Tension jerawat dan parut banyak sangat.Jangan bimbang klik sini jika nak lawa
Powered by MaxBlogPress  

 

 

 

 

 

 


Archive for April, 2009

Kuasa penghapus jerawat yang paling baik

Tuesday, April 28th, 2009

penghapus jerawat

penghapus jerawat semulajadi

Wah! tajuk nampak gempak. salam ceria daripada Kak Zu, untuk semua pembaca blog ini dimana anda berada. sejak akhir-akhir ini Kak Zu, sibuk menerima jemputan untuk memberi “talk” tentang penjagaan kulit yang selamat dan berkesan tanpa melibatkan kesan sampingan.

Oleh kerana itu, sudah beberapa hari tidak dapat kemaskini blog ini. Baiklah, pernah anda melihat iklan seorang wanita, apabila berjumpa dengan seorang jurusolek. Lalu jurusolek itu terpegun dan mengucapkan kata yang power “Awak tak perlukan saya, kulit awak sudah cantik” Mesti pernah lihatkan?

Kulit adalah permukaan yang paling lembut dan sensitif. Oleh itu rawatan pencegahan amat perlu sekali. Sekurang-kurangnya kita perlu mencuci kulit sekurang-kurang 2 hari sekali. Iaitu semasa bangun awal pagi dan sebelum melelapkan mata.

Pernah seorang remaja bertanya kepada saya, mengapa kulitnya berjerawat,padahal kakaknya yang malas mencuci muka sentiasa mempunyai kulit yang cantik dan gebu.jawapan Kak Zu, mudah sahaja. Bersihkan dalaman anda, nescaya luaran anda juga akan bersih.Maksudnya anda juga harus menjaga kebersihan dalaman seperti hati dan sebagainya untuk mempunyai kulit yang bersih. Dua bulan kemudian remaja itu bertemu kak zu secara tidak sengaja. Remaja tersebut mengaku bahawa tips yang kak Zu, berikan kepadanya tempoh hari memang berkesan.

Adakah dengan mempunyai hati yang bersih sahaja,kulit anda akan nampak cantik. Oh tidak! , jangan silap faham. Bila hati kita bersih, apa yang kita lakukan semuanya tanpa sebarang paksaan akan menambah keberkesanan ubat tersebut daripada segi kerohanian.

Remaja tersebut telah mengambil calendula atau sabun Marigold dan Carmino Cream tanpa memikir kebimbangan tentang jerawatnya. Hasilnya memang cukup memberangsangkan. Tidak sampai 1 bulan mukanya sudah licin kembali. Sekarang remaja ini menjalankan kehidupan dengan penuh ceria.

Kesimpulannya untuk cantik. Kita seharusnya mempunyai keyakinan dan tanpa mengenal putus asa. Nescaya ada jalan keluar. Arios….cukup untuk kali ini. bertemu dipost yang akan datang.



Kurus,langsing dengan selamat

Wednesday, April 22nd, 2009

Perkara utama untuk kelihatan langsing dan mempunyai berat badan yang ideal, bukanlah untuk kecantikkan semata-mata. Mempunyai kandungan lemak yang berlebihan di dalam tubuh bukan sahaja menjadikan seseorang itu tidak menarik malah mengundang pelbagai penyakit untuk “menumpang” di tubuh mereka.

Pelbagai penyakit gemar untuk mendampingi orang-orang yang obes, terutamanya;
1. Darah tinggi (hypertension)
2. Kencing manis jenis 2 (diabetic type 2)
3. Masalah koronari jantung (coronary heart disease)
4. Stroke
5. Gangguan pada pundi hempedu (gallbladder disease)
6. Sukar tidur dan masalah pernafasan
7. Pelbagai kanser seperti kanser payudara dan usus.

Seseorang itu boleh di kategorikan obes bila berat badan telah melebihi 10-25% dari berat normal. Obesiti juga melalui keturunan dan akibat dari kelenjar tiroid. Selalunya obesiti terjadi akibat dari cara hidup dan pemakanan yang tidak sihat, masa terluang tidak digunakan untuk bersenaman, dengan adanya kemudahan tv, komputer yang berinternet dan lain-lain lagi, membuat kes obesiti meningkat setiap tahun tidak kira pada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Ramai yang sedar tentang kesan sampingan yang boleh membawa maut akibat dari ubat-ubatan konvensional mahupun tradisional (yang menggunakan bahan terlarang dan diharamkan) untuk menjadi langsing. Media elektronik dan bercetak sering membuat liputan mengenai kesan yang terjadi kepada pengguna, tetapi masih ada yang tertipu dengan iklan-iklan yang menjanjikan kesan yang pantas untuk pengguna kembali langsing tanpa perlu bersenaman, tanpa diet dan lain-lain lagi. Adakah wajar kita menggadai nyawa demi kecantikkan?.

Perubatan alternatif terutama Homeopathy (produk yang menggunakan 100% konsep Homeopathy) adalah selamat, tidak ada kesan yang memudaratkan malah menyihatkan lagi. Penawar Homeopathy bertindak dengan memperbetulkan sistem didalam tubuh seperti sistem penghadaman, metabolisma dan menyingkir bahan-bahan lebihan di dalam tubuh seperti air berlebihan dan lemak-lemak secara semulajadi.

Penawar-penawar adalah dari pokok-pokok, daun, buah, akar, dan bahan mineral yang telah diproses dengan kaedah Homeopathy, definisi Homeopathy “Natural form of medicine that uses immeasurably small doses of medicines to stimulate the body’s own defense and healing process. Homeopathy focuses on bringing the entire body back into homeostasis, or balance.”
www.naturesroots.com/glossary.html
(Perubatan dari bahan semulajadi, yang menggunakan dos yang amat kecil untuk merangsang sistem pertahanan ditubuh dan merangsang proses penyembuhan. Homeopathy memberi tumpuan untuk mengembalikan tahap asal, atau mengimbang tahap kesihatan seseorang pada tahap yang terbaik)

Homeopathy menawarkan penawar-penawar yang selamat dan hampir sifar kesan sampingan, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah membuat kajian dan menyatakan seperti di bawah:

Berita Harian, Sabtu - 20 Februari 1999 Kuala Lumpur (Malaysia) - Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Setiap manusia dilahirkan mempunyai perbezaan begitu juga masalah obesiti, contohnya A mengalami obesiti dengan masalah gemar makan bila dilanda masalah, gemar makanan ringan, tubuh kelihatan lembik dan mengelebeh, besar di bahagian pinggul kebawah sementara B pula obesiti dengan masalah gemar pada makanan panas, makanan yang dibakar, telur, tidak sembelit, tubuh kelihatan padat dan keras.

A dan B mempunyai dua masalah unik yang berbeza, oleh itu untuk merangsang kepada penurunan berat badan A dan B perlu mendapatkan penawar yang berbeza. Penawar popular Homeopathy untuk mengatasi obesiti seperti Calc.Carb, Phytolacca Berry Q, Nat.Mur dan banyak lagi pilihan penawar-penawar untuk mengawal obesiti.
Mengikut amalan pengamal Homeopathy, akan merawat obesiti mengikut simptom-simptom obesiti, seperti
Calc.Carb amat sesuai untuk kes obesiti yang gemarkan makanan panas, tidak dapat mengawal nafsu makan, gemar makan untuk menenangkan fikiran, lambat hadam dan sembelit.

Calc.Carb boleh digabungkan dengan 1 atau 2 penawar lain untuk lain-lain simptom seperti Phytolacca Berry Q yang amat baik untuk mengatasi masalah sembelit dan membuang bahan-bahan yang tidak dikehendaki didalam tubuh dan beberapa penawar lagi bagi menangani beberapa simptom yang berlainan.
Hasil dari pemerhatian dan kes yang telah kami preskripsikan, penawar-penawar Homeopathy mampu mengekang nafsu makan berlebihan, membuang lemak dan toksik didalam tubuh, membuang cecair yang berlebihan di mana tubuh seseorang itu obes dan lembik akibat air berlebihan dan membuat seseorang itu merasa lebih sehat dari sebelumnya.

Senaman juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya 15 minit atau lebih pada kadar 3 hari berturut-turut (sekurang-kurangnya), boleh dilakukan didalam rumah tanpa perlu bersusah payah keluar rumah untuk bersenaman, lakukan senaman yang mampu mengeluarkan peluh seperti menggunakan basikal senaman, aerobik dan lain-lain.
Anda perlu disiplin dengan kekerapan senaman tersebut, kerana tanpa kombinasi senaman yang teratur impian anda untuk langsing agak sukar. Cara pemakanan yang sihat, senaman yang teratur dan penawar Homeopathy, impian anda untuk langsing akan menjadi kenyataan. Tidak ada yang mudah di dunia ini termasuklah mendapat bentuk badan yang cantik!

Mengikut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1:5 dari orang dewasa di Malaysia adalah obes atau mempunyai berat badan berlebihan (overweight).
Asians may look thinner than Westerners but they have more fat in their bodies, health experts told a World Health Organisation (WHO) forum” .

Wanita-wanita di Malaysia terutamanya , begitu ghairah untuk menjadi langsing dan kelihatan cantik sehingga ada yang mengalami kesan sampingan yang serius dari ubat-ubat langsing yang terdapat dipasaran.
“The Government has banned Bestrim, a slimming product found to contain the harmful substance fenfluramine besides nicotinamide and caffeine, which are disallowed in the preparation of traditional products.” (Sumber The Star, June 5, 2002)

Anda boleh dapat set slimming homeopathy di laman web ini



Mengapa berat badan tidak turun-turun

Friday, April 17th, 2009

kurus

Pada pos kali ini, Kak Zu nak ulas tentang masalah berat badan yang menghantui kebanyakan orang Malaysia. Oleh kerana sekarang ini kita lihat banyak masalah obesiti berlaku bukan sahaja pada orang dewasa tetapi juga berlaku kepada kanak-kanak. Oleh kerana gaya hidup masyarakat kita sekarang sudah berubah. Tekanan dan beban kerja yang semakin bertambah. Diburukkan lagi ketika ekonomi dunia mengalami kegawatan. Sedikit sebanyak menyebabkan faktor kepada terjadi obsesiti. Kak zu , tidak mahu ulas faktor-faktor yang menyebabkan kegemukan.Perkara ini semua orang sudah ambil maklum.

Kak Zu, lebih menumpukan cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Ramai yang sudah cuba pelbagai produk menguruskan badan tetapi masih gagal. Ini mungkin disebabkan cara pengambilan yang tidak berdisplin atau kurangnya sesuai dengan tubuh badan seseorang. Faktoor keberkesanan adalah subjektif. Ada yang cuba 2-3 hari dah turun. Manakala ada yang cuba 2-3 bulan masih lagi tidak dapat turun berat badan yang ideal.

Tips kali ini,dalam memilihkan produk menguruskan badan adalah, pertama sekali kita harus mengetahui kandungan sesuatu produk.Pastikan produk ini selamat dan telah terbukti berkesan dan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan yang diktiraf. Biasa yang membuat orang lambat turun kerana kadar toksin dalam badan terlampau banyak.Oleh pengambilan cleanse adalah penting. Jika dah tiada toksid dalam badan ,insyallah senang sahaja turun.

Ok lain kali kita sambung lagi.

Tips menggunakan Aquifolium

Sunday, April 12th, 2009

aquifolium set

Aquifolium Set

Pada post kali ini Kak Zu, ingin memberi beberapa tip tentang cara penggunaan Aquifolium kerana ramai sangat yang bertanya tentang Aquifolium ini. Aquifolium sebenarnya terdiri daripada dua bahan utama. Apabila membeli set Aquifolium anda akan dibekalkan dengan 1 botol drops. Ini remedi untuk oral atau diminum. Fungsinya adalah untuk mengawal jerawat,jeragat,binti-bintik hitam yang agak sukar dirawat.

Pernah terjadi,seorang pelanggan setelah mencuba cream carmino,masih lagi ditumbuhi jerawat dan bintik-bintik hitam walaupun telah sudah baik. Ini disebabkan kadar hormon didalam badan yang tidak seimbang.Perkara ini lazimnya terjadi kepada remaja yang mengalami perubahan hormon yang tidak stabil.Oleh itu rawatan dalaman adalah amat diperlukan. Setelah mengambil aquifolium drops ini selama sebulan masalah pertumbuhan jerawat yang disebabkan hormon yang tidak stabil telah pulih seperti sediakala.

Selain itu aquifolium drops berfungsi untuk membina sel-sel mati, fungsi ini dapat membaiki tekstur kulit yang disebabkan luka,kesan parut dan sebagainya. Apabila digabung dengan krim aquifolium ia akan menimbulkan kesan yang sungguh dahsyat. Kesan luka,parut,bintik hitam dan jeragat akan hilang secara beransur-ansur.

Produk yang kedua yang anda akan dapat ialah, satu tiub krim. Krim ini berfungsi untuk memulih dan merawat sel-sel mati dan mebinanya semula.Selain itu krim ini bertindak merawat masalah jerawat,bintik hitam dan jeragat dengan cepat. Krim ini juga bertindak meradian struktir kulit.Agar kulit ini nampak cantik dan cerah. etul:

Kesannya akan dapat dilihat setelah beberapa hari menggunakannya.

Aquifolium set ini adalah remedi homeopathy yang sudah teruji dan tiada kesan sampingan.Oleh itu kebimbangan anda tentang kesan pengambilan set ini tidak akan timbul.

Cara penggunaan Aquifolium dengan betul

Produk drops (cecair)

1. Titik 5-10 titik kedalam 2 sudu air suam dan minum

2. Lakukan sebanyak 3 kali sehari

3. Ambil remedi ini sebelum makan.

Produk krim

1. Hanya digunakan sebelum tidur sahaja.

2. Cuci muka dengan air suam

3.lap muka anda sehingga keing

4. Sapu krim ini keseluruhan wajah.

5. Biar semalam dan cuci pada keesokan paginya

Testimonial anda boleh rujuk disini

Ulasan tentang sabun Mior

Thursday, April 9th, 2009

mior

Salam untuk pembaca blog,

Ramai yang meminta kak Zu, membuat ulasan tentang sabun ajaib Mior. Baiklah kali ini kak zu akan cerita ringkas dan padat tentang Sabun Mior ini melalui pengalaman Kak Zu menggunakannya.

Sabun Mior diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan salah satu herba yang ada dalam sabun Mior ini adalah alga yang terkenal dengan anti oksida yang baik untuk kesihatan. sabun Mior ini berupaya meresap kedalam kulit kita dengan cepat sekali.Ini tiada pada sabun yang lain.Oleh itu kesan tindakan Mior amat cepat sekali.

Sabun ini bertindak dengan cepat melakukan proses detoxfication atau dengan kata lain melakukan pembersihan keatas kulit kita tertanya dibahagian muka. Sabun ini sesuai untuk segala jenis kulit samada berminyak,kering dan sebagainya.Selepas mencuci muka dengan Sabun Mior,kulit kita seolah-olah seperti lepas melakukan rawatan spa. Jimatkan!. Bayangkan kos spa yang agak mahal tetapi dapatkan dilakukan dengan agak pantas apabila kita menggunakan Mior.

Kalau nak cerita kebaikanya, memang tidak habis menaip satu hari satu malam.Sampai tertidur kak zu disepan komputer nanti. Nasihat Kak zu, cuba dahulu dan anda akan tahu kehebatan sabun Mior ini. Walaupun sabun ini agak mahal tetapi penjual online telah mempakejkan dalam pack ekonomi.Anda harus mencubanya. Jangan beri banyak alasan kerana ramai yang telah berjaya.Malahan ada yang telah membelinya berkali-kali setelah mencuba pack ekonomi tersebut.

Harap pembaca blog ini ceria selalu.Sekian untuk kali ini.Dalam pos yang datang Kak zu,akan cuba memberi tips bagaimana menggunakan Sabun Mior dengan kaedah yang paling efektif. Sebelum terlupa,apa kata pembaca blog ini yang pernah menggunakan sabun Mior meninggalkan komen dan penglaaman mereka. Jom beri komen anda!

Manfaat Bawang Putih daripada sudut kesihatan

Wednesday, April 8th, 2009

allium-sativum

Bila bercerita tentang bawang putih. Teringat saya masa zaman sekolah dahulu. Masa itu, ramai diantara “class mate” saya terdiri daripada kaum cina yang berbahasa “Hokien” . Bila masuk aje dalam kelas berbau semacam aje. Bukan nak kata dia orang ni tak mandi atau busuk. Tetapi ada bau semacam bau “bawang putih”. Setelah saya mengenali budaya dan cara pemakanan mereka. Baru saya tahu mereka sebenarnya pengemar bawang putih yang agak extrim.

Walaupun saya tidak minat dengan bau bawang putih, tetapi melalui pemerhatian dan kajian yang saya baca, orang cina amat kurang peratusan yang kena penyakit darah tinggi berbanding kaum-kaum lain. Mungkin kerana salah satu manfaat bawang putih ialah merendahkan dan mengawal kadar kolesterol dalam darah. Disamping itu ia juga berfungsi menstabilkan tekanan darah. Bawang putih juga bertindak mengawal dan merencat pertumbuhan sel kanser.

Banyak lagi manfaat bawang putih yang tidak dapat disangkal lagi. Tanaman dengan nama latin “Allium sativum” cukup berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Jika kolesterol dapat dikawalkan,masalah kegemukannya juga dapat diatasi. Bercerita tentang, cara makan orang Asia terutamanya di Malaysia penuh dengan “lemak”. Semua masakan daripada nasi lemak, masak lemak, dan pelbagai masakan lemak membuat kita mudah dan terdedah kepada serangan pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke dan pelbagai jenis penyakit berbahaya yang lain.

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi rahsia kesihatan bagi mereka yang menitik berat kesihatan. Bawang putih pun banyak jenis dan kateogori. Yang paling baik adalah bawang putih jantan. Bawang putih ini biasanya jarang dijual dikedai-kedai runcit.

Bawang putih digunakan sebagai ubat diabetes, bawang putih biasa diambil setiap hari sebelum makan. Pagi, petang dan malam. Dari pengalaman saya, mereka yang berat badannya di bawah 60 kg disarankan menggunakan dos dua kapsul bawang putih atau tujuh gram sekali makan. Manakala bagi mereka yang berat lebih daripada 60 kg hendaklah mengambil 3 kapsul atau 10 gram dalam masa sehari.

Seeloknya, sebelum mengambil kapsul bawang putih, hendaklah periksa kadar gula dalam darah diklinik atau farmasi. Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Saya akan sambung di post akan datang mengenai khasiat bawang putih ini.

Mengapakah carmino cream berkesan merawat jerawat

Tuesday, April 7th, 2009

marigold bunga

Pada post kali ini., kak zu nak cerita dan membebel tentang carmino cream yang hangat dipasaran gitu. Carmino daripada bahasa latin bermakna carmine. Dalam erti kata “song” Wah carmino makna nyanyi-nyanyi gitu!

Apa yang akak merapu ni. Ok, balik kepada pokok persoalan, Carmino adalah sebuah jenama sahaja. Kandungan carmino ini terdiri daripada bunga dan extract “marigold” Bukannya susu marigold ye. Susu kesukaan akak semasa kecil-kecil dulu. Marigold ini adalah sejenis bunga yang cukup berkesan mengawal minyak dikulit,khususnya kulit muka. Kulit muka adalah paling lembut sekali dalam dunia ni. Oleh sebab itu pemilihan cream atau pencuci muka mesti bersesuaian dan yang paling lembut sekali.

Marigold yang berada dalam carmino cream adalah bahan semulajadi yang hebat dan paling lembut. Mengandungi bahan anti oksidan yang tinggi dan baik untuk kulit. Marigold di Malaysia dikenali sebagai “bunga tahi ayam”. Apa ni kak zu,suruh guna bunga tahi ayam! Sabar dahulu. Marigold yang digunakan di dalam cream carmino bukan bunga sebarangan atau bunga tahi ayam. Ia berasal dari Mexico dan rotikaya Guatemala. Susah nak eja negara tu ye. Oleh itu kualitinya lebih power dari tempat kita ni.

Selain itu mengawal minyak, cream carmino memulihkan kembali liang-liang roma dan merapatkan kembali. Oleh kerana sifat yang lembut.Carmino tidak memberikan kesan pengelupasan pada kulit. Ini yang kita mahu,kulit akan bebas daripada sebarang masalah dikemudian hari.

Seterusnya cream ini bertindak mengecutkan jerawat dengan kaedah semual jadi dan pantas. Kerana marigold ini ada bahan antioksidan,dalam jangkamamasa panjang,jerawat akan dapat dipulihkan sepenuhnya tanpa rawatan susulan dan kerap kali.

Ok, itu sahaja maklumat yang mampu diberikan buat masa ini. Pada sesiapa pembaca blog ini,yang sudah mencuba cream carmino yang power ranger berserta sabun carmino yang diberikan percuma tu.Boleh tinggal komen disini.

Teknik Gila menghapuskan jerawat?

Monday, April 6th, 2009

Teknik Gila hapus Jerawat

Akibat terdesak ingin menghapuskan jerawat dan melicinkan kulit dengan kaedah yang cepat. Remaja sanggup mengambil risiko menggunakan pil perancang dalam mencapai impian untuk mengawal pertumbuhan jerawat. Tahukah anda menggunakan pil perancang bukan sahaja berisiko kepada tubuh badan seseorang dan membawa kesan sampingan dikemudian hari.Tetapi ia juga menyalahi undang-undang dibawah akta racun melalui akta racun 1952.

Oleh itu jangan guna cara extrim ini bagi mencapai tujuan anda.Banyak lagi cara dan produk yang berkesan mengawal pertumbuhan jerawat dengan lebih berkesan dan tidak mempunyai risiko. Apa gunanya muka cantik tetapi menanggung risiko sampingan dikemudian hari.

Apakah pendapat anda? Ada pembaca blog ini yang pernah cuba cara ini? mari kongsi pengalaman anda diruang komen.

Membesarkan payudara dengan berkesan

Sunday, April 5th, 2009

breast besar dan tegang” Kalaulah payudara aku besar dan tegang macam artis hollywood tu kan best” Itu lah kata-kata yang terdengar dicuping telinga ku semasa menghampiri butik kecantikan. Dua orang remaja sedang rancak bercerita tentang produk kecantikan untukmembesarkan payudara.Sehingga orang lain yang lalu lalang tidak diendahkan.

Ramai pelanggan bertanya produk mana yang paling berkesan? Jawapannya agak sukar untuk diberikan. Ia bergantung kepada keadaan dan tubuh badan seseorang samada dapat menerima kesan keberkesanan sesuatu produk dengan cepat.

Melalui pemerhatian selama bertahun-tahun dalam bidang kecantikan wanita. Pelbagai produk payudara telah dijual tetapi,tips yang dapat dikongsikan disini ialah produk berasaskan mirifica adalah yang paling cepat kesannnya berbanding produk lain. Mungkin kenyataan ini agak meragukan, tetapi berdasarkan feedback,ramai yang telah mendapatkan hasilnya. Apa kata pembaca blog ini meninggalkan komen diruang komen.Mungkin kita boleh berkongsi tips dan pengalaman. Sila tinggalkan komen anda. Saya bersedia menantikan komen anda.

Aquifolium penghapus jerawat dalam masa singkat

Sunday, April 5th, 2009

Aquifolium adalah produk yang paling selamat didunia. Mengapakah ia dikatakan selamat. Produk ini adalah persediaan homeopathy. Tahukah anda perubatan homeopathy adalah perubatan tidak meninggalkan kesan sampingan dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kulit manusia dan tubuh badan.

Pada kesempatan ini,saya akan cuba berkongsi dengan pembaca,mengapakah aquifolium adalah paling berkesan untuk merawat jerawat dalam masa yang singkat. Lihat gambar dibawah ini.

Remaja diatas sebelum rawatan menggunakan aquifolium mengalami jerawat batu yang agak banyak di dahi. Lihat gambar dibawah setelah sehari menggunakan aquifolium set bagaimanakah hasilnya?

Jerawat dengan cepat sudah kecut dan mula hilang. Mengapa begitu cepat,kerana aquifolium set ini bertindak daripada luar dan dalam. Aquifolium terdiri daripada 1 botol drop yang digunakan untuk minum.Dicampur dengan 2 sudu air suam dan diminum.Ia bertindak menstabilkan hormon dan membuat pengeluaran kelenjar menjadi stabil.Selain itu aquifolium terdiri daripada 1 cream yang bertindak mengawal jerawat daripada bahagian luar.

Aquifolium dijamin tidak menimbulkan kesan sampingan.

Blog Widget by LinkWithin