tidak datang suka-suka hati tanpa sebab dan puncanya. Kak Zu dah bincang dan mengulas banyak punca-punca jerawat atau faktor yang menyebabkan jerawat di post yang sebelum ini.Anda boleh rujuk :sitemap” untuk mencari entri-entri yang terdahulu.

Kak Zu ringkaskan masalah jerawat ini bukan hanya terjadi pada mereka yang meningkat remaja ke dewasa sahaja. Bukan disebabkan oleh faktor hormon dan perubahannya semata-mata. Kebiasaan masalah jerawat sebegini mudah dirawat dengan pengambilan berberapa remedy dalaman dan luaran sahaja.

Masalah jerawat yang agak kronik atau dalam ertikata,masalah jerawat yang tidak sembuh-sembuh atau bersifat sementara sahaja sembuhnya dan akan datang dan datang lagi. akan menimbulkan tekanan perasaa,kurang keyakinan diri sendiri dan seterusnya menyebabkan kesan parut seperti parut berlubang,berkawah dan sebagainya. Masalah jerawat seperti ini,tidak kira samada jerawat batu,pasir,kemerahan,bernanah dan sebagai berpunca daripada :

1. Masalah hati yang bertoksin
2. Masalah toksin yang banyak dalam badan
3. Masalah hormon
4. Keracunan darah
5. Ketidakcekapan sistem usus

Masalah ini adalah antara masalah jerawat datang berulang-ulang dan agak sukar sembuh. Rawatan yang terbaik adalah mnyingkirkan kesan toksin samada toksin yang berada dihati atau toksin yang berada didalam badan.Apabila perkara ini dapat dilakukan keadaan badan akan bertambah sihat,sistem usus akan bekerja dengan baik. Dalam rawatan dan kaedah yang lebih selamat adalah dengan mengambil ubat atau remedy homeoapati dan biochemic. Ini kerana remedy homeopati dan biochemic adalah remedy yang terbaik dan bebas kesan sampingan.Selain daripada itu ia merawat secara holistik.

Bagi mereka yang ingin menghilangkan jerawat selama-lamanya atau cara menghilangkan jerawat dalam kehidupan anda. Antara remedy yang terbaik adalah remedy rawatan komprehensif dan remedy detox biochemic. Jika anda menghadapi masalah sembelit atau kesukaran buang air besar dengan lancar,ini adalah punca yang menyebbakan jerawat sukar disembuhkan.Ada boleh mengambil remedy seperti R7. Remedy ini juga sesuai bagi masalah hati bertoksin.

Setiap remedy mesti diamalkan selama 3-6 bulan untuk kesan yang terbaik. Sudah bertahun-tahun menghadapi masalah jerawat tetapi untuk kekal konsisten selama tempoh 3-6 bulan bukan perkara sukar tetapi jarang yang dapat melakukannya. Natijahnya mereka akan menghadapi masalah ini seumur hidup dengan sentiasa beralih daripada satu ubat ke satu ubat.Akhirnya putus asa .Tepuk dada tanya kesungguhan anda! Orang lain boleh berjaya dan hidup ceria semestinya anda juga boleh.



Masalah jeragat dan tompok hitam diwajah

Monday, November 26th, 2012

masalah-jeragat

Salam sejahtera,

Ramai yang bertanya Kak Zu bagaimanakah mengatasi masalah jeragat atau tompok hitam atau dalam istilah perubatan dipanggil melasma. Masalah jeragat atau tompok diwajah disebabkan banyak faktor seperti faktor usia ,hormon,kulit dan sebagainya.

Ramai yang telah menggunakan pelbagai krim dipasaran tetapi masalah mereka hanya dapat dikurangkan sahaja. Masalah jeragat atau melasma ini tetap timbul. Oleh itu dalam merawat masalah melasma atau jeragat. dalam perubatan homeopati dan biochemic menekan dua konsep asas iaitu merawat secara dalaman dan luaran. Mengapa perlu dikombinasikan kedua-dua rawatan ini?

Melasma atau tompok hitam adalah sel-sel hidup yang membiak secara aktif. Ia mempunyai jalinan kapilari darah yang memberi nutrisi dan menghidupkannya. Jalinan kapilari darah ini membekalkan sel-sel melasma dengan oksigen dan zat yang diperlukan untuk hidup dengan aktif. Jadi adalah sukar untuk mengurangkan keaktifannya sekiranya kapilari darah ini membesar dengan aktif juga.

Melasma atau tompok hitam,jeragat yang berada dibawah lapisan kulit sukar dirawat dengan penggunaan krim semata-mata. Apabila kita menyapu krim, krim hanya boleh menyerap di permukaan atas kuit sahaja dan tidak sampai ke lapisan bawah kulit diwajah kita. Oleh itu selain daripada rawatan penggunaan krim kaedah biocemic homeopati telah menggunakan ubat berasaskan oral seperti sepia 200 untuk mengatasi masalah jeragat atau tompoh hitam.

Sepia 200 diformulasi daripada garam tisu mineral yang berfungsi untuk merawat masalah jergat,tompok hitam atau melasma yang terdapat dikulit wajah dengan berkesan. Sepia 200 berfungsi memberi nutrisi,meyeimbangkan hormon dan punca jeragat. menghilangkan salur darah yang berada di bawah kulit. Sepia 200 berfungsi mengecutkan salur darah dibawah kulit yang menyebabkan jeragat. Apabila salur darah itu mengecut maka sel-sel melasma atau jeragat akan turut mengecut. Lama kelamaan melasma atau jeragat akan berkurangan. Disamping itu,sepia 200 merawat kulit secara holistik. Sepia 200 juga selamat dan tiada kesan sampingan kerana persediaan homeopati dan biochemic 100%. Malahan boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 6 bulan keatas dan sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Anda boleh dapat info lanjut tentang sepia 200 disini

Ramai yang menyangka dengan sapuan krim sahaja masala jeragat akan selesai.Sebenar kombinasi kedua-dua rawatan dalaman dan luaran amat diperlukan untuk merawat masalah jeragat,melasma dan tompok hitam diwajah.

Bertemu lagi diartikel akan datang


Menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan

Sunday, November 25th, 2012

bakar-lemak-perut

Salam sejehatera.

Kini ramai yang sudah sedar untuk menurunkan berat badan bukan sahaja memerlukan mengambil ubat dan remedy yang berkesan tetapi juga bebas kesan sampingan.

Baru-baru ini ramai yang agak terkejut apabila ubat atau remedy yang mereka ambil sebenarnya dicampur dengan bahan yang berbahaya dan akan membawa mudarat badan kesihatan dalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana ramai diantara mereka yang mempunyai masalah berat badan atau obesiti mencari jalan pintas dan ingin segera menurunkan berat badan.

Jikalau difikirkan secara logik akal, anda sudah berada di tahap obesiti sudah sekian lama dan mungkin sudah daripada kecil lagi disebabkan gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak seimbang. Adakah dengan mengambil ubat atau remedy anda boleh turunkan berat badan dalam masa yang singkat. Jarang perkara ini berlaku kecuali anda memang betul-betul diet dan bersenaman dalam kadar yang tinggi dalam tempoh tersebut.

Oleh itu, Kak Zu lebih cadangkan pada mereka yang ingin menurunkan berat badan mengambil remedy seperti biochemic dan remedy homeopathy.Ini kerana remedy ini sudah terbukti berkesan merawat secara holistik beratusan tahun. Persediaan homeopati tidak dipanggil ubat sebab tidak mengadnungi secara persediaan berasaskan kimia dan bebas kesan sampingan. Remedy homeopati juga tidak tertakluk dibawah akta racun 1952. Ini membuktikan persediaan homeopati bebas daripada sebarang bahaya.

Memang kadangkala kita terdesak ingin cepat menurunkan berat badan dan mengabaikan kesan sampingan yang akan menunggu kita.Walaupun lambat tetapi remedy homeopaty amat berkesan menurnkan berat badan secara konsisten dan yang lebih bagus lagi tiada kesan turun naik apabila mengguunakan remedy homeopati.

Oleh itu, bagi mereka yang sudah mencuba pelbagai produk tetapi tidak berjaya menurunkan berat badan. Kak Zu cadangkan anda ambil BC20 persediaan biochemic untuk memperbaiki kadar metabolisme badan serta membuang segala toksin dalam badan.Pemgambilan bc20 diikuti dengan phytolacca americana dan R79 juga akan menambah keberkesanan proses penurunan badan. Kak Zu cadang ambil remedy tersebut dalam masa 3-6 bulan untuk kesan yang terbaik.Biar proses penurunanan berat badan berjalan secara ansur maju daripada turun dengan cepat tetapi akhirnya naik mendadak.Ini kerana proses tersebut tidak berlaku secara semulajadi.

Info berkaitan BC20 dan Phytolaca anda boleh dapatkan disini…sila klik.

Selain daripada itu anda boleh ambil mengambil teh hijau untuk membuang toksin kerana teh hijau juga amat tinggi nilai anti oksidan. Segala penyakit dalam badan dan kesukaran untuk menurunkan berat badan adalah berpunca daripada jumlah toksin yang banyak dalam badan kita selain daripada metabolisme dan amalan pemakanan kita

Bertemu lagi dia artikel akan datang.Kak Zu doakan semua pembaca blog dan artikel Kak Zu sihat dan ceria serta mendapat perlindungan Allah.

Ubat buasir ayurverda paling berkesan

Thursday, November 15th, 2012

pilex-ubat-buasir-berkesan

Salam sejahtera

Kali ini Kak Zu ingin mengulas tentang ubat buasir.Ramai yang tanya Kak Zu terutamanya wanita dan lelaki. Buasir adalah penyakit yang akan menganggu fizikal dan emosi kita. Oleh itu sebelum buasir menambah tekanan kepada hidup kita. Eloklah kita mencari penawar

Oleh sebab di shop online Kak Zu ada beberapa jenis ubat buasir.Pelanggan selalu bertanya mana paling bagus. Jawapannya mudah semua bagus jika diamalkan kerana semua remedy tersebut khusus untuk penyakit buasir.

Tapi kali ini Kak Zu nak mengulas tentang pilex iaitu ubat buasir daripada ramuan ayuverda keluaran Himalaya ini memang banyak testimonial daripada seluruh dunia. Oleh itu faedah dan keberkesannya sudah tidak dapat dinafikan lagi. Tapi Kak Zu nasihat jangan ambil sebotol terus nak hilang. Ambil sekurang 3-6 bulan baru nampak hasil yang memuaskan. Sakit bertahun-tahun nak sembuh dalam masa 1-2 hari. Logik akal memang sukar.

Dibawah ini Kak Zu senaraikan kebaikan Pilex dalam merawat buasir.

Kelebihan Tablet Pilex dari Himalaya:

Himalaya Pilex (VeinCare) adalah ubat terbaik herba semulajadi membantu dalam memberi sokongan kepada keadaan semula jadi sistem vaskular.

Himalaya Pilex (VeinCare) memberi menenangkan pembasmian luas dubur.

Himalaya Pilex (VeinCare) adalah ubat herba yang berkesan, menyokong langkah formula dinding vena.

Himalaya Pilex (VeinCare) membantu dalam mengekalkan peredaran dalam movemen  dubur.

Himalaya Pilex (VeinCare) bertindak sebagai makanan tambahan herba semula jadi yang menggalakkan peredaran bunyi dan magnitud diampuni urat, kapilari dan tisu.

Apakah Pilex (VeinCare) Tablet daripada Himalaya?

Pilex Tablet daripada Himalaya adalah produk semulajadi herba yang mengurangkan pembesaran dan kesegahan urat dan vena kapilari. Ia juga membantu gangguan urat bengkak dibahagian dubur.

Himalaya Pilex Tablet - remedi herba yang mengekalkan urat sihat dan menyokong vena rektum di kawasan dubur.

Pilex Tablet dari Himalaya menunjukkan sifat anti-radang dan anti-jangkitan yang membantu dalam mengurangkan keradangan, mencegah jangkitan dan menggalakkan penyembuhan. Tablet Pilex juga menunjukkan sifat julap bahawa sembelit kronik yang betul yang dikaitkan dengan buasir.

Pilex berkesan untuk semua jenis buasir sama ada jenis luaran dan dalaman.pada semua tahap. Berdarah atau tidak

Anda boleh pilex di shop online

Hilang 5 kg seminggu dengan L carnitine + TABATA

Tuesday, November 13th, 2012

senaman-tabata

Salam dan selamat sejahtera pada semua pembaca blog Kak Zu ni

Minggu ini kerana cuti sekolah panjang Kak Zu nak beri satu tips yang cukup berkesan bakar lemak dibahagian perut,pinggul dan sebagainya.

Kebanyakan mereka merungut kerana tidak cukup masa untuk workout (bersenam). Dengan tips Kak Zu berikan ini Kak Zu rasa semua orang boleh buat dan tidak mencari alasan lagi.

Anda tidak perlu apa-apa alatan atau pergi ke gym. Rahsia tips ini adalah dengan hanya 4 minit workout sahaja anda akan hilang 2-5 kg dalam seminggu jika anda betul ikut dan amalkan diet yang betul. Jangan workout, lepas itu melantak tidak ingat dunia :)

Pernah dengar TABATA WORKOUT ?

Baiklah, Kak Zu tidak mahu cerita panjang lebar tentang tabata ini. Hanya info ringkas sahaja. Tabata adalah senaman yang memerlukan kita “hit” kelajuan senaman kita dalam tempoh 20 saat dan rehat 10 saat selama 4 minit untuk satu set.

Pening or mudah?

Mudah sahaja bagi mereka nak capai impian dan yang penting “take action”.
Bukan memberi bagi pelbagai alasan.

Rahsia cepat bakar lemak adalah dengan melakukan senaman kelajuan tinggi dalam jangka masa 20 saat diselang dengan rehat 10 saat anda dapat meningkatkan pembakaran lemak 9 kali ganda dengan senaman biasa. Selain daripada itu anda dapat meningkatkan kadar metabolisme badan anda.Ini penting untuk penuranan berat badan.

Senaman TABATA dalam masa 4 minit pada waktu pagi dapat membuang segala lemak yang selama ini terkumpul dan degil. Susah ke nak bersenam 4 minit?

Anda boleh memilih senaman yang sesuai dengan anda samada berbasikal,berjogging atau senaman lain yang mudah dilakukan didepan TV. Cuma aplikasikan senaman anda dengan teknik TABATA.

Rahsia kedua TABATA + L Carnitine = AWESOME

Inilah rahsia cepat turun dengan teknik TABATA + L CARNITINE

Sebab apa?

Anda tahu L Carnitine adalah agen pembakar lemak yang banyak digunakan athlet dan juga mereka yang tone muscle mereka jadi cantik seperti memiliki “six pack” macam model dan sebagainya.

Gabungan 10-30 minit mengambil L Carnitine sebelum melakukan TABATA anda dapat membakar lemak 2 kali ganda dan memiliki tubuh yang menarik serta menurunkan berat badan dengan pantas. L Carnitine yang baik adalah daripada enis esktrak.Anda boleh rujuk disini.

Tidak percaya?

Sila cuba selama seminggu dan anda akan terpegun dengan hasilnya.

Lepas ini ini anda mungkin tiada masalah berat badan,badan tidak cantik,tidak boleh memakai baju idaman dan penampilan anda lebih menarik.

Baiklah,yang pening kepala nak tahu TABATA Workout tu mari tengok berapa video supaya lebih terang. Selamat mencuba dan Kak Zu doakan semua pembaca blog Kak Zu sihat dan ceria.

Yang nak cari timer TABATA boleh download di play store jika guna android phone . Search dengan sahaja ” tabata timer” dan download apps yang sesuai dengan jiwa anda.

Kak Zu ada beberapa testimonial daripada pelanggan Kak Zu yang guna TABATA + L carnitine ,nanti Kak Zu free Kak Zu akan post di bog ini. Ada antara mereka turun sehingga 9 kg dalam masa 2 minggu. Ada yang lost 5 inci ukurlilit pinggang dalam sebulan dengan teknik ini.

Apa tunggu lagi..masa untuk bertindak.

Mari membakar lemak anda dengan selamat dan berkesan

Tuesday, November 6th, 2012

lemak-perut-di-perut

Salam sejahtera dan ceria daripada Kak Zu unutk semua pembaca blog.

Oleh kerana ramai pertanyaan tentang cara membakar lemak yang berkesan dan efektif. Hari ini Kak Zu nak mengulas tentang bagaimana kita dapat membakar lemak dengan berkesan terutama di bahagian perut,pinggul,peha dan sebagainya.

Ramai yang kecewa kerana mereka masih tidak berjaya membakar lemak dengan berkesan atau gagal menurunkan berat badan. Sudah mencuba pelbagai produk daripada yang semahal-mahalnya kepada yang semurah-murahnya. Bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan anda. Kak Zu sarankan anda.

1. Minum air sebanyak 4-6 liter sehari. Elakkan mengambil  minuman yang manis dan istiqamah minum air sebanyak 4-6 liter sehari.

2. Ambil bahan seperti l carnitine dalam diet seharian anda untuk membakar lemak dengan cepat terutamanya bagi mereka yang suka makan makanan yang berkabohidrat. L carnitine dapat menukarkan lemak yang tersimpan terutamanya dibahagian perut dan tempat-tempat yang sukar kepada bentuk tenaga. Hasilnya anda dapat memecahkan lemak dibahagian tersebut.

3. Ambil bahan anti oksida seperti teh hijau,ini dapat membantu membuang toksin seterusnya dapat memecah lemak serta menurunkan berat badan.

4. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.Makan 5 kali sehari adalah lebi baik daripada makan hanya 2-3 kali sehari sahaja tetapi dalam kuantiti yang banyak.selain itu dengan makan 5-6 kali sehari anda dapat meningkat metabolisme badan anda untuk membakar kalori.

5. Dalami ilmu anda dengan pengetahuan defisit kalori. Ini dapat membantu anda mengawal menurunkan berat badan denan cepat.

6. Jika anda ingin menggunakan ubat atau remedy mengurang berat badan pastikan ambil yang bukan “chemical base’ . Ambil remedy biochemic,homeopathy dan herba .

7. Bagi mereka yang perut buncit.Anda boleh membakar lemak dengan lebih berkesan dibahagian tersebut dengan mengambil l carnitine yang asli atau berbentuk kapsul. Ini kerana walaupun anda berjaya menurnkan berat badan anda tetapi bahagian perut masih degil. jalan penyelesaiannya ambil l carnitine.

Bagi mereka yang ingin mendapat l carntine bermutu tinggi anda boleh dapatkan disini

Turunkan badan dengan cepat tanpa berlapar

Thursday, November 1st, 2012

kuruskan-badan

Salam sejahtera

Ramai yang bertanya Kak Zu bagaimana nak turunkan berat badan tanpa berlapar dan dengan berkesan.

Ramai juga bertanya,betul ke boleh tuurn? saya dah cuba pelbagai ubat tapi tak turun? dan bermacam-macam lagi persoalan.

Daripada pertanyaan tersebut Kak Zu sudah dapat membuat tanggapan

1. Kurang keyakinan dalam diri
2. Banyak sangat mencuba pelbagai produk kurus
3. Masalah diet tidak seimbang
4. Habit makan yang tidak terkawal?
5. Pengetahuan tentang kalori makanan amat kurang
6. Kurang bersenam dan tidak bersenam
7. Tertekan
8. Masalah metabolisme
9. Masalah toksin

Masalah diatas mungkin menghantui anda.Oleh itu bagi mereka yang ingin kurus tanpa berlapar dan berkesan.Anda perlu teguhkan azam,baiki diet harian dan paling malas bersenam 3 kali seminggu dalam tempoh 20 minit. Jalan kaki pun ok. Sekurang-kurangnya anda boleh bakar kalori.

Dalam pemilihan ubat atau remedy.Bagi mereka yang memang suka makan berkabohidrat, l carnitine boleh membantu anda untuk pecah lemak dan membaiki kadar metabolisme. Kalau dapat bersenam seperti mengeluarkan peluh lagi bagus.

Kadangkala terlalu bibang dan stress serta banyak sangat solan dan pertanyaan membuatkan anda berada ditahap tersebut sahaja dalam jangkaasa yang lama. Remedy kedua yang baik unutk tingkat metabolisme dan membaikinya adalah BC20.

Kak Zu tidak mahu mengulas terlalu panjang artikel ini.Apa yang perlu anda buat sila “take action” . Kuatkan azam dan fokus terhadap diet anda.Nescaya kejayaan.

Blog Widget by LinkWithin