Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 


Archive for May, 2011

Meitizang Slimming Botanical

Friday, May 27th, 2011

meizitang

Meizitang soft gel atau dikenali dengan Botani Slimming gel lembut. Mengandungi pelbagai jenis tumbuhan semulajadi yang mempunyai fungsi pelangsing dan menjaga tubuh badan. Tanaman ini, seperti rumput pelangsing yang terbaik, jobstears, tarragon, psyllium shell, rebung kuku, teratai dan sebagainya, secara teliti diekstraksi dan dimurnikan dengan teknologi  moden yang canggih untuk Meizitang Soft Gel berfungdi unutk “

Menahan aktiviti lipase dalam perut dan saluran usus untuk mengaktifkan lemak dalam makanan yang diambil tidak dapat diserap oleh tubuh. Kesan ini ditunjukkan dalam bentuk buang air besar dengan lemak (minyak) alam, yang bererti seseorang boleh mengeluarkan jumlah lemak yang sama yang telah diambil.

Meningkatkan metabolisme dan dasar nisbah metabolisme (BMR) lemak, yang bererti untuk meningkatkan pengambilan tenaga tubuh manusia. Lemak tubuh akan dipecah menjadi panas, karbon dioksida dan air. Botani Slimming Gel Soft tidak hanya mengurangkan lemak berlebihan, tetapi juga boleh menambah pelbagai jenis asid amino dan unsur lain seperti  zat besi, fosforus, kalsium, kalium, seng dan selenium. Ia juga dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dan membuat keseimbangan lebih mikrosirkulasi tubuh sementara menghilangkan unsur racun akumulasi jangka panjang. Jadi memiliki fungsi lemak dan pelangsing, dan menghilangkan racun atau toksin dalam tubuh badan.

Tidak hanya untuk perempuan. Lelaki juga boleh menggunakan Meizitang Botanical Slimming sot gel ini.

Kandungan Bahan:

Ekstrak dari ZiSu 25%

Ekstrak dari pisang air oriental 13%

Ekstrak dari biji kasia 10%

Ekstrak dari Fuling 17%

Medical Amylum 35%

Spesifikasi

36 kapsul per bungkus (650 mg x 12 pil x 3pcs)

Saiz: 12.4 X 16,9 cm untuk satu bungkus

Peraturan dan pantang

1. Orang dengan penyakit jantung koroner, tekanan darah tinggi atau penyakit serebrovaskular;

2. Orang dengan psikosis atau penagih ubat-ubatan, ubat atau alkohol;

3. Orang dengan hipertiroidisme, insufisiensi hati atau buah pinggang;

4. Orang dengan benign prostatic atau glaukoma;

5. Perempuan dalam kehamilan atau menyusukan anak

6. Orang di bawah usia 18 tahun atau diatas 60;

7. Tidak boleh diambil dengan ubat lain.

Dos dan cara pengambilan

1 kali / hari, 1 kapsul / masa (sebelum sarapan dengan air 350 ~ 500cc)

Maklumat keselamatan

* 1 kapsul sehari sebelum atau selepas sarapan, Jangan mengambil kapsul lebih dari yang disyorkan.

* Jangan mengambil produk ini jika anda mengambil ubat lain.

* Minum lebih banyak air dan makan lebih banyak buah jika haus (tidak cukup air masak dalam tubuh anda mengurangkan kadar glukosa tubuh dalam darah, yang menyebabkan kelemahan dan pening).

* Jangan melambatkan makan (terutama sarapan atau makan siang). Hal ini penting ketika mengambil produk ini untuk mengekalkan diet yang sihat dan seimbang, termasuk air masak dan jus segar.

* Jangan mengambil alkohol semasa mengambil Kapsul. Hal itu dapat meneutralkan keberkesanan proses pelangsingan.

PERHATIAN

Jangan melebihi 1 kapsul pada hari, jangan mencampur mengambil dua macam pil pada hari yang sama.

Produk ini tidak direka bentuk untuk gemuk tdk sihat, anak-anak, hamil, pesakit diabetes, dan orang dengan keadaan jantung.

* Tanggung jawab menggunakan produk ini, seperti suplemen diet yang lain, adalah orang yang mengambil itu, jadi jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, rujuk dengan doktor anda sebelum mengambil dipercayai

Testimonial

Saya mula mengambil Botanical pelangsing pada tarikh 1 Mei. setelah banyak percubaan sebelum ini gagal dalam menurunkan berat badan saya.Saya mengalami penurunan berat badan sebanyak 9 kg dalam masa hampir sebulan- Cik Hamimah



Ubat parut dan jeragat

Sunday, May 22nd, 2011

masalah-parut

Salam sejahtera,

Semoga anda semua ceria bersama insan-insan tersayang,

Kak Zu selalu dihujani email yang bertanya cara bagaimanakah ingin menghilangkan parut jerawat terutamanya parut berlubang dan jeragat yang menganggu keceriaan dan seri air muka.

Baiklah, masalah parut jerawat seperti parut berlubang sebenarnya bergantung kepada keupayaan sel-sel badan manusia unutk rebuild sel.Jika sesetengah orang mempunyai keupayaan unutk rebuild sel yang cepat maka proses dan keupyaan kulit muka mereka untuk sembuh daripada parut jerawat seperti parut jerawat berlubang akan mempercepatkan proses pemulihan. Kebiasaannya proses ini mengambil masa diantara 5-25 minggu bergantung pada keadaan kulit seseorang.

Ramai yang bertanya, apakah produk yang terbaik unutk masalah parut jerawat berlubang ini. Kak Zu mencadangkan pada mereka mengamalkan BC04 iaitu sejenis biochemic produk yang menggunakan garam tisu mineral. BC04 biochemic ini mudah diambil kerana remedy ini dalam bentuk tablet manis seperti ubat minda homeopathy dipasaran. Bc04 ini berfungsi menguatkan kembali keanjalan kulit muka dan memberikan collagen semulajadi dan baik unutk mengatasi masalah jeragat di muka.Pengambilanya mestilah istiqamah.Ini kerana bagi wanita yang berusia 30 an keatas keupayaan dan fungsi kulit mula menurun disebabkan pelbagai faktor seperti pengingkatan tekanan,gangguan alam , dan keupayaan collagen dikulit muka mulai menurun.

Bagi masalah parut  jerawat berlubang penggunaan kombinasi remedy seperti penggunaan cleaser bio t3 forte dan cream bio t3 forte juga akan memudarkan masalah parut jerawat yang berlubang. Kombinasi diperlukan dan jangka masa rawatan bergantung pada tahap kulit dan keupayaan sel-sel untuk dibina semula.

Oleh itu, apa yang penting dalam pemilihan produk merawat parut dan jeragat,pilih produk atau remedy yang bebas kesan sampingan. Supaya kulit muka kita dapat mempunyai struktur yang semulajadi dan bukannya kesan penipisan yang disebabkan oleh produk yang berasaskan bahan kimia. Semoga artikel kali ini akan meberi anda panduan yang tepat dan bersesuaian dalam merawat masalah parut jerawat seperti parut jerawat berlubang dan masalah jeragat yang terjadi dimuka.

Kak Zu doakan anda semua ceria dan gembira dengan penampilan anda dan berasa yakin dalam menempuh kehidupan. Berjumpa lagi dalam post yang akan datang. Insyallah Kak Zu akan ulas tentang produk hot dipasaran iaitu garcinia cambogia extra strenght dalam menurunkan berat badan.



Acai berry boleh didapati di Malaysia?

Wednesday, May 18th, 2011

Salam sejahtera,

Lama juga Kak Zu tak buat post kat blog ini kerana kesibukan aktiviti harian yang terpaksa didahulukan.

Berbalik kepada tajuk diatas, ramai diantara pelanggan Kak Zu bertanya di manakah hendak dapatkan acai berry yang pure dan dijual secara langsung (trading) tanpa join produk MLM yang bagai cawan tumbuh yang berharga mahal dan sebenarnya kos mereka hanya sedikit sahaja.

Kak Zu tidak mahu mengulas tentang produk MLM sebab masing-masing nak cari rezeki dan biarlah pengguna yang menentukan samada hendak membelinya atau tidak.

Acai berry di Malaysia ini merupakan produk yang baru tetapi sudah menjadi fenomena dan kegilaan di barat dan eropah.Ini kerana keberkesanan acai berry bukan sahaja menurunkan berat badan tetapi meberi tenaga berganda kepada sistem reproduksi serta terbukti menurunkan kolesterol dalam darah. Penggunaan acai berry terutamanya di Amerika Latin bukan suatu perkara yang janggal.Mereka sudah menggunakan acai berry sejak berkurun lama.

Ramai yang bertanya bagaimnakah ingin mendapat produk acai berry ini dipasaran tempatan. Kak Zu akan cuba dapatkan tidak lama lagi.insyallah.

Boleh lihat video dibawah tentang acai berry

Mengapa berat badan susah turun!!

Thursday, May 12th, 2011

faktor-kegemukan

Salam,

Ini soalan yang biasa ditanya pada Kak Zu dan menjadi soalan yang popular.Kak Zu akan jawab diblog ini supaya jelas dan terang.

Ramai diantara kita yang merunggut kerana sudah banyak produk dan ubat menurunakan berat badan dicuba tetapi masih juga gagal menurunkan berat badan yang dikehendaki walaupun 1 kg. Mengapa perkara ini terjadi?

Faktor yang pertama adalah disebabkan toksin yang banyak dalam badan. Toksin yang banyak didalam badan menyebabkan proses penyerapan dan fungsi ubat menurunakan berat badan hampir lumpuh dan tidak berfungsi dengan baik dalam menurunkan berat badan.

Faktor kedua adalah disebabkan faktor metabolisme yang tinggi. Ini menyebabkan pembakaran lemak menjadi terlalu perlahan dan sukar unutk mereka menurunkan berat badan atau dalam erti kata lain mendapat berat badan yang ideal.

Faktor ketiga adalah disebabkan tiada senaman langsung yang dilakukan dalam masa seminggu. Duduk diam dan pasif sahaja.Pergi kerja dan balik kerja. Hari cuti seperti hari minggu dihabiskan disepan televisyen dan menonton rancangan kegemaran sambil makan-makan :)

Sebenarnya selain daripada diet, senaman ringgan selama 20-30 init 2 kali seminggu paling kurang atau setidaknya 1 kali seminggu juga dapat membantu anda menurunkan berat badan secara konsisten. Tidak sukar berjalan cepat selama 15-20 minit sehari atau mengayuh basikal 30 minit sehari sudah membakar lemak antara 150-300 gram sehari.

Oleh itu,Kak Zu nasihatkan ,ambil sedikit masa dengan beriadah dan senaman ringan,bukan sahaja badan yang menawan tetapi kesihatan juga bertambah baik. Selain daripada 3 foktor diatas banyak lagi faktor lain seperti kolesterol dalam darah dan sebagainya.

Vitamin C homeopati (Vita C)

Wednesday, May 11th, 2011

vita-c

Salam sejahtera daripada kak zu kepada semua pembaca blog ini

Kak Zu akan mengulas tentang kelebihan vita c dibandingkan dengan vitamin c yang lain. Vita C adalah ramuan yang terdiri daripada rumusan homeopathy dan juga vitamin c. Memang cukup ampuh unutk meberi tenaga berganda kepada pengamalnya disamping mengelak tekanan (stress)

Vita - C juga berfungsi untuk mencantikkan kulit muka.Biasanya mereka yang mempunyai kulit muka yang kusam,tidak bermaya,berjeragat,kelam dan tidak ceria akan pulih apabila mengambil vita c homeopathy. Apakah perbezaannya dengan vitamin c yang berada dipasaran. Bezanya tentang sekali pada asasnya kaedah penyediaan yang berlainan.

Tahukan anda vita c juga berfungsi untuk memberi kesegaran pada badan dan kulit.Jika badan anda lesu dan letih vita c adalah penawar yang paling mujarab. Ini terbukti pada Kak Zu sendiri,,memang vita c ni jadi amalan harian. Kerja semalaman pun tidak berasa letih. Tidak percaya bukan? cubalah sendiri dan anda akan tahu hasilnya nanti. Selalin itu kulit sentiasa bersih dan sihat. Muka pun kemerahan-merahan semulajadi akibat penangan mengamalkan vita c.

Pada sesiapa yang mengalami masalah sukar tidur juga boleh mengamal vita c ini.

Berjumapa di post akan datang

Membesarkan payudara

Tuesday, May 10th, 2011

breast besar dan tegang

Salam ceria.

Ramai yang inginkan payudara yang menarik ,besar dan pejal dalam ertikata mudah bagaimanakah cara membesarkan payudara yang kecil. Pelbagi produk dipasaran mengatakan mereka mempunyai produk yang berkesan membesarkan payudara. Kak Zu tidak mengatakan produk mereka tidak berkesan. Cuma Kak Zu berikan sedikit tips memilih produk yang sesuai dan sesuai dengan keinginan anda unutk membesarkan payudara.

Pilih produk yang bebas kesan sampingan seperti produk yang berasaskan homeopati. Rumusan atau remedy homeopati adalah produk yang paling selamat dalam membesarkan payudara berbanding produk yang menggunakan bahan kimia. Kita ingin memiliki keinginan membesarkan payudara dengan kaedah yang selamat dan dalam jangkamasa panjang selamat dan bebas kesan sampingan.

Payu dara yang montok dan pejal membuatkan anda berasa yakin dan mempunyai penampilan yang menarik dan bukannya unutk menarik perhatian lelaki tetapi lebih kepada self confident terutamanya pada mereka yang sudah berkeluarga supaya suami anda berasa selesa dan nyaman dengan anda.

Salah satu produk yang bagus dan bebas kesan sampingan adalah rumusan homeopati yang diberikan nama SSQ. Ia dirumuskan dengan kaedah dan teknik homeopaty yang selamat dan berkesan. Dibuat dalam bentuk cecair dan mudah menyerapa berbanding dengan produk yang berasaskan kapsul. Oleh itu kesan yang didapati adalah lebih baik dan pantas

Rawatan parut jerawat berlubang

Monday, May 9th, 2011

parut-jerawat

Salam ceria daripada Kak Zu untuk semua,

Pada artikel kali ini , Kak Zu akan memberi beberapa panduan cara menghilang dan memudarkan parut berlubang. Sebelum itu mari kita kaji mengapa parut terjadi.Parut terjadi sebabkan banyak perkara antara kesan daripada jerawat,luka dan kemalangan.

Parut yang terjadi dipipi atau muka biasanya lebih senang dihilangkan berbanding parut yang terjadi dianggota badan yang lain.Parut dimuka senag dirawat kerana kulit dan struktur dimuka berlainan dan berbeza kulit di anggota yang lain.

Kulit muka yang mempunyai parut  berlubang boleh dirawat menggunakan kaedah homeobotanical dan biochemic dengan merangsang kembali sel-sel yang mati. Antara remedy yang terbaik adalah menggunakan kaedah semulajadi garam tisu mineral untuk meransang kembali keanjalan kulit.Penggunaaan collagen semulajadi serta BC04 dapat meransang pertumbuhan sel.

Penggunaan kaedah homeobotanical seperti cleanser deep Bio T3 juga dapat meransangkan kembali sel.Selain itu pakej ini juga mampu merawat parut dibadan. Jangkamasa rawatan bergantung kepada keupayaan kulit unutk rebuild sel dan biasanya bagi parut yang biasa dicadangkan ambil 5-15 minggu dan parut yang teruk ambil dalam jangkama masa 5-25 minggu unutk kesan yang terbaik.

Petua menghilangkan parut jerawat adalah dengan menggunakan remedy atau ubat parut jerawat yang sesuai dan selamat. Kaedah homeopathy,biochemic,homeobotanical sudah terbukti berkesan dan selamat

Apa itu Collagen?

Sunday, May 8th, 2011

collagen-biochemic

Salam ceria daripada Kak Zu untuk,

Collagen, apakah kegunaan collagen?

Collagen adalah elemen yang penting unutk kecantikan dan keanjalan kulit.Kini pelbagai produk berasaskan collagen banyak berada dipasaran.

Penurunan collagen atau kolagen akan berlaku apabila umur semakin meningkat dewasa dan akibat akan mengakibatkan kulit mula menampak garis-garis penuaan dan kulit muka akan mudah berjeragat,kusam dan tidak bermaya.

bagi melambat dan mengelakkan proses ini berlaku selain mengambil makanan yang mengandungi collagen atau kolagen secara semualajdi seperti makanan yang mengandungi kandungan c yang boleh meransangkan pembentukan collagen. Makanan tambahan juga adalah diperlukan unutk mempercepatkan pembaikan sel-sel kulit yang saban hari dimamah usia.

Bagaimanakah memilih collagen yang baik dan semulajadi. Ini juga penting, collagen yang baik adalah rumusan seperti biochemic seperti BC04. Selain itu pengambilan Vita C  rumusan homeopathy juga bagus untuk menegangkan kulit,memerahkan pipi,merawat kulit kusam dan berjeragat daripada dalam.

Oleh itu bagi menangani masalah kulit muka kusam,berjeragat,kesan-kesan penuaan dan mencantikkan struktur kulit.Penggunaan collagen yang tepat dan berkesan amat diperlukan.Kombinasi penggunaan remedy biochemic dan homeopati akan menghasikal hasil terbaik

Menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan

Sunday, May 8th, 2011

Salam sejahtera daripada Kak Zu untuk pembaca blog setia ini dan pengunjung lain.

Kali ini post kak zu adalah mengenai cara menurunkan berat badan dengan selamat tanpa kesan sampingan.Ramai yang bimbang tentang kesan sampingan yang timbul daripada penggunan ubat menurunkan berat badan.

Jalan mudah dan berkesan adalah menggunakan ubat yang berasaskan homeopati. Dahulu ramai yang kurang yakin dengan remedy homeopati tetapi kini tidak lagi. Remedy homeopati kini sudah menjadi alternatif yang popular.Ini kerana kesan ubat yang menggunakan bahan kimia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang tetapi mempunyai kesan penurunan yang sementara.

Oleh kerana itu, remedy homeopathi seperti phytolacca,r79 dan lain lagi remedy kini sudah menjadi satu cara alternatif yang mudah dan berkesan. Phytolacca khususnya amat berkesan menurunkan berat badan,mengawal metabolisme badan supaya kesan penurunan berat badan menjadi konsisten dan berkesan.

Remedy R79 juga baik dan berfungsi unutk menurunakan kadar kolesterol dalam darah dan menjaga jantung menjaga sihat. R79 juga akan menghapuskan lemak tepu yang sukar dimusnahkan. jangmasa yang diperlukan untuk menurunkan berat badan seharusnya mestilah berterusan 3-6 bulan untuk kesan yang optimum.Ramai yang tidak  sanggup menunggu lama dalam menurunkan berat badan.Tetapi apakah anda inginkan berat cepat turun tetapi cepat pula naik. Tepuk dada tanya selera.

Masalah jerawat berulang-ulang

Friday, May 6th, 2011

Salam sejahtera,

Masalah jerawat berulang-ulang semesti meletihkan anda dan mungkin anda akan berputus asa dan kekecewaan ini akan membuat motivasi dan keyakinan diri menjadi “down”. Bagi merawat punca masalah jerawat berulang-ulang ini adalah penting kita mengetahui punca dan istiqamah dalam menggunakan sesuatu remedy supaya punca jerawat berulang-ulang akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Antara punca jerawat yang berulang-ulang dan tidak pernah sembuh adalah disebabkan hati yang bertoksin. Ini ramai yang tidak mengetahunya dan mempercayai. Mengikut perubatan homeopathy,hati bertoksin adalah salah satu punca jerawat tidak pernah sembuh. Ini menyebabkan mereka yang mengalami masalah hati yang bertoksin walaupun menggunakan ubat yang pelbagai jerawatnya tidak pernah sembuh.

Faktor kedua jerawat berulang-ulang dan tidak pernah sembuh adalah disebabkan masalah hormon yang tidak seimbang.Masalah hormon yang tidak seimbang ini akan menyebabkan berlaku pengeluaran kelenjar minyak yang berlebihan dan masalah jerawat.

Faktor ketiga yang tidak kurang penting adalah disebabkan darah kotor.Oleh itu ketiga-ketiga faktor diatas perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum kita menjalani rawatan dan menggunakan produk merawat jerawat.

Dalam perubatan homeopathy, ahli homeopathy telah menggabungkan beberapa remedy yang bersesuain seperti R7 unutk merawat masalah hati bertoksin. R53 untuk merwat masalah hormon yang tidak seimbang dan beberapa produk lain lagi. Remedy tersebut telah digabungkan sehingga menjadi pakej rawatan komprehensif.

Rawatan biasa mengambil masa 4-6 bulan untuk sembuh sepenuhnya.Oleh itu kesabaran adalah penting. Jika kita asyik menukar sesuatu produk apabila menggunakan 1-2 bulan nescaya kejayaan dan kesembuhan tidak akan kunjung tiba.

Blog Widget by LinkWithin